Aku, BTN dan langkawi.

Habis juga akhirnya. Pulang ke rumah dengan perasaan sengih sampai ke cuping telinga. Tanda puas hati. Tarikh 6 hingga 10 Ogos 2009 adalah peristiwa. Seminggu sudah berlalu. Banyak benda dapat dialami dan dipelajari sendiri. Kesedaran tiba-tiba datang berduyun-duyun. BTN mengajar aku erti pentingnya politik dalam Malaysia. haha.sangat poyo~ Dari mula-mula surat sampai kat tangan aku, akulah orang yang paling berkobar-kobar nak pergi BTN. Berlainan dengan orang lain. Aku sangat excited. Tidak tahu kenapa. Mungkin diadakan di langkawi. Boleh cuci mata. Atau mungkin juga aku teruja nak melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti shoping.

Kami tunggu bas pukul 8.10pagi depan ippt. seperti yang dinyatakan dalam surat, tapi biasalah mungkin kerana karenah birokrasi. Bas bergerak agak lambat, pukul 9.30pagi aku rasa. kami berhenti di kawasan rehat dan rawat Gurun. Kemudian sampai di Kuala Perlis, pada pukul 12.30 tengahari. Menunggu bot tak kunjung tiba. Kami sempat mengadakan sesi tembak menembak sambil memakai topeng hidung dan mulut. Gayanya macam tak pernah pakai. Ditambah pula dengan aksi-aksi orang tidak pernah pergi Langkawi. Sungguh kasihan~

Sejam telah berlalu. Sampai di jeti langkawi dengan bergalas beg kuning yang lebih besar dari orang. Terasa nak putus semua urat yang ada. Aku dan Fateha mendahului peserta-peserta lain dalam berjalan kaki ke tempat bas. Terasa macam dalam explorace pula. Berjalan ikut suka padahal urusetia tertinggal di belakang. Confident itu penting kata Fateha. Aku hanya menurut.

Hari pertama berada di kem latihan. Aku tersungkur di depan tandas. Dengan hanya berbaju tshirt dan bertuala kalut nak keluar. Terasa macam nangka busuk. Nasib baik masa tu aku keluar ikut pintu menghadap dorm perempuan. Kalau tidak, jatuh saham. Apabila disiasat, aku memang tidak boleh salahkan keadaan lantai yang licin. Selipar jamban pujaanku habis bunga di tapaknya. Kesalahan sendiri. Sakit pinggang, kaki, tangan dan lain-lain. Tapi tidak mengapa. aku masih mampu tersenyum. Kerana teruja berada di langkawi barangkali. Hari pertama jugalah kami [iaitu aku dan Fateha] mendapat kawan baru. Siti Khadijah Ahmad Bakhri. Dari school of physics usm, jawatan pegawai penyelidik, belum berpunya. Sangat baik dan kepala gila-gila juga. Boleh isi borang. Tp kena tanya tuan punya badan.

Sesi ceramah selesai dengan jayanya. Aku berjaya membuka mataku tanpa bantuan pencungkil gigi sebagai penahan di mata. Konsentrasi itu penting. Hari kedua adalah hari pembahagian kumpulan. Aku berdoa dengan semahu-mahunya. Agar mendapat Fasilitator dan ahli kumpulan yang baik hati lagi sporting. Tidak lupa juga handsome dan budiman. Haha. Allah makbulkan doaku. Alhamdulillah. Namaku tersenarai dalam kumpulan sebelas. Berada dalam kumpulan itu membuatkan aku berasa sangat selesa mengeluarkan pendapat mengikut acuan kepala hotakku berfikir. Walaupun kadang-kadang ada kesalahan. Tidak mengapa.mendapat banyak ilmu dan kesedaran.

Perkara yang paling aku suka sekali masa sesi LDK adalah bermain binggo. Kumpulan kami menang berturut-turut sehingga empat kali pusingan. Dan terpaksa memikirkan denda yang perlu dijalani oleh pihak lawan apabila mereka kalah. Cium tiang batu di tengah panas, lakukan aksi gelak orang kaya, senyuman paling manis yang anda ada, menyanyikan lagu patriotik dengan penuh perasaan di depan dewan. Sangat kelakar. Mereka sangat sporting. Semua idea denda dikeluarkan oleh Incik Khai aka chikai. Salah seorang dari ahli kumpulan aku. Idea aku? Sangat tidak boleh pakai. Mereka kata aku sangat kejam. Aku pun tidak tahu mengapa~

Ujian kecergasan. Aku buat dalam keadaan tidak serius. Main-main dan banyak gelak. Bayangkanlah masa ujian menahan nafas selama beberapa minit. Aku menghadap berpuluh-puluh orang yang manahan nafas sambil hidung dicucuk oleh jari pasangannya. Apalagi. Gelak berdekah-dekahlah aku. Kasihan sama Fateha. Oleh kerana tidak tahan melihat aku ketawa keseorangan, dia sertai aku. Keputusannya, kami kantoi dengan jurulatih dan dia gagal dalam menahan pernafasan. Hanya mendapat 5markah. Aku? Lagilah pula. Kosong markah terus! Langsung tidak boleh tahan. Tidak boleh berhenti ketawa.

Larian marathon sejauh 2km. Sambil menuruni dan mendaki bukit yang curam. Akulah juaranya bagi kategori perempuan. Dengan catatan 4minit 33 saat. Dapat mengatasi tiga per empat dari catatan kaum lelaki pada masa itu. Berlumba bersama kaum lelaki adalah aktiviti sangat bahaya. Perlu stamina yang kuat. Mereka sangat besar dan kasar. Tersentuh mereka, sendiri terasa sakit. Selesai tamat larian aku rasa macam nak pengsan. Beriya berhempas pulas. Balik dorm, ada yang bertanya rahsia kejayaan. Fateha tolong jawabkan. Buang appendiks, nanti lari laju. Aku hanya mengiayakan. Teori mana yang dia pakai pun aku tak tahu~

Permainan mencari batu yang sama saiz dan warna. Permainan ni aku tak pernah main pun sebenarnya. Tapi aku dah dengar erita dari Estro dan Halil. Aku cepat tangkap orangnya. Oleh itu, aku dah dapat agak permainan ni macamana. Tapi mungkin silap aku. Jenis yang cepat bertindak tapi tak mendengar arahan. Arahan mula belum diberi, aku yang kabur-kabur ayam tak dengar. Terus ambil batu dari kumpulan aku dan bangun dengan hajat nak pergi tukar batu dengan kumpulan sebelah. Tiba-tiba lengan bajuku ditarik oleh Fasilitator aku sendiri ke bahagian pentas. Dengan harapan Fasilitator nak bagi klue biru. Sangkaanku melesat. Aku ditangkap kerana tidak mendengar arahan. Digari dengan tali dan mulutku disalofontap-putih-kan. Akulah banduan yang paling awal di dalam penjara itu. Setelah beberapa minit berlalu, ramai yang menyertai. Walaupun mulut ditutup, aku masih boleh bergelak ketawa seorang diri. Ini adalah kerana aku terlihat ahli-ahli baru penjara adalah terdiri dari budak-budak dorm aku sendiri. Itu membuktikan kami memang kecoh dan kepoh. Memang padan kerana ditangkap. Selesai permainan, aku terpanggil untuk berdiri di hadapan semua peserta, jurulatih, fasi, kerusi, batu-batu dinding untuk menceritakan pengalaman dan perasaan aku menjadi banduan.Ucapan atau repekan aku sudah tidak dapat membezakan. Lantak.

Peperiksaan. Dengar ceramah sudah, jalankan ldk sudah, baca buku ala kadar pun sudah. sekarang adalah masa untuk bermain dadu. Jika tiada, boleh juga mengunakan senapang. Itu terpulang. Asalkan lulus peperiksaan. Kalau tidak? Sila datang lagi lima hari empat malam untuk mengulang. Masa diberi dari pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. Kira sendiri berapa lama. Itu masa yang tertulis dan diberitahu. Tapi masa tamat sebenar adalah pukul 10.00 pagi. Akulah peserta yang paling akhir sekali yang menghantar kertas soalan dan jawapan. Tidak sempat membuat semakan. Jurulatih sudah duduk disebelah dan mengatakan ‘dah betul dah tu’. Haisyoo. Mesti kes malas nak tunggu aku sorang dalam dewan. Aku yang agak tak berpuas hati dengan jawapan aku, menghantar dengan redha dan dengan harapan lulus! Fuh, selesai~

Setelah selesai semua benda yang dikatagorikan sebagai btn, kami pulang ke tempat asal. Sebelum balik, warga-warga usm dibawa ke dua kawasan, iaitu kilang membuat minyak gamat dan kedai Haji Ismail – tempat membeli cokelat. Akulah orang yang paling bahagia. Syurga~ selesai membeli belah, kami pulang dengan jayanya. Sekarang adalah masa untuk berdoa. Supaya tiga bulan akan datang keputusan yang akan keluar tertulis :

Anda LULUS dengan cemerlang, gemilang, terbilangnya. Anda sangat BAGUS sekali~
*ayat yang lain adalah sekadar penambah rasa sahaja. Yang penting –lulus~

Ada orang kata dia tak suka pergi. Ada orang lain pula kata suka. Walau apa pun mereka rasa, aku tidak peduli. Yang penting aku sangat suka pergi btn pada kali ini. Mendapat kawan-kawan yang sama kepala, buat aku lupa pada semua masalah yang ada. Kat sini jugalah terbentuknya geng kepit, geng bas sekolah dan macam-macam lagi nama gang. Jika diberi skala kosong hingga sepuluh, aku bagi lapan point lima markah. Kredit pada semua~

pictures show alots~

sesudah mendarat di Langkawi :)




aktiviti kembara - x sampai 1/2 jam.hihi










geng bas sekolah :)






jangan tiru aksi ini di rumah :)



mengapa perlu pulang?





sekian sahaja laporan dari saya.

Yang Menurut Perintah,
hihihihi~

5 comments:

Paan Ovrtd said...

Hoh! Entry balas dendam ke apa ni?

sue-ana said...

tu dia..panjang cerita..eheh.tp mmg best gile kan btn tu.wa pun excited gak nk gi aritu.



nota: ni nak kena saman nih.bawak kamera masuk dewan kuliah.mana ble!!eheh.

missdicup said...

haha.

itu gambo sebelum dia kata
"jangan bawa masuk handset / kamera ke dalam dewan ini. jika tidak, handset / kamera anda menjadi harta kerajaan".

oleh itu, saya tak bersalah.

eheh :)

Ren said...

masa game main batu sama sais aku kena dok dalam lokap waaaaaaaaaaaaaaa~

missdicup said...

hahaha.ahli2 lokap

sama la kiter :)