Amaran keras



Tidak tahu meletakkan kereta atau tiada budi bahasa. Dua-dua adalah perkara biasa. Tapi persoalannya mana lagi kurang ilmu.itu anda fikir sendiri. Kejadian ini membuka mata aku betapa pentingnya ilmu meletakkan kereta dengan betul.

Pada malam minggu itu aku pergi ke rumah Gendut. Aku mahu melepak kerana ketiadaan Fateha di rumah. Dia ke kelantan selama dua minggu. Aku memandu binatang kesayanganku, semangat pesona. Sebelum masuk ke rumah Gendut, aku perlu meninggalkan semangat pesona di luar. Tempat meletak kereta di hadapan rumah Gendut adalah terhad. Ini adalah kerana semua ahli rumahnya mampu memiliki kereta seorang satu. Lalu, aku tanpa berfikir panjang, meletakkan semangat pesona di antara rumah Gendut dan jiran sebelah rumahnya.

Lalu kami bergerak ke rumah pelajar praktikal untuk membawa mereka makan di luar. Selesai makan, kami pulang. Apabila sampai di rumah Gendut, aku dan Gendut terperanjat beruk. Kami terlihat secebis kertas putih yang ditulis dengan pen penanda terselit di pengelap cermin hadapan semangat pesona. Tulisan agak besar. Tanda protes dan marah agaknya.

Mungkin aku yang kurang ilmu, aku mohon maaf. Tapi, manakah budi bahasa rakyat Malaysia yang diiklan-iklankan di kaca televisyen macam selalu. Aku pun tidak tahu. Mungkin juga kekurangan ilmu menegur secara sopan. Nasib baik jiran aku tidak begitu. Jika inilah yang dijadikan contoh pada generasi muda, jangan salahkan mereka.

9 Action comment:

at least dia bg nota, kalau dia calarkan or kemekkan kereta trus,lagi naya..hu hu


nasib la cuma nota kalau toreh pakai siling x ke naya...mcm kat opis br ni akak tu kene, die langgar je pakai storm kemek trus...haha kejam itu orang


hoish..lagik kejam.

kita kan jiran, tegur menegur amalan mulia.

hehe.pandai je berkata2.


bagus la dia tegur.


Lek2...satu hari nanti dia akan paham...


ala..rileks la.lu kene pikir gak.mukin orang tu kecemasan ke..tiba2 lu buat hal. dalam keadaan tu mmg budi bahasa tolak tepi... mmg dah salah snediri kan? terima saja. tak perlu pertikai budi bahasa ok.

lalal


yela..yela..aku bersalah.

hihihi.


ermm...nasib baik la die tak aper2 kan keta ko...hehehe ko anggap jer die tak dapat nak kawal marah...maafkan dier...smoga ko maafkan dier..hidup ko lebh tng dari rasa sakit hati..;-)


hehe, but I think, note tuh tak kurang budi bahasanya, biasa saja.

dua2 tgh emo..bese ah.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback