ex-boyfriend

Aku tak tahu nak mengarut dan mencarut ape sebenarnya ni. Tiba-tiba terasa kehilangan idea. Kalau dia terbaca entry kali ni, aku mintak maaf banyak-banyak-banyak. Bukan nak mengekspoitasikan cerita. aku just nak kongsi perasaan je. Sembilan haribulan lapan ni adalah tarikh birthday ex-boyfriend. Sama dengan tarikh kemerdekaan singapura. Aku harap dia bahagia dengan hidup dia sekarang. Sebab kami dah agak lama tak berhubung. So, aku dah tak tahu menahu langsung pasal dia. jangan dilanda todak sudah.

Sorang kawan pernah nasihat kat aku, pompuan ni kelakar. bila tengah bercinta semua kenal. semua tahu. Tapi bila putus, tiba-tiba jadi tak kenal. jadi tak tahu. Padahal dah lama kawan. Apalah salahnya kalau teruskan berkawan. Bla..bla..bla..bla..
[*ada manyak lg la dia bebel..aku da tak hingat~*]

Bila aku pikir balik apa yang dia kata, ada betulnya jugak. Memang mula-mula dulu masing-masing kata nak jadi kawan baik bagai. Tapi bagi aku, kalau antara kami belum bsedia, lebih baik tak payah. Buat sakit jiwa dan sakit hati. Kalau aku, aku memang jenis tak kisah. Kalau hari ni orang buat salah, esoknya aku dah lupa dah. Kalau ada kisah pun mungkin dalam tiga per sepuluh je kot. Aku cuma nak kejujuran dan keikhlasan dalam persahabatan. Tak banyak. Kalau tak mampu nak bagi, tak apa. Aku memang betul-betul tak kisah. Aku cuma tak boleh terima bila apa yang aku dengar tak sama dengan apa yang aku nampak.

Soooo, sempena birthday dia ni, aku taknak membebel banyak. aku just nak wish :
+ happy 23th birthday.
+ Smoga pjg umo n murah rezeki.
+ Hopefully he has a nice day with someone.
+ Thanks for all moments that we had build and share together.
+ sila pulangkan dua bijik novel saya yang berada dalam bungkusan itu. Sekian terima kasih. lalalala~~*


Sowi aku tak dapat wish through d phone. Pada hari ini aku mungkin masih di langkawi. diharap tiada siapa yang terguris.

dipost-entrykan:
5 Ogos 2009
Rabu
1.25 pm