setelah selesai temuduga

Temuduga yang ditakut-takutkan beberapa hari sebelum ni dah tamat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Yang dikatakan cemerlang adalah kerana dipanggil masuk bilik temuduga secara beramai-ramai. Yang dikatakan gemilang adalah kerana kami boleh jawab soalan pentemuduga secara berjemaah. Dan yang dikatakan terbilangnya, tak semua orang boleh tahan gugup dan tidak bermuka cuak semasa temuduga.

Aku?
rasanya pentemuduga tu akan cakap : budak ni? hmmm..biasa-biasa je rate dia..
(kah kah kah. pandai-pandai aku je...)

entah-entah diorang cakap : budak ni? aiyooo..buat teruk!
(kalau macam ni, aduuuuuuuuuuuuuuuhlah...)

ataupun.. : woooo..budak ni dahsyat woo..memang pekerja cemerlang.
(ayat hiperbola giler-giler dah ni..keh keh keh)

apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang dah hadir temuduga tadi. walaupun kita-kita semua gugup dan bermuka cuak, tapi temuduga tu berjaya habis juga akhirnya. takde yang fengsan ataupun lemas.lepas ni, kita bolehlah balik rumah tidur lena.

padahal semalam pun aku tidur lena.

hari-hari pun tidur lena jugak.

tak pernahnya tak lena.

ha ha ha ha ha ha


(ni ada sedikit sedutan dan paparan untuk tontonan bersama sekitar sebelum masuk bilik temuduga ) :

muka mereka cuak habis


aku dan baju batik :)

No comments: