jumaat yang mulia

hari ni hari jumaat weh.
dah la pagi tadi aku tak pergi tazkirah.
ingatkan takde, rupa rupanya ada.
ustaz ni pun satu. lupa pulak dia nak roger aku.haisssh!
(eh,tak boleh salahkan ustaz. hari ni hari jumaat)
nasib baik pagi tadi aku solat subuh.
kalau tak, kurang lagilah pahala jumaat aku.

jumaat ni selalu aku kaitkan dengan benda baik baik je.
benda tak baik buat hari lain jangan buat, tak baik.
dengan cik Pu pun aku dah pesan pagi tadi siap siap.
dia mula nak buat gatal je, aku terus bidas.
dengan alasan hari ni hari jumaat.
kan macam mulia hari jumaat kalau macam ni.

disebabkan hari ni hari jumaat,
kita tak bolehlah buat perangai macam setan.
kerja pun tak boleh nak mengular ngular macam selalu
(lagipun bos aku dah balik dari kelantan..kui kui kui)
nak update status facebook pun kena buat ayat baik baik.
nak buat entry baru, kena punctual tepat lepas pukul 12.10 tengahari baru boleh post.
barulah perangai tak macam setan.
eh, setan ada blog ke? ngeh ngeh ngeh

disebabkan hari ni hari jumaat yang mulia,
aku terasa nak ajak korang muhasabah diri.
cuba korang hitung.
selama kita hidup ni, berapa kali kita layan lagu batu (rock)?
dan berapa kali je kita berselawat?
mesti nisbah lagu batu : berselawat tak seimbangkan?
mesti lagu batu lagi tinggi.
aku tahulah..sebab aku pun sama

apa kata pada hari jumaat yang mulia ni,
kita bukak selawat banyak banyak sikit.
barulah hidup kita diberkati, dirahmati dan disayangi oleh Allah swt. tak gitu?
so, apa lagi. jom la try. aku dah mula dah.
korang bila lagi?


pesanan ringkas:
aku suka dengar selawat shifa' ni. kalau korang nak dengar / download terus, korang klik sini.
barulah hidup aman damai sejahtera. kan kan kan!



0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback