Kejadian dalam bas

Classification :
Benda ni jadi masa aku pergi gombak semalam semalam
Tak habis mereka gelakkan aku dalam bas,
Mereka sambung di wall facebook aku..
Nak kena rebus sorang sorang ni..haisssh!

Cerita dia bermula macam ni
Masa balik dari gombak ke penang semalam semalam,
Kitorang berhenti makan malam kat rnr rawang.
Bila semua dah habis makan, kitorang naik bas semula.
Atas bas tu, aku teringat sesuatu.
Tak nak bagi lupa benda tu, aku bagitahulah Gendut.
Bahawasanya sebelum pergi gombak tadi
Aku park kereta kat tol bertam.
Gendut sarankan aku bagitahu pemandu bas.
Lalu dengan sopan santun ala ala gadis melayu
Aku meluru ke depan bahagian pemandu bas tu
dengan lurus bendul macam pembarisnya,
aku terus tanya pemandu bas tersebut
“nak benti kt tol bertam blh x?”

Tiba tiba….
Aku terdengar gelak kuat dari salah seorang staff lelaki (nama dirahsiakan)
“Lambat lagilah nak sampai tol bertam.
Ni baru kat kl. Ada empat lima jam lagi nak sampai. pergi tidur dulu”.
Terus satu bas dengar dan gelakkan aku kaw kaw punya

Aku yang tadi sopan santun ala ala gadis melayu
Automatik hilang tatasusila kesopanannya
terus jadi blur blur ala ayam
pergi kat tempat duduk aku semula
berjalan sambil tundukkan muka 55 darjah ke bawah
dan bila sampai tempat duduk terus aku selibung dengan telekung
Menahan malu punya pasal….haisssh!

Aku pusing kiri tengok Gendut
Ingatkan nak mintak simpati
Rupa rupanya dia pun tumpang gelak sekaki
Dia gelak lagi kuat mengalahkan semua orang.
Ceh..padahal dia yang sarankan tadi.
Apa punya kawan da...haisssh!



nota kaki:
Salah ke weh? Salah ke kalau aku tanya awal awal?



2 Action comment:

hahaha.. adeh.. awal btol tnya nye.. tak pe.. malu bertanya sesat jln.. err.. tp nak gelak jugak bleh?? haha


edda pun dah nak sama macam kawan kawan saya dah ni..haisssh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback