kad ucapan raya 2010

Assalamualaikum....dan salam sejahtera.



ok tak kad raya macam ni?

Jangan tanya kenapa. ni aku senaraikan beberapa faktor utama :

1. budget tahun ni paras paras hidung.
2. aku malas nak pergi pejabat pos.
3. aku malas nak tampal stem guna air liur.
4. kad ni free je...muehehe!

Kepada semua kawan kawan, pembaca setia, tak setia-baca sesekali je, tukang klik iklan nuffnang, silent reader, stalker, mahupun sesiapa..dikesempatan ni aku dengan rasa rendah dirinya ingin memohon seribu kemaafan andai selama aku berblog, aku ada menyentapkan perasaan korang, ada yang terasa cili bohnya, terkena pedasnya, aku mintak maaf. Maklumlah, aku insan biasa yang kadang kadang suka hati je tekan keyboard tanpa berfikir.

Dikesempatan ni, aku mendoakan supaya pemandu dan pembonceng di Malaysia selamat pulang ke kampung halaman / pergi ke tempat yang dituju. Makan ketupat rendang ayam daging, jangan lupa jaga kesihatan sama. Nanti ada jugak yang kena ambik gambar "sebelum" dan "selepas"...hahaha!

Rasanya ni entry last sebelum raya. kalau ada entry lagi lepas ni, anggaplah macam takde. haha! seminggu lepas raya, kita jumpa lagi dengan cerita lain pulak ye...papai!


Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...i luv u!

No comments: