cara nak pujuk lelaki yang merajuk

ok..ni ada info aku dapat dari carian google tadi..boleh kita sharing sama sama...sharing kan caring..caring kan scary..hahaha!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu


Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan


Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia


Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.


Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar


Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan


Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata "manis"


Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, "bucuk", "comot", "manje" dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya


Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. Tetapi, saya pernah. Saya tidak berkata bohong. Saya pernah dendangkan lagu kepada kekasih saya. Dan kami siap berkaraoke di dalam phone lagi. Kami berduet bersama-sama. Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.


kredit untuk bacaan INI
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

agak agak kalau aku buat yang no 4 tu..ok tak?

pastu nyanyi lagu .....bapak ku pulang dari kota... ke kan..

mesti romantik habis.

muehehehe-


10 comments:

Paan Ovrtd said...

Haha! Aku tak rasa dengan nyanyian awek, aku akan okey. Sbb suara aku lagi sedap. Haha!

missdicup said...

tu sebab suara awek ko tak sedap...

hahaha!

ZR said...

tp kalu dlm realiti ada ke pemujukan begitu..ehheheh...

Hana Faza-same person said...

kalau i senang aje, pi beli eskrem kon satu, tp 3 tingkat warna warni..ekekke

amy said...

pujuk jangan xpujuk.. hehe.. blanjer makan eskrem ok gak.. sejuk hati cik pu nti.. hee

missdicup said...

dia demand..takmau eskrem.

dia nak cheesy wedges..haiiisssh!

Anonymous said...

payah ar lau laki mrjuk...

Anonymous said...

canne nak pujuk bf yg merajuk disebabkan kite tambhkan maslah die yg sedng byk masalh.conth:way die skt hati time die ngah serabut...canne nak puju neh..huhu

missdicup said...

aku rasa kan..

apa kata korang jangan serabutkan lg masalah dia. Then cuba buat dia ceritakan apa masalah yg dia ada-guna cara cakap baik2..jangan ada emosi.slow talk.

Then, kalau boleh settlekan sama2, cuba settlekan sama-sama.Kalau tak boleh, kita cuba faham dia. Anggap kita berada di situasi dia.

kalau korg tak boleh nak settlekan, apa kata korg jgn buat dia serabut lg-maksudnya jgn tambahkan lg masalah -cerita masalah remeh korg kat dia.. :)

tu pendapat aku la... :)

Unknown said...

missdicup telah di tag di sini

http://azumylini.blogspot.com/2012/07/1st-give-away-by-aliana.html