Anak kak Asma Accident

Semalam aku sampai rumah agak lambat. Kira kira dalam pukul 11.00 malam.
Lepas balik kerja, aku terus pergi merewang rewang di Peneng. Eh, silap.
Bukan merewang rewang. Aku pergi Hospital Pulau Pinang.
Melawat salah sorang anak staff kami yang accident dan cedera 'agak' parah.

Menurut sumber, (yakni staff kami, iaitu mak kepada budak tersebut, kak Asma),
Kejadian berlaku pada waktu pagi semalam. Dalam pukul 6.30 pagi.
Apabila anak beliau dalam perjalanan beli nasik lemak di perkarangan rumah dengan menaiki motor.


Tiba-tiba...

Jiran beliau dalam keadaan mengundurkan keretanya kebelakang.
Mungkin faktor tak nampak, jiran beliau terlanggar motor yang dipandu budak tersebut.
Budak tersebut jatuh ke sebelah jalan.
Lalu, kereta lain yang bertentangan jalan datang dan terlanggar budak tersebut.

Akibat daripada kemalangan itu,
budak itu mengalami patah kaki, patah hidung, kulit tersiat dan ada darah beku di kepala.
Semasa aku sampai di hospital semalam, ayah kepada budak tersebut memberitahu,
Dokter sedang menjahit lidah budak itu, mungkin kesan luka tergigit lidah.

Semalam,
Dalam pukul 8.00 malam, budak itu keluar dari wad kecemasan dan ditempatkan di wad 2A untuk sementara waktu.
Maknanya, semalam kami tidak sempat melawat budak tersebut.
Waktu melawat pada pukul 5.00pm - 7.00pm.
Mungkin hari ini aku dan rakan-rakanku akan melawat untuk ke 2 kalinya.
Dan akan pulang lewat lagi seperti semalam.

Pada hari ni pulak,
banyak betul panggilan telefon yang aku dapat bertanyakan hal berita accident ni.
Takut jugak jadi reporter tak dibayar gaji ni.
Salah berita aku, salah jugaklah information yang semua orang akan dapat..
Aku ni kadang kadang pelupa jugak.. haissh!



sekian sahaja dari balai berita...



p/s :  dah macam Pembaca Berita tv3 aku rasa ni.......kui kui kui..

2 comments:

:: aJa :: said...

ni versi btul ke x??
mcm2x plak versi cite..
jiran undur kete upenyer..

missdicup said...

ni versi cik zul yang bercerita..hehe