Hampa dan kecewa

Tengok tajuk pun dah tahu aku nak cerita apa. Mesti benda benda yang menyedihkan dan mengecewakan hati dan perasaan. Sila feeling lebih sikit bila baca entry kali ini. Emosi dan perasaan anda sangatlah diperlukan untuk mendalami watak aku..hahaha!


Cerita dia bemula macam ni.

Dua tiga hari yang lepas kan aku ada cerita pasal semangat nak pergi kursus 5s tu kan. Kursus tu akan berlangsung pada minggu depan, hari selasa. Dan pada hari ini bersamaan dengan hari jumaat yang mulia ni, aku baru dapat tahu yang nama aku takde dalam senarai. Ooooh…apakah? Rasa kecewa sangat sangat. Dah berangan angan dan beriya iya nak pergi, last last tak jadik.


Encik Z : Dicup, nama kamu takde dalam kursus 5S tu..Saya dah bagi nama kamu dah hari tu kat Encik B.
Aku : hah? Takde?


Ok..jangan suka hati je nak marah marah dan tuduh tuduh orang. Tak baik. Lagi pulak hari ni kan hari Jumaat. Kita kena siasat dulu. Oleh kerana ketidakpuas-hatian aku terhadap benda ni tersangat sangatlah tinggi, aku tanya sorang sorang.


Aku : Salam..Encik B, kenapa nama saya takde dalam senarai kursus 5s tu?

Encik B : Eh, saya dah masukkan dah nama kamu dalam senarai tu. Saya dah bagi senarai tu kat kak I. Cuba kamu check balik dengan kak I tengok camana.


Ok..Encik B dah masukkan nama aku dalam senarai..maksudnya, mungkin ada salah faham di situ. Keadaan macam ni harus diperbetulkan cepat cepat. Mari kita teruskan.


Aku : Salam Kak I..ni D***** ni. Saya nak tanya, yang kursus 5s tu kenapa nama saya takde? Saya dah telefon Encik B dah. Dia dah luluskan. Tapi kenapa nama saya takde dalam senarai ?

Kak I : hah? Eh D*****, setahu akak Encik B hanya hantar lima orang wakil je dari lab. Kalau D***** tak percaya, akak ada email daripada dia. Dia siap cakap lagi “lima orang sahaja”. (kak I pun sebutkan nama lima orang tersebut satu persatu,takde nama aku). Ohh..sebelum ni pun Kak Y dah telefon akak, tanya benda yang sama. Dia pun tanya jugak kenapa nama dia takde walhal dia dah bagitahu Encik B. Nama nama yang akak dapat ni semua Encik B yang email.


………..........…perbualan selanjutnya biarlah aku rahsiakan.




So, guana ni?         Dah tak dapat pergi kursus 5s tu.  T_T


Aku dah cancel cuti raya haji next week semata mata nak attend kursus 5s tu. Nasib baiklah ada reason lain, kena stanby weekend. Kalau tak, tak semena mena ada jugak sorang gadis yang gila meroyan beraya kat Penang ni..haissh..geram betul!


Nak percaya siapa?



Lain kali, tolonglah jangan cakap putar belit!  sedih tau!   T_T


4 comments:

:: aJa :: said...

dicup : sob2x..sabaq na..jom kita p meroyan ke pulau esok!!heeeee~~~

Anonymous said...

kesiannya..huhuhuhuuu..donia..doniaa..

niEna sHaLim said...

sabor2....jgn sedih2 na....biaslah dunia mmg mcm nie...suka jd bangau...hahaha

missdicup said...

T_T

sabar je la berurusan dgn org macam ni..
kalaulah membunuh cara bakar atas zink bukan satu kesalahan berat, dah lama dah aku buat..

kah kah kah
hah hah hah
(gelak jahat)