berehat

Assalamualaikum...

Rasanya dah tiba masa untuk aku berehat cukup-cukup daripada semua tekanan yang berlegar-legar di sekeliling. Samada tekanan yang aku mahu ataupun tidak. (ada ke jenis tekanan yang kita nak). Tekanan yang aku maksudkan termasuklah tekanan kerja, kehidupan di Bertam, tekanan duduk depan pc-mungkin?, tekanan dalam perhubungan sesama manusia - walaupun takde.

Harap-harap sepupu aku kawen kali ni takde orang yang akan tanya macam-macam. Kau bila lagi. Kak Biha dah, Kamu bila pulak. Kawan lama-lama, bila nak kawen.



Kan aku dah kata, aku nak berehat. jangan macam-macam ye.  T.T


No comments: