chim chum

Classification : ,
Assalamualaikum semua!

Hari tu kan aku ada bagitahu yang aku pergi makan chim chum kat Kelantan kan (boleh baca di sini). So, hari ni aku nak cerita pengalaman & perasaan makan chimchum ni...Chewah..dah macam makan apa je..wakaka. (-.-')

Mula-mula kita mestilah kena tahu apa chimchum tu kan. Cuba teka, chimchum tu apa...?  jawab..jawab.. (-.-?). Hehe aku ni asik suruh orang teka je kan. Ok lah ok lah. Aku bagitahu, korang tak payah teka.. haissh.

Chimchum ni bila kita carik dalam wikipedia pun dia tak bagitahu pape. Tapi chimchum ni adalah sejenis makanan yang ala-ala Yong Tau Foo. Cara masak chimchum ni mula-mula kita kena pilih dulu bahan-bahan yang nak dimasak contohnya macam daging, sotong, isi ketam, bebola, sayur-sayur dan banyak lagi. Pastu tempat memasak akan di hantar ke meja korang. Sekali imbas tempat memasak tu ala-ala barbeku pun ada. Yang bezanya kat sekeliling dia ada tempat merebus.


Mula-mula pilih dulu bahan-bahan yang korang suka.
Aku pilih apa....?  Semua benda...hahaha!   (-.-')


Nilah yang aku maksudkan tadi - tempat untuk memasak.


Cara nak masak dia wajib pakai chopstick.  (-.-')
Wahaha..aku tipu je. pakai garfu / sudu pun boleh.
Pakai tangan..? lagilah digalakkan.. (kalau nak jari melecur, silakanlah..)


Lepas dah agak-agak masak benda-benda tadi, korang kasi angkat letak atas pinggan. Kalau tak masak pun takpe. Bukan ada orang datang check pun. Tapi kalau perut meragam jangan salahkan aku..ngeh ngeh ngeh. Benda-benda tu tadi boleh makan dengan sos pedas & sos manis. Kalau agak-agak tak boleh nak masuk dengan makanan yang bernama chim chum ni, hidangan lain macam nasik goreng, mee goreng & Somtam ada disediakan kat situ. Somtam dia sangat best. Sedap hingga menjilat sudu. (-.-")

Ni lah si tukang masak & makan yang berjaya. (Syud sahaja).
Kami tukang makan yang profesional.


Yuhuuuu....


Kami bukan makan bertiga. Ramai lagi yang menemani. :)


Harga untuk sekepala makan kira-kira RM15-RM20. Tokei kedai tu tak kira sorang-sorang ataupun kira apa yang korang amik. Kau makanlah seberapa banyak yang kau nak. Kau duduklah seberapa lama yang kau nak. Nak makan sampai buncit ke sampai lebam ke sampai apa ke, dia tak kisah. Patutlah time kitorang datang tu, ada satu couple kat sebelah meja kitorang tu. Aku tengok dorang tak blah-blah. Asik makan-makan-makan then tambah-tambah-tambah. Time kitorang datang tu, dorang memang dah ada & makan kat situ. Time kitorang dah habis makan pun, dorang still ada lagi. Sakan betul menggunakan peluang yang ada. (-.-')

Ni pulak pingan mangkuk orang-orang yang sudah kenyang. (-.-')


Kalau tak kenyang lagi, time ni dah tak boleh nak tambah. kedai pun dah nak tutup.
huahuahua. (T.T)


Kalau agak-agak berminat, bolehlah membuat tempahan kat sini. 
wahaha...dah macam iklan tak berbayar dah ni.





Ok, sekarang anak-anak murid jelas tak apa itu chim chum...?  hehe


3 Action comment:

sedapppp chimchum ni..sy suka..
lebih2 lagi kalau mkn ramai2..mmg best.. :)

dah la murah, kalau g steamboat tempat lain, rm30 sekepala..pastu xboleh ambik sebyk yg kite boleh..


ye, dia memang makan tak hengat, pastu membazir. amik banyak2 tak habis.. :D jgn marah dicup, sy ada puji awk di tempat lain. :p


haisssh. time tu i makan habis ye cik najwa. infact kat tmpt kitorg makanan dah 0 point. takde langsung-licin-kehabisan.

apa yang penting?

kerjasama! *tetiba*


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback