Encik Tabah

Assalamualaikum semua!

Entry kali ni mungkin entry tahap sampah sarap. Yang rasa-rasa tak pernah ada perasaan, tak payah baca. Buat semak kepala hotak je. Tapi walaupun agak sampah, aku tetap nak kongsi dengan korang. Aku tak dapat nak tanggung sorang-sorang dalam kepala hotak ni. Paling tak pun, aku akan menangis.. haissh..tak brader betul!  (-.T)'


Encik Tabah,

Kenapa ye hati ni selalu berbelah bagi. Kadang-kadang rasa macam tu kadang-kadang rasa macam ni. Tak tahu nak buat keputusan yang tepat. Masalah sebenar bukan tak tahu, tapi takut. Ye, takut nak buat keputusan. Takut keputusan yang dibuat tu tak tepat. Takut tersasar. Paling tepat, takut kecewa lagi. Kenapa ye takut kecewa? Mungkin sebab aku tak setabah dulu. -agaknya? Dan lagi, takut nak utarakan keputusan yang aku buat tu kepada orang lain. kenapa boleh jadi macam ni wahai hati?

Kenapa ye perasaan aku sekarang ni macam ni? tak sukalah. Datanglah perasaan yang happy go lucky tu. Datangkanlah perasaan yang gila-gila tahap tak ingat tu. Aku takmau la sedih-sedih macam ni. Kalau nak cakap je, mesti air mata keluar dulu daripada suara. tak sukalah..terasa diri ni tak berapa nak tabah..Aku tak suka bila orang tengok aku tak tabah. Rasa macam sangat perempuan (-.-'). -errk? Agaknya patutlah semua orang komplain nampak aku semakin kurus. Mungkin sebab ni lah kot. (-.-')

Sekarang ni persoalan dia, tabah ke aku nak mengharungi masa depan? Buatnya masa depan tu tak seperti yang aku harapkan macam mana? Takkan nak patah balik. Putar masa? Kau ingat kau tu siapa? Doraemon ada poket ajaib? Zaman kanak-kanak dulu bolehlah kau karutkan macam tu. Sekarang kau dah besar ok. Dah boleh fikir secara terang & nyata. Tuhan dah kurniakan kau otak & fikiran untuk kau gunakan. Bukan simpan buat pekasam. (T.T')

Bersabarlah duhai hati. Janganlah kau layankan sangat perasaan emosi kau malam-malam buta ni. Kau jugak yang akan merana. Banyakkan sabar & tabahlah dalam menghadapi apa jua rintangan yang akan datang. Berdoalah banyak-banyak pada Tuhan yang kau sayang. Berserahlah jiwa & raga kepada Dia yang Maha Esa. Dia lebih mengetahui apa yang akan terjadi kelak. Dan dia jugak lebih mengetahui apa yang baik & apa yang buruk pada hambaNya. Apa yang kau perlu tetapkan iman. Mungkin ketabahan yang kau idamkan akan muncul suatu hari nanti.




Kan best kalau ada Tabah Hazwan. Boleh tengok melodi.

eh, tetiba.


4 Action comment:

BERTABAH LA YE...AKU BARU LEPAS JUMPA TABAH AKU BALIK =P


haissh. susahnya nak carik Encik Tabah :'(


sesungguhnya encik tabah akan muncul jua..yg ptng yakin la dgn apa yg ada...=)


Ye..dia akan muncul juga.

tp x tahu bila..heh!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback