Memborong hadiah (Edisi pecut)


Assalamualaikum semua!


First of all, tahniah kepada Cik Puan Hajar di atas ke-berjaya-an dirinya yang telah sah menjadi bini orang petang tadi. Aku doakan ko bahagia dunia & akhirat dengan Inche Hafiz. Inche Hafiz, sila jaga Cik Puan Hajar dengan "selamat"..Tidak lupa juga, sila bagi kami anak buah secepat yang mungkin...kih kih kih.

Tajuk edisi pecut adalah kerana esok pagi-pagi buta aku dah kena berangkat pergi Kelantan. Nak pergi makan nasik minyak free kawan-kawan belanja..Esok-esok aku tak tahu lagi sempat ke tak nak post entry baru. Ni pun tak packing barang lagi. Iron baju & tudung pun belum..esok ni ada jugak yang pakai baju kurung yang tak ber-iron ni kang...takpun pakai seluar jean & tshirt...mati kena halau dengan tuan rumah...wakaka.

Dah orang bagi makan free, haruslah kena balas balik dengan bagi hadiah kan. Dan aku, di-pertanggungjawab-kan dan di-amanah-kan menjadi pembeli hadiah hasil dari collection duit orang-orang lab dah pun menjalankan tugasku dengan lancar & berdedikasi. Berjaya dengan jayanya ke tak, aku tak pasti. Tu kena tanya komen para juri - orang yang bakal dapat hadiah.

Pada hari kejadian (semalam), aku telah memaksa Cik Pu temankan aku. Takkan nak terkontang kanting sorang-orang pulak. Kang kena colek, tak pasal-pasal je tak kawen..huhu.(ada kaitan ke? hahaha). Cik Pu pun tanpa melengahkan masa, cepat-cepat setuju..berani dia taknak ikut? Aku nangis nanti baru tahu..kui kui kui.

 bersungguh-sungguh betul aku mengecek barang..hahaha!

 Usaha tangga kejayaan..yeay!

 Cik pu ni pun..orang tak sedia lagi, dia dah capture..haissh.

 yang ni ke...?  yang ni...?



Setelah berhempas pulas carik hadiah, inilah hasilnya :


Harap-harap Cik Puan Hajar suka..kalau tak suka, sila buat-buat suka.
Kalau tak suka jugak, ada tangan yang sudi menerima..(tangan aku la tu..siapa ke lagi..hehe)


Cuba teka, siapa yang akan kemas tempat ni?


1) Promoter yang kerja situ?

Salah.


2) Aku?       

tetttt...lagilah salah..






Jawapannya : Cik Pu...kui kui kui..

3 comments:

Qarl said...

wah wrapper pun gune jusco punyer

jimat!

niEna sHaLim said...

i thought uolss biarkan ajer...hahaha takder makna korg rajin nak kemas balik kann...hahaha

missdicup said...

Qarl : free kan benda yg paling best di dunia..hehe

Niena: tu la..kalau aku,aku biarkan je..dah cik pu nak tambah pahala kan..apa boleh buat..haha!