Mak Kuntilanak

Assalamualaikum semua..

Hmm..hari ni tak banyak beza macam hari-hari biasa. Semua biasa-biasa sahaja. Perasaan biasa, perkara biasa, suasana biasa. Takde yang luar biasa. Bosan pun macam biasa. Sebenarnya kondisi aku sekarang ni ialah takde kerja sambil-sambil nak tunggu masa lunch menjelma kejap lagi. Lapar weh..perut dah berkeroncong lagu Tolong ingatkan aku ni..tapi mana boleh keluar sesuka hati..nama pun kerja dengan kerajaan kan..lainlah kalau buat bisnes sendiri, takpun suri rumah sepenuh masa.. (-.-')  -ayat aku macam x biasa mengular..huahuahua..padahal?   "(-.-)" tanduk dua!

Tadi aku ada la melawat tapak blog kawan-kawan. Sekali, aku terjumpa sesuatu yang menarik. kalau bosan-bosan bolehlah korang cuba jugak..hehe



Ni lukisan aku


Jangan la gelakkan aku. Aku tahulah lukisan ni tak cantik.. Dah macam mak kuntilanak dah rupanya..huahuahua..Tapi best woo kalau nak gatal-gatal tangan melukis..Kalau dah korang kutuk-kutuk sangat lukisan aku, apa kata korang pulak buat sendiri..kita tengok apa jadik?  haha!

Kalau korang berminat nak try jugak, pergi scribbler (tekan terus). Kat situ korang bolehlah lukis macam-macam yang korang nak. Benda ni  aku amik dari Misz Su & Azreen Chan

Selain melukis mak kuntilanak, aku jugak pandai lukis macam-macam jenis mak..wahaha!










Pelukis amatur,

5 comments:

couple gedik kedai makan... said...

brapa cas harga utk lukir kairkatur sy?...rm10?..rm15?....

missdicup said...

Cik Pu :

hahahaha..apsal nama mesti "couple gedik kedai makan"? hahahaha cepat terpengaruh la kamu ni..

najwa's said...

hehe chomel la mek lukisan kamu tu.. :P nah, g wat keje skolah ni kalo rajin..ada satu ai tag yu.. http://najwahazwani.blogspot.com/2011/01/kenangan-perkara-best-kat-sekolah.html

missdicup said...

Thanks Najwa kerana mengetag.
InsyaAllah kalau ada masa, I tulis ye..
maybe dalam versi grunge & gasterism..siapa tahu?

SUHAIDA said...

http://suhaidasupalio.blogspot.com/2011/01/pemenang-contest-mizz-sue-bukan-buta.html

awak pemenang..contact su kat sue_546@yahoo.com tau