warga burung


Assalamualaikum semua.... (-.-')

Korang pernah tak rasa tak puas hati kat warga burung atas apa-apa alasan? Rasa macam nak bunuh dorang ni sekor-sekor ke..tak pun rasa macam nak bina sebuah sekolah khas untuk warga burung-burung ni ke? Hello..tolong fikir straight ok. Aku memang tengah marah sangat kat warga burung-burung ni - burung yang terbang-terbang tu ok. Rasa macam nak sekolahkan dorang sekor-sekor. Nak ajar supaya dorang semua ni pandai membuang najis di tempat yang sepatutnya. Dan..dan..kalau nak membuang haruslah jangan membuang secara berpesta.. grrrr.




Nasib baiklah angan-angan aku tu tak boleh dibuat kenyataan. Kalau tak, dah lama dah kita boleh tengok warga burung-burung ni beratur bawak beg besar pergi sekolah..LOL..Tak pun, sekurang-kurangnya dapat merasa makan nasik berlaukkan masak lemak cili api burung. Tak pun burung panggang pun sodap!   "(-.-)" tanduk




Cerita dia start macam ni.

Ada satu malam tu, aku dengan Cik Pu keluar pergi McD Seberang Jaya. Oleh kerana customer McD terlalu ramai sangat malam tu kami pun tak berjaya park kat situ. So, kena carik parking luar. Ada satu port ni, baik punya port. Jalan kaki ke McD pun tak la jauh sangat. Risiko dari dilanggar kereta lain pun sangat tinggi peratusnya dan juga selamat. So, kitorang park jelah kat situ. Pung pang pung pang kat McD lebih kurang 2-3 jam, bincang punya bincang, dating punya dating, kitorang pun sepakat membawa berkat amik keputusan balik rumah.

Time nak balik tu, aku ingat daun kering bertaburan atas kereta. Ok, no hal. Perkara biasalah tu kan, setakat daun kering kan..apalah sangat. Waktu tu pun malam -gelap, so aku tak berapa nak nampak sangat. Then tiba-tiba 

Cik Pu :  "fuhhh..cantik corak dia buat..." 
Aku : (dalam keadaan blur blur - dah mengantuk) Corak?


Perrrghh..sekali pandang macam daun kering. Dua kali pandang taik burung rupanya! geram betullah aku. time tu rasa macam nak memiliki 10 machine gun then tembak dorang sekor-sekor. Klau nak berak pun, beraklah secara berkhemah. Berak sekor-sekor ke, tak pun berak tempat lain ke. Ni tidak... Buat pesta!

Tak pasal-pasal balik tu, malam-malam buta aku kena basuh kereta. Esoknya pergi kerja semua orang pandang semacam. cis cis cis. Rupa-rupanya side tepi belah sana aku tak nampak masih ada lagi kesan kotoran dorang..haissh  (-.-'). Ok, tak pe lagi. Lunch tu aku terus pergi Car wash basuh. Sekali tutup pulak. Petang pergi lagi. Giler geli pekerja-pekerja car wash tu nak basuh....hahaha! Lantak!   "(-.-)"



Esok-esoknya?  Still ada lagi.. Bezanya dia berak sekor-sekor je. tak banyak macam hari tu.

Hari ni? pun ada lagi..grrrrrrr

Sampai hati betul dorang buat aku macam ni.

Dorang tak tahu ke cuci kereta tu memerlukan tenaga & duit yang banyak?  (-.-')



So, minggu ni aku lancarkan perang terhadap warga-warga burung!


Sekarang angkat tangan sape yang nak join?



Ketua perang,

11 comments:

Sharon Anne said...

saya nak join...it's too much for me to bear!

owner MCD seberang jaya.. said...

jom g wat corak free ni lg...lawa la plak nengok......laaariiiiiiiiiiiiiii......

missdicup said...

Sharon :

ok, aku lantik ko jadik panglima perang..kah kah kah

Owner McD Seberang jaya??? :

kah kah kah
buat lawak apa petang2 ni..hahaha!

LimauKasturi said...

hahaha..tu la,buat jahat lg...nak tgelak pon ada,tak percaya pon ada!!hahaha..kt mana ko park keta ko ni dik..??apa susah!!so jer cik pu ko tu basuh keta ko..hehe..

missdicup said...

buat jahat? jahat apakah? huahuahua T.T

Nak soh dia ke? macam kurang lemak je dia tu..kesian pulak...keh keh keh

larikkk!

LimauKasturi said...

hahaha..rasanya cik pu tu mcm da lemak..kamu tu yg kurang lemaknya..haha..

missdicup said...

kalau dia baca ni, mesti dia sedih..terbukti dia banyak lemak!

hahahaha!

ketua geng berak serentak..... said...

haishhh cik pu kamu tu mana da lemak...oooo naekk lemaakk laa duk kutuk2 ni...

LimauKasturi said...

hahaha..lemak berkrim di sukai dicup!!!tet!!!

JuAn NaSir said...

"tahniah!!! kamu sekalian memang hebat dalam perang semalam, beta bangga dengan hangpa semua!!! haha" kata Sultan Juan kpd rakyat burung2nya...=p

missdicup said...

ketua geng berak serentak aka cik pu:
hahaha..sorry dear..dah terbukti u berlemak..wahaha!

Cik limau Kasturi:
~tet~ apakah? (-.-')

Najwan:
oooh..kiranya semua ni angkara mu la ye..nak sabotaj aku..haisssh