Kenapa Isnin?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Wow wow wow. Lagi 17 hari ok. Dup dap dup dap jantung aku. Hari nak dekat dah. Kurang 20 hari je lagi. Mak pulak boleh dikatakan hari-hari mesej & tepon tanya hantaran dah siap ke belum. Adik pun selalu je mesej aku. Tanya macam mana projek 14 Mac aku. ok ke tak, ok ke tak. Hantaran dok belonggok kat ruang tamu rumah sewa tu. Hari-hari dok tengok. Tu yang aku rasa makan tak kenyang, mandi tak basah tu kot (erk?).

Kad undangan sampai hari ni aku tak bagi-bagi lagi. Si labmate dah tanya-tanya dah. Mana kad mana kad. Aku terpaksa kata sekarang ni bz. Tak sempat lagi nak siapkan. (eh eh..memang betul pun Cik Pu bz). Dia pun satu. Tak menyempat-nyempat haih nak kad. Nanti-nanti la. Banyak hari lagi. Bukan ko nak pergi esok pun kan. (kalau dia tahu aku kutuk dia ni, mampus la aku! heh!)

Pasal hari pun satu hal jugak ni. Napa ramai sangat yang tanya. Kenapa buat hari Isnin?

kenapa? salah ke kami buat hari Isnin? Tak kan..? Lagi pun time tu minggu pertama cuti sekolah la. Bolehlah datang ramai-ramai bawak anak makan-makan free. Kami memang saja buat hari Isnin. Nak bersedekah kat anak-anak. (eh?). tipu tipu. Kami terpaksa buat hari Isnin sebab pakcik Pu korang bz sabtu & ahad sebelumnya tu. Dia kena amik gambar wedding orang. Tapi ok apa. Aku baca ada 1 majalah pengantin tu, dia kata kalau ikut adat melayu, hari-hari yang baik pergi merisik termasuk hari Isnin - Isnin, Khamis, Jumaat.

So, ok la kan? No big deal. Jom datang ramai-ramai ye. Jangan lupa bawak anak-anak sekali. Tapi kepada yang aku tak jemput & tak bagitahu tu. Aku mintak maaf banyak-banyak. Bukan tak nak jemput. Bukan tak nak bagitahu. Aku terpaksa jaga hati semua orang. Lagipun ni just risik & tunang je. Bukan kawen pun. InsyaAllah kawen nanti aku jemput semua ye. Baru surprise kan? 



4 comments:

cik syuhada yg manis said...

kak dic bile nk pos kad kat kitorg nih?xsbr nk tgk kad tunang ko..1st time ak nk dpt kad undangan pertunang...exited wooo...hehe

missdicup said...

InsyaAllah next week I bg..hehe

cik syuhada yg manis said...

i like...hehehe

missdicup said...

kalau kekurangan budget nak beli stem nnti, I tepek kad tu kat sini xpun I send by email..kih kih kih