Hari sedih sedunia

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni dan semalam aku klasifikasikan sebagai hari sedih sedunia. Aku tak tahulah orang lain macam mana. Tapi aku memang rasa sedih semacam. Air mata pun mudah je menitis ke bumi (cecece..menitis ke bumi tu ayat aku). Tak tahulah angkara hormon ataupun faktor lain?

Semalam time malam dok menangis dengan Cik Pu. Padahal aku tak tahu pun sebab apa. Takde punca..heehee..Tiba-tiba rasa sedih pastu terus menangis teresak-esak. Agaknya apalah perasaan Cik Pu. Tiba-tiba je aku menangis. Gila ke apa budak ni? hahaha! Tapi kan tapi kan. Cik Pu tu layankan je aku. (-.-')

Petang-petang tadi pun sama. Aku sekarang ni dah minat giler babi dan jatuh hati lentok bagai sama itu Encik Hafiz. Haip haip haip. Cik Pu sila jangan jelous ye. Encik Hafiz yang nyanyi lagu Awan Nano tu ye. Encik Hafiz AF. Petang tadi time takde kerja tu la. Aku bukak youtube tengok klip video Awan Nano. Meleleh jugak tangkap lentok. Encik hafiz ni pun satu. Kalau nak nyanyi pun, nyanyi la lagu yang gumbira hooray hooray. Ni tak. Asik sedih je. Asik pasal mati je. Kali ni Awan Nano pasal ayah pulak..Haish! Aku ni dah la tak boleh bila cerita-cerita sedih pasal mak ayah ni. Memang sadis habis la. Korang tengok sini kalau nak nangis jugak ye..  T_T

Dan petang sebelum balik kerja tadi ada satu lagi kes. Si Sharon Anne, kawan aku tu. Dia dah nak berhenti kerja. Hari ni dia last-day kat sini. Datang jumpa kami kat lab peluk cium ucap selamat tinggal. Tiba-tiba aku rasa kehilangan sorang kawan yang super gila baik. Lepas ni takde sape la yang aku boleh peluk-peluk time jalan pergi makan. Takde sape la yang aku boleh pegang-pegang tangan sambil jalan-jalan. Sambil kena phewit-phewit dengan abang jalanan. Takde sape la. Sedihnya...  T_T

Dan kemudian malamnya pulak. Sorang member aku ditimpa berbagai-bagai masalah. Kesian dia. Aku sebagai kawan haruslah menjadi pendengar yang setia. Yelah, benda lain dah tak boleh nak tolong. Hal peribadi orang kan. Kira tu pun jadilah. Harap-harap dengan melepaskan semua perasaan bercerita dia kat aku tu, dapatlah dia melapangkan sikit dada. (erk?). Apa yang aku dapat tolong, aku tolong, InsyaAllah. Sekarang ni buat sementara waktu dia tumpang umah aku dalam tempoh 2 minggu maybe? Ok jugak. Ada la teman housemate merangkap roommate kan..heehee..Boleh borak-borak. Taklah sunyi sangat.  :-')

Harap-harap lepas ni takdelah hari sedih sedunia macam ni lagi ye. (-.-'). Kalau ada pun, kita anggaplah semua tu ujian & dugaan daripada Allah swt kepada hambaNya. Dan anggaplah mungkin akan datang hari bahagia selepas hari duka ni..

Hochaik! hochaik!




2 comments:

Anonymous said...

I am not sure where you're getting youur information, bbut great topic.
I needs to spend some tijme learning much moore or understanding more.
Thanks for magnificent information I was looking
for this info for my mission.

Anonymous said...

This is the perfect web site for everyone who wishes to understand this topic.
You know so much its almost tough to argue with you (not that I really would want to…HaHa).
You definitely put a fresh spin on a topic that has been discussed for
a long time. Excellent stuff, just wonderful!