Kad tunang versi dalam perbincangan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Seperti yang dijanjikan, hari ini mari kita berbicara tentang kad jemputan tunang aku hari tu tapi dalam versi masa dia masih dalam perbincangan antara aku & cik Pu (Eh, macam baca berita..). Seperti kebanyakan orang tak tahu, aku ni kadang-kadang jenis cerewet jugak. Eh, rasanya macam bukan kadang-kadang, tapi selalu. Sampai Cik Pu pun dah tak larat nak layan kerenah cerewet & perfectionist aku ni...ngeh ngeh ngeh. Walaupun kadang-kadang tu, dia dah buat yang terbaik dah, tapi aku still nak komplen lagi. Kadang-kadang aku saja je nak uji tahap ketahanan kesabaran dia banyak mana. (-_-')

Bape banyak kadang-kadang da? 

At first dia bagi design kad tunang aku tu dah ok dah. Tapi tu design untuk diposkan ke Afiq sebagai bukti dia nak mintak cuti. ok, done! Aku terima tanpa satu bantahan pun. Bagi aku dah perfect dah.


depan

belakang


Aku ingatkan lepas tu dah takyah nak berkad-kad dah. Rupa-rupanya kena buat jugak. Si labmate aku kata dia pun nak pergi then kena bagi peta lokasi. Aku bab-bab melukis peta ni mana reti. Lukis peta atas bantal teror-lah!  kui kui kui. Then Cik Pu buatkan layout baru guna design yang sedia ada tu. Dia terus print then kasi kat aku. Nasiblah dia tak print banyak, kalau tak membazir je. Kad yang dia buat time ni banyak yang tak kena kat mata aku..ngeh ngeh ngeh..
(suka-suka kau je kata tak kena, padahal orang tu tengah demam time ni). Maafkan saya pak!

Aku komplen :
Kad tu edit yang :

1) Warna kasi terang sikit. Sebijik mcm yang sebelum ni...hehe
2) Nama Muhd Naem kat jemputan tu kasi betul2 eja la ye..kat depan tu xpe la.. :)
3) Yang kat pelan lokasi tu, word susur keluar Bukit Beruntung (U) tu, yang (U) tu kasi buang..tak payah (U).
4) Pelan lokasi tu - masjid bukit sentosa tu tempat dia kat sebelum simpang masuk kiri. So abg kena ke bawahkan sikit Masjid tu.
hehe..setakat ni, tu je..hehe...peace no war!

Then dia ubah, tapi x print. Just mintak kritikan pendapat aku kat email je. takut membazir lagi.


depan

belakang


Pastu aku still tak puas hati. Aku nampak ada minor-minor kesalahan yang tak dapat diterima..ngeh ngeh ngeh. Aku terus jadik Cikgu sekolah dan email lagi. Rasa bersalah pun ada sebenarnya. (-_-')


 depan

belakang

Time ni terasa diri ini sangatlah kejam. Tak silap aku Cik Pu macam merajuk kot? dengan aku time ni. Sebab banyak songeh sangat. Tapi dia still buat jugak macam yang aku mintak tu..huhuhu.. (T_T)

Dan setelah berpenat lelah, inilah final kad undangan kami :



 (Aku pernah tepek kat SINI)

 belakang

Atas sebab rasa sangat bersalah & terasa diri ini sikit lagik nak jadik macam jin amprit, aku pun mintak maaf..heehee! (Tahu pulak kau kejam tu apa!)

As salam...

Ok...dah..saya dah puas hati..takde sebarang komen lagi dah..
Saya mintak maaf sangat2 kalau saya menyusahkan abg.
Saya mengaku mmg saya cerewet. Saya just nak yang terbaik utk kita.
Saya just nak kad tu nampak cantik. dan kalau org tgk kad tu, saya nak org suka & mungkin akan boleh naikkan market bisnes abg. tu je.



Sowi sangat2...huhu T_T


heehee..maniskan ayat aku? lalalalala~ larik!




No comments: