Masih belajar

Assalamualaikum wbt & saLam sejahtera semua..

Ingat aku lagik tak? hehe. Hari ni baru ada kesempatan nak menaip sesuatu kat blog. Sebelum-sebelum ni bz semedang. Ada je aktiviti yang membizikan diri. Ingatkan bulan 4 hari tu je bizi, rupanya bulan 5 ni pun sama je. Tiap-tiap minggu full. Dua minggu lepas baru balik Rawang, Fiza kawen. Minggu ni nak kena balik lagi, Gendut pulak punya turn. Haih semua pakat nak kawen ni. (-_-')

Minggu depan dah nak start jadik student balik. Ber-orentasilah kita selama 4 hari ye. Tak tahulah macam mana rupanya. Harap-harap takdelah orentasi macam dulu-dulu, kena buli dengan senior-senior. Then bila aku jadik senior, aku pulak yang buli junior. cet!

Minggu lepas aku masuk kelas Intensif English yang British Council buat tu. Aku amek under IPPT, tempat kerja aku. Gila kalau nak amik sendiri? Nan adolah jawabnya. (choi, kedekut punya orang..) Nasib baik aku sempat hantar nama..kalau tak, melepaslah peluang keemasan tu. Kau bayangkanlah. Dia nak amik 20 orang je daripada beribu-ribu staff yang ada kat IPPT ni. Tak ke niaya kalau kau lambat daftar? Mesti melepas gigit jari. Nasib baiklah aku dikalangan orang-orang yang tangkas, cepat dan betul, so tergolonglah aku dikalangan yang 20 orang tu.. Kadang-kadang kita kena jadik macam polis walaupun kita tak suka (ikut motto polis). huahuahua!

Sekarang ni semua ahli keluarga sibuk dok push aku & Cik Pu untuk tetapkan tarikh kawen. Adoyai, relax la brader. Kitorang relax je. (Padahal Cik Pu sorang je yang relax). Nak tentu-tentukan tarikh ni mana boleh ikut suka hati je. Mestilah mengikut kesesuaian & ke-ready-an kitorang kan. So, kitorang decide nak tentukan actual date lepas aku balik dari orientasi PJJ tu nanti. Buatnya kitorang decide bulan 2 ke, tengok-tengok exam time tu, tak ke niaya tu? Terkocoh-kocoh aku nak baca buku lagi, nak buat persiapan kawen lagik, prepare jadik bini orang lagi, kan ke multitasking tu namanya. Kita kena fokus pada yang satu. Kang dikejar tak dapat yang digendong berciciran..haih!

So, sekarang ni apa yang aku mampu buat adalah buat survey ke atas semua benda yang aku akan gunakan masa wedding nanti. Dipendekkan ayat, aku tengah survey-survey. Buat masa ni semua orang sibuk dok suggest suruh aku prapare goodie bag dulu, memandangkan aku pun tak tahu nak start buat / beli apa dulu..blur! (Padahal aku dah siap beli 3 barang hantaran dah..kui kui kui). Cik Pu dah tetap hati dah, dia nak beli & buat macam mana goodie bag dia. Cuma aku je berbelah bagi. Nak yang macam tu ke, yang macam ni? (-_-')

Takpelah. Khamis ni aku amik off 1 hari dah. Hari untuk menyevey. Serveylah kau semua boxes-boxes yang ada nanti ye. (punyalah banyak boxes..boxes-boxes..nasib baik bukan boxer-boxer..keh keh keh) Pape pun, aku harap semuanya berjalan lancar. Takdelah masalah besar yang memeningkan kepala...dan sehingga hari ni aku masih belajar sikit demi sikit tentang "alam baru" yang aku akan tempuh tu.


.....belajar dan kahwin dalam satu masa yang sama.


No comments: