Persiapan : Doorgift & Riben

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,

Hai semua..lama tak jumpa. Rindu aku tak? hehe

Lama dah tak menaip apa-apa kat sini. Takde masa & kekurangan teknologi. Laptop aku dah menamatkan riwayat hidupnya. Dalam erti kata lain, dah tak boleh nak On langsung. Masa pulak penuh dengan nak fikir assignment yang melambak. (fikir je baru, buatnya tak pun). Kat tempat kerja asik fikir plan nak pergi cameroon. Sebab aku jadik Pengarah projek Lawatan Sambil Belajar pergi Cameron.. (-.-'). Fikir nak kahwin pun satu hal. Hari-hari dok mengentel reben kat tangan. Orang lain pun muak tengok agaknya..haissh!

Setakat ni persiapan kahwin yang aku dah buat hanya 2. (Ni yang dalam kepala hotak aku lah).

1) Doorgift - memorable thing
Aku dah berjaya siapkan 400 pcs memorable thing selama 5 hari sahaja. Ok, tak tipu. Sila baca lagi sekali, 5 hari ok. Fuh, terasa diri ini sangat produktif & pekerja kilang yang cemerlang.




2) Riben
Setakat ni hanya ada 599 pcs riben yang disiapkan. Ada lagi lebih kurang 700 pcs untuk dipintal. Kalau ikut Cik Pu, dia agak tak setuju dengan cadangan aku nak letak riben kat kad kahwin tu, sebab tak nak bagi aku tensen. Tapi, aku kan degil. huahuahua! (takpe, lepas kahwin nnti aku akan kurangkan degil ni sikit..hehe..peace!)

Ok, setakat ni tu je. Next month maybe nak balik Rawang beberapa hari. Aku dahtak cukup masa ni. Rasa macam esok je nak kawen. Ada beberapa bulan je lagi untuk buat preparation. Nanti dah dapat specific, aku bagitahu korang ye!


Ok, dah tiba masa nak pergi meeting..papai!

2 comments:

cik syuhada yg manis said...

hjg thn ni jd ke??huhu..xdapat ak nk tlg..jauh sgt eh..

missdicup said...

hehe..InsyaAllah bulan 11..huhuhu..


cuak cuak