Paperbag

Classification : ,
As salam & hai semua,



Bercerita pasal goodie bag, dengan lapang dadanya aku dah boleh tutup kitab pasal goodie bag ni. Tapi goodie bag je lah kan. Benda menatang dalam tu tak fikir lagi. hehe. Ni pun atas bantuan Puan Emak. Alhamdulillah. Minggu lepas parents aku kan datang Penang nak hantar aku & Si budak kecik tu, then dah alang-alang diorang ada kat sini aku terus bawak semua pergi A tu Z Wedding House. (Read : Aku tukang tunjuk arah jalan je, selebihnya kerja Encik Ayah yang memandu :p)



Mula-mula dulu aku present kat Puan Emak & Encik Ayah idea DIY sebenarnya. Then idea DIY paperbag / boxes tu direject mentah-mentah oleh Puan Emak. Dia tak setuju langsung. The main reason dia reject sebab huduh katanya :( then reason baik sikit dia bagi : dia taknak aku penat-penat deko sume paperbag / boxes which is berjumlah 1500 pcs. Dia kata senang beli je yang dah siap, tak payah penat-penat badan. Aku pun terpaksa redha jelah kan. Dah itu kata penaja. uhuk uhuk uhuk!




Idea DIY boxes : Tapi Puan Emak kata box aku tu besar sangat :(





Idea DIY paperbag : Puan Emak tak setuju :(


Ok, kalau dah itu kata penaja, kita ikutkan ajelah. Janji duit poket kahwin dapat tajaan..hehe! Pergi punya pergi A tu Z, Puan Emak & Encik Ayah kagum gila dengan bangunan A tu Z. kalau nak bezakan dengan Semua House, A tu Z ada dalam satu bangunan & hanya perlu jalan satu kedai je. Puan Emak & Encik Ayah memang tak suka sangat berjalan survey-survey macam aku. Kalau dapat kat aku, sampai malam pun aku tak balik-balik sebab tak habis survey lagi..hehe!

Sesampainya kat A tu Z tu tadi, terus pilih papebag yang ada tangkai macam biasa dan yang paling penting yang paling murah sekali. Treadmark : Biar murah asalkan nampak exclusive..boleh plak kan macam tu? Mula-mula tu, ada 1 design tu cantik gila. Kaler dah striking dah, tengok-tengok stok kaler pink habis la pulak. Yang tinggal hijau. Takkan aku nak kena tukar tema kaler pulak? Hijau-purple? Erk..perlukah? Dengan pantas jawab : Tak perlu!

Terus ambik design bunga-bunga. Bunga pun bungalah. Nanti orang buang jugak kot?


Then Puan Emak terus bayar semua 1500 pcs paperbag tersebut. Terima kasih Puan Emak..I love u so much.


Ok, Paperbag done!




0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback