Public Blog

Hai semua, selamat malam.

Sebenarnya mata dah kuyu gila ni. Tapi hati ada hajat yang besar nak bukak cerita kat blog. Almaklumlah, baru lepas start buat assignment la katakan. Tu pasallah mata automatically kecik. Lagi pulak siang tadi aku full house pergi Kelas Amali JIB 115. Agak penat sedikit di situ ye kawan-kawan. Tapi, cuba kau bagi aku chatting ke, borak-borak dengan Cik Pu ke, main games ke, cepat-cepat dia cerah punya. XP

Ok, berbalik pada tajuk kita tadi.

Semalam Cik Pu ada tanya aku. Bila nak bukak blog Coklet Hitam ni ke public? Takkan nak peram blog ber-privacy sampai bila-bila kot? Ok ok. Soklan ni sebenarnya lama dah bermain kat minda aku. Nak bukak ke tak? Ke biar hanya kawan-kawan yang kita suka je baca. Dalam erti kata lain, no public-public? Haih, aku pun tak tahu nak jawab macam mana.

Kalau ikut hati memang nak bukak. Sampai bila kan nak menyorokkan gossip2 diri sendiri macam ni. (haha..ayat nak mintak pelempang). Tapi tu lah. Aku rasa setakat ni mungkin belum tiba masanya lagi kot. Kang manalah tahu, tup tup open to public reader, dan dan ramai pulak stalker..akhirnya payah pulak nak menjawab dengan Cik Pu...muahaha!

Dan setelah aku berfikir-fikir dalam tak sampai beberapa hari pun, aku rasa aku dah pun ada jawapan yang tepat bagi soklan Cik Pu tu. Yes. Aku akan bukak blog ni bila tiba masanya. Bilakah akan tiba masanya? Bila satu hari nanti. Satu hari di mana kad kahwin yang telah dicetak dan dalam proses nak diedarkan kepada orang ramai. Yes, time tu aku akan open this blog to public reader.



Ya. Aku yakin!




No comments: