Spa

Classification :

Hai semua,

Aku sebenarnya baru je balik dari buat rawatan badan & muka kat Spa Iris, Bertam Kepala Batas ni haa. 6 jam kau..Daripada pukul 9.30 pagi tadi sampailah 4.30 petang ni. Ohh..bukan 6 jam ye kawan-kawan. TAPI 7 jam. Perrgghh..Masa aku kat dalam Spa tu, tak perasan pulak lama sampai 7 jam..HAHAHA. Best gila kot, setelah lama tak memanjakan diri sendiri since last aku buat pun masa kat Bandung Bulan 3 dulu.

Kau nak apa? foot spa? infrared sauna? Body Scrub? Body mask? Mandi susu? Mandi bunga? Facial treatment? Semua aku buat..HAHAHA..Tamak sungguh la..Tak menyempat-nyempat nak tunggu bulan depan. HUAHUAHUA. Tapi bagus jugakkan aku pergi sekarang. Aku takut bulan depan sangat sangat bizi & tak sempat. Aku fikir, daripada tak buat langsung, lebih baik aku buat awal-awal. Tapi tu la..dah rasa best buat rawatan spa ni, rasa macam nak buat lagi sekali je sebelum kawen. Tapi kena tengok dulu bajet bulan depan macam mana...haih..Ke ada orang nak sponsor? (cc : Cik Pu) hehe

Tadi berapa aku habiskan? Ada la dalam RM220. Tu pun setelah diskaun. Kalau ikut harga sebenar dia, pakej pengantin RM185, facial treatment RM65. So, kat situ aku dah save beberapa puluh ringgit dah. Ni bagi akulah kan. Mungkin bagi orang lain, bajet aku ciput kot? Or bajet aku melebih-lebih? Terpulang pada hak masing-masing :) Asalkan kau bajet ikut kemampuan kau dan tak menyusahkan orang lain, takde sapa marah. Ye tak?

Masa dok dalam spa tadi, aduhai. Banyak kali Cik Pu call. Aku? Mestilah tak angkat..Fokus maa..fokus ber-spa. HAHAHA. Mana ada masa nak angkat call-call ni..HAHAHA. Lepas siap semua, aku call Cik Pu balik.

Aku : Ye, Napa abang call tadi?
Cik Pu : Saja je. Kamu pergi mana ni? Abang call banyak kali, kamu tak angkat.
Aku : Kan saya dah cakap, saya pergi spa.
Cik Pu : Aah la. kamu ada cakap. Abang terlupa.
Aku : Haih.
Cik Pu : Tak sabarnya nak balik Bertam. Nak jumpa kamu. Tengok perubahan.
Aku : ???????????????




Cet!


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback