Azam No.8


Hai semua,

Selamat tahun baru. Oh, minggu ni 3 hari cuti, tapi sumpah tak rasa macam cuti. Tetap kena pergi kerja macam biasa, cuma bezanya masa je suka hati aku nak masuk pukul berapa. Oncall lah katakan. Kalau macam semalam, masuk dalam pukul 4.30pm. Tu pun nasib baik Cik Pu yang desak suruh pergi, kalau tak....tak tahulah macam mana nasib Si Bakteria-bakteria kat lab tu..Huahuahua. (-_-')

Bercerita pasal tahun baru 2012 ni, kan sebelum-sebelum ni aku ada cakap pasal list2 untuk 2012 kan. So, rasanya untuk hari kedua tahun 2012, ianya telah tercapai 96%. Wah, 96% kau! HAHA. Cuma nak sampai 100% tu, kena gigih, tabah dan cekal jelah..dan 1 lagi, pertolongan cemas dari Cik Pu. HAHA. Benda yang aku gebang-gebangkan dari tadi ni adalah :


Belajar memasak dengan lebih gigih lagi....yeah!


Semalam lepas balik keja, aku bosan2 ajak Cik Pu pergi Jusco Perda. Jalan punya jalan, Cik Pu ajak masuk Popular. Aku tanpa buang masa, I follow u.....HAHA. Masuk jugaklah belek-belek. Aku memang berhajat nak carik Diari 2012. Senang nak tulis catat apa-apa. Then, agaknya dah memang jodoh, tetiba terpandang 1 Buku Resepi Masakan. HAHA. Belek punya belek, macam best je kan resepi dia. Senang pun senang. So, terus rembat 2 bijik - Diari 2012 & Buku '1 Hari 1 Resepi'. Tunjuk kat Cik Pu, terus dia kata jom pergi kaunter & bayar. Dengan dia-dia sekali rembat sebijik majalah. Majalah apa ntah. Pasal photografer2 dialah kan. Aku tak sure sangat. HAHA.

Azam baru yang boleh ditambah : Membaca amalan mulia! HAHA

Diari 2012


Oh ya.

Dah masuk tahun baru ni, baru aku teringat 1 benda. Aku kena mula bercerita balik pasal wedding hari tu. Kalau tak, nanti semua memory pasal wedding tu akan luput sebelum tarikhnya. Almaklumlah, aku kan ala makcik-makcik sikit, cepat lupa. HAHA. Tapi...tu semua kena tengok pulak pada masa & mood. Kalau nak katakan, dah 3 assignment aku lari duedate..hai la! (-_-') Agak-agaknya, ada tak orang nak tolong?


Cik Pu, sila angkat tangan secara paksa rela!


HAHA.




2 comments:

najwa's said...

hikhik~ selamat memasak, aku sudi jadi juri masakan ang. ;p

missdicup said...

boleh...boleh..mai datang umah aku.

Tapi, aku takut. Kalau hang datang, tak sempat lauk nak simpan utk hang, Cik pu dah habiskan..HEHE