Almari Buku


Hai semua,

Gaji untuk Bulan Februari ni kami dah plan nak beli sesuatu. Sesuatu yang akan membawa 1000 perubahan. Perubahan yang akan menganjakkan paradigma ke satu tahap yang lebih tinggi daripada biasa. Daripada keadaan semak ke keadaan yang lebih kemas. Atau ayat lebih mudahnya : nak beli almari buku. haha.

Banyak design yang aku berkenan sebenarnya. Ada moden, kontemparari (walaupun aku tak tahu apa makna sebenar kontemparari..haha), biasa2, unsur-unsur 5S, semua ada. Cuma tak tahu mana yang nak pilih je. Bila tanya Cik Pu, dia macam dialah. "Hmm..cantik", "ok", "boleh". Semua cantik, semua ok, semua boleh. Takde bantahan langsung. haha. Aku pun konfius mana satu nak pilih.



Design yang stylo milo. Pakat tak membaca la aku, TIDO terus. (-_-')



Almari macam ni aku pernah jumpa kat IKEA. Harga pun in ranges. not bad.
(http://armantjandrawidjaja.wordpress.com)



Murah tapi kemas. Boleh tambah bila2 masa je kalau nak.
(http://atoyis-san.blogspot.com)



woooo..menarik! menarik!


Bagi aku, ok je kalau dia ada ciri-ciri yang bila aku letak buku tu nanti, buku2 tu akan nampak kemas, tak serabut. Dan memandangkan space bilik belajar + kerja kami tu pun tak berapa nak besar, so aku nak almari tu nanti mestilah jimat space. Tetapi, memandangkan buku2 aku banyak, almari tu tak bolehlah kecik sangat kan. Almari buku tu mestilah boleh memuatkan buku2 yang berjumlah 4 tahun pengajian jarak jauh aku tu. Dan....yang PALING penting sekali, harga dia mestilah in ranges yang kami tetapkan. haha.

Cantik, jimat space, murah. Ada kah? haha.



0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback