Kenduri & Serasi Bersama


Selamat malam semua, eh dah pagi rupanya :)

Hari ni sehari suntuk aku & Cik Pu berada di luar kawasan rumah. Kalau ada kat rumah pun, sebelum zohor je. Lepas zohor, terus jiran2 kami dah tak nampak kami dah. Macam2 tempat & aktiviti terpaksa di-settlekan hari ni. Kalau tak, nak tunggu bila lagi, ye dak?

1. Kenduri Abe & Siti

Memula sekali, tahniah aku ucapkan kpd kedua2 pengantin baru ni. Semoga korang dapat melayari bahtera rumahtangga ni dengan penuh berkat Allah & bahagia dunia dan akhirat.

Ni pun pasangan sesame staff IPPT jugak ni. hehe. Menarik kan? Tahun lepas & tahun ni, tema kahwin adalah pasangan sesama tempat kerja kot..haha. Tak terkecuali, kami pun sama..haha




Kali ni hadiah dia Cik Pu yang bagi. Aku tumpang sekaki, tepek nama. haha. Dia bagi disc yang ada semua gambar nikah dorang semalam. Siap dia buat cover album, cover kotak bagai lagi. wah..kelas kau jah! Aku pun tak dapat lagi hadiah macam tu.. (-_-')






2. Serasi Bersama

Lepas je habis makan kat kenduri Abe & Siti tu, kami terus meronda2 area Sungai Petani (SP). Hajat di hati nak survey2 almari buku yang kami idam2kan tu. Manalah tahu, kat Bandar SP ni ada pulak kan. Tapi semua kedai yang kami pergi tengok, semuanya hampa. Takde. Aku kan cerewet sket bab2 membeli barang2 ni. Kalau takde tu, takdelah. Mana boleh acu ada je kan (macam Cik Pu) haha.

Lepas dah takde tu, aku ajak Cik Pu singgah Tesco SP yang baru tu. Memandangkan Cik Pu pun ada sorang kawan kat sana, ok gak kalau tak jumpa almari buku tu. Boleh lepak2 kat kedai makan kawan dia tu. Sekali....Tesco buat aktiviti daa..Diorang carik 6 pasangan suami isteri. Tepat pada masanya, Cik Pu di-offer untuk join. haha. Games dia sebijik macam rancangan tv Astro, serasi bersama, tapi beza dia taklah sebijik sangat.




Macam2 soklan dia tanya kami. Dalam 10 solan kesemuanya :

1. Apa masakan isteri yang suami paling suka?
Aku : Sambal
Cik Pu : Masak lemak cili api

hahaha...salah! Cik Pu bagi alasan : "Isteri saya masak semuanya sedap, susah nak pilih..."

2. Apa warna kesukaan isteri?
Cik Pu : Pink
Aku : Coklet

hahaha...salah! sejak bila Coklet jatuh tempat kedua lepas pink ni?

3. Air kegemaran suami?
Aku : Sirap limau
Cik Pu : Oren

hahaha...salah lagik. Aku tanya Cik Pu, bila masa pulak dia suka air oren ni? Dia jawab : Kan selalu kat rumah kita bancuh air oren...Cik Abang, suka dengan selalu tu lain lah...haih. (-_-')

4. Rancangan kegemaran isteri?
Cik Pu : The Voices
Aku : Melodi

huahuahua...salah lagik dan lagik. Dulu, dia yang kata aku suka sangat tengok Melodi. Rancangan Melodi ni dah sebati dengan aku la, apa la. Kalau tak bukak Melodi, dia duk tanya2 kenapa aku tak bukak Melodi. Sekarang apa sudah jadik? Tak ingat katanya (-_-')

5. Hadiah paling berharga yang pernah isteri dapat?
Cik Pu : Gelang tangan
Aku : Gelang tangan (mas kahwin)

Nasib baik time ni betul..kalau tak, tak tahulah aku...haha

6. Siapa yang memulakan perkenalan dulu?
Aku : Suami
Cik Pu : Suami

Off coarse lah kan. Dia yang duk mengorat time kat Padang USM dulu. Orang dok fokus nak lari, dia dok usha2...Tak concentrate aku dibuatnya...haha.

7. Siapa yang teliti dalam memilih pakaian?
Cik Pu : Suami
Aku : Isteri

Time ni memang lawak gila. Aku ingatkan 5 soklan last ni boleh betul semua, tapi ternyata tak. Cik Pu mengaku dia, aku pun mengaku aku jugak. Mana satu yang betul ni? haha

8. Siapa yang cerewet semasa membeli barang?
Aku : Isteri
Cik Pu : Isteri

Ye, aku memang orang PALING cerewet dalam dunia ni kalau nak membeli barang.

9. Siapa yang selalu makan banyak?
Cik Pu : Suami
Aku : Suami

Tengok badan la wei..haha. Kalau ada gambar dia dulu2, nanti aku nak letak gambar sebelum & selepas kahwin. Banyak perbezaannya...hahaha

10. Siapa yang selalu / kuat merajuk?
Aku : Isteri
Cik Pu : Isteri

Ye, akulah tu (-_-').........bye!




p/s : Cerita ni ada sambungannya. Nanti aku sambung lagi ye! (Pasaraya G-Mart, Hasil Baucer RM200, Almari Buku)



1 comment:

studio said...

tesco tipuuu...hahaha