Perubahan

Classification :

Hai semua,

Malam tadi aku tido kat Bilik Gendut sebab Kak Anis balik Bertam. Rindu kat anak-anak katanya. Aku? Macam mana nak balik kalau Cik Pu pun takde kat Bertam. Nak jumpa siapa? huhu. Dia dah selamat balik Alor Star semalam dengan cerianya (Read ceria : sebab dah sihat). Aku? Duduk la kat hostel ni 24 jam tanpa bergerak. Nak pergi carik makanan pun malas. HAHA. Padahal kafe beberapa tapak je pun.

Lama dah sebenarnya aku perhatikan, tapi kadang-kadang tu...ntah la. Aku saja buat-buat tak tahu kot. Sekarang ni aku macam makin malas je. Malas nak belajar. Malas nak buat kerja. Kadang-kadang malas nak masak. Malas nak mengemas. Haih semua la malas. Tahu-tahu masa dah suntuk. Rasa macam tak cukup masa. Contohnya macam tarikh submit assignment nak dekat (cth : esok) baru kelam kabut, tergopoh gapah hari ni nak buat. Time tu jugaklah kau baru nak berkemas nak balik kampung. Sebab selalunya assignment hantar jumaat kan. Haih. Sampai ada satu masa tu, Cik Pu macam bengang je dengan aku. (dia tak tunjuk, aku yg perhati).

Then aku bandingkan aku dengan orang lain. Contohnya Gendut & Kak Anis. (Mr Ajack kita ketepikan dulu. haha) Diorang boleh je siapkan assignment on time. Even Gendut pregnant. Pregnant bukan takat-takat 3-4 bulan. Sekarang dah 8 bulan 1/2 tu. Bila-bila masa je boleh deliver. Boleh je aku tengok dia siapkan semua tugasan termasuk amali, math, assignment dll. Aku? Hape pun tak boleh! Kadang-kadang geram sangat dengan diri sendiri. Tapi ada masa tu macam malas tu tak nak pergi dari diri aku ni. Kenapa? kenapa?

Macam pagi tadi pun sama. Dia bangun awal terus siapkan lab report. Aku? Masih seronok diulit mimpi berbalamkan selimut tebal Cik Pu. Disebabkan segan dengan rakan sebaya, aku bangun jugaklah siapkan. Kalau tak, hado kau nak buat Cik Dicup? Nan hado!

Nak taknak aku pk aku kena lakukan sesuatu. Aku kena bertindak. Aku kena berubah. Aku kena tukar mind set. Aku kena arrange masa dengan betul dari sekarang. Bulan 6 dah nak final exam dah. Takkan nak tunggu dekat2 exam baru nak berubah. Kang ada jugak yang sesak nafas kang. So, aku kena berubah. Aku kena jadikan 2 orang ni sebagai penanda aras aku. Dan orang pertama yang aku akan lantik untuk monitor perubahan2 aku ialah Cik Pu. So Cik Pu, bersedialah.............






Jangan aku harapkan dia, dia pun sama macam aku sudeh.


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback