Baby & Junior Fair

Classification :

Hai kawan-kawan,

Hari ni hati ada suka sikit, tapi ada gumentar sikit. Achanertu? Suka sebab aku tengah cuti CTR + cuti rehat sampai 3 minggu akan datang. Gumentar tu sebab semalam dah start jawab 1st paper Final Exam (Math). Dan esok, ada 1 paper lagi, dan selang esoknya ada satu paper lagi. Paper Math? Takyah tanyalah. Rasa macam nak masuk pintu Doremon, nak balik ke 2 bulan lepas, dan study betul2..haha. boleh pulak mcm tu eh (-_-')

Sebenarnya entry kali ni bukan exam yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita pasal Baby & Junior fair yang aku & Cik Pu dah pergi Ahad hari tu. Boleh pulak dalam keadaan badan tak selesa, pening2 tu aku gagahkan jugak ajak Cik Pu pergi Bayan Lepas semata2 nak cuci mata kat pameran tu kan. Haha. Nasib baik ada benda nak beli. Kalau tak, sia-sia sajalah usaha kegagahan aku tu.


Aku pun konpius. 
Orang lain mengandung makin berisi, aku mengandung makin kurus.. (-_-')


Konsep booth macam PC Fair...


Nasib baik ada Cik Puan Nurul si labmate selaku pemberitahu arah. Kalau tak, sesat jugak kitorang tara nak sampai sini. Tempat dia kat DPiazza Mall, betul2 dekat dgn Sunshine Mall & PISA. Kalau aku tak tahu ada baby fair kat sini, mesti rasa mall ni macam takde pape function sebab lengang. 

Pape pun, dengan hasil pujuk rayu aku dan belas ehsan Cik Pu, dapatlah aku merembat 2 kotak (20 pcs) storage bottle Bumble Bee dengan harga RM45...hoyeah!



2 Action comment:

mana perut??tak nampak pun. ^__^ ye,anda nmpk makin kurus.


wehhh..nampak kurus sgt3...tak minum susu anmun ka?? ermm..jaga kshtn ok..aku doakan ko sihat walafiat...to baby ---> be nice inside mummy tummy ok !! hahaha


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback