Iftar bersama kawan2 (Part 2)


Assalamualaikum semua,

Ok, setelah habis cerita Iftar bersama kawan2 (Part 1), mari kita sambung Majlis Iftar Part 2 yakni sesi belah Cik Pu pulak :D. Nasib baik ada 2 sesi je, kalau tak jenuh nak buat Part 1, Part 2, Part 3..huehuehue. Agaknya tunggu ada anak nanti, ada la Part 3 - Cerita Iftar anak bersama rakan-rakannya...hahaha!

Iftar sesi belah Cik Pu ni berlangsung kat Titi gajah, Alor Star. Dekat2 area Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Yang datang semua kawan-kawan Cik Pu. Eh, of course la kawan-kawan Cik Pu kan, dah tentu sesi belah dia. Kang tetiba klu kawan2 sekolah aku macam pelik la pulak, aku kan muda lagi..hahaha! Tapi, kawan-kawan Cik Pu ni dah macam kawan-kawan aku jugak - gelak kuat2, melawak kasau tak hingat dunia, kena-kenakan kawan-kawan lain (terutama Cik Pu la mangsanya)..haha!


Cik Pu takde dalam gambar, nampak macam aku dan ex-senior2 sekolah..haha!


Restoran ni tepi jalan je yuolls..angin pun sepoi2 bahasa :D


Amet - Si organizer ini Iftar..

Harga aku tak tahu berapa semuanya, so takleh la nak reveal kat sini. Tahu2 Si Amet dah pergi bayar. Cik Pu just hulur RM50 kat dia. Berbaloi2 jugaklah, sebab makanan pun banyak - ada ikan masak stim 2 ekor, ikan masak masam manis 2 ekor, sayur khailan, sotong masam masam manis, telur dadar, tomyam 2 mangkuk besar, air fresh oren berjug-jug. :D

Lepas makan & solat terus pecut pergi Expo area Yawata, Jitra. Hajat di hati nak carik baju raya, tapi takde yang berkenan..so, kami sambung lepak makan-makan chaw kuey tiaw kat situ. :)


0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback