Tag Terima Kasih

Assalamualaikum semua,

Semalam nasib baik tak payah masak sebab kat tempat kerja kami ni tetiap petang ada sediakan juadah berbuka free. Dan petang semalam juadahnya nasik beriani + lauk ayam + dalca. Oh, barang free memang aku SANGAT SANGAT suka ;P  Dah la free, sedap pulak tu kan. Lagipun, rezeki jangan ditolak. Jimat dah belanja 1 hari kami..hehe

Disebabkan tak perlunya tenaga memasak, aku telah menyalurkan tenagaku ini ke tempat lain..jeng jeng jeng. Apakah? hehe :D Isteri Cik Pu yang baik hati lagi budiman ini telah menolong suaminya mengunting stiker tag terima kasih untuk customer suaminya (sila jangan muntah..haha). Oh, kerjanya sangat tak remeh, cuma memerlukan daya tenaga tangan yang luar biasa sajalah, lebih-lebih lagi pregnant women bekerja di Bulan Ramadhan yang mulia ni kan. Makanya haruslah kita mintak upah yang lumayan.. haha :D

Tanpa membuang masa lagi, marilah kita cuci-cuci mata melihat hasil design, printing, dan guntingan kami berdua :P         (......guntingan...?)


Stiker ni akan digunakan untuk lekat-lekat kat produk customer ni.
Ni bentuk Scallop 2.25" x 2.25"



Selain lekat-lekat kat produk, stiker ni jugak boleh digunakan untuk lekat2 kat goodie bag sebagai tag terima kasih  :D
Mudah - Jimat - Exclusive - Comel



Selain jenis scallop tadi, macam-macam design, bentuk & saiz boleh tempah. Sebab suami saya kan designer  :P
Kalau yang macam ni empat segi saiz 2" x 2"



Dah macam coklat pulak aku tengok.....haha  :D


So, sesiapa yang berminat nak tempah untuk produk korang ke, untuk dijadikan sebahagian doorgift ke, untuk lekat-lekat kat mana-mana ke, untuk apo-apo yo lah...boleh email kat aku ye. 
Aku agen kepada suamiku...Tiada bayaran tambahan akan dikenakan...hehe :D

missdicup_o7@yahoo.com.my


No comments: