Cenderahati - Goodie Box


Assalamualaikum semua,

Lepas cerita pasal penyembelihan kambing, mari aku sambung cerita pasal cenderahati untuk Majlis Irdina Zara. Alhamdulillah, bajet untuk cenderahati ni tak sampai RM100. Aku kan kedekut nak berjimat cermat, so haruslah yang murah-murah sahaja..hehe


Jangan la pulak ada yang tanya aku, mana nak beli kotak ni? huhu. Kotak ni sebenarnya kotak yang sama macam goodie box masa kahwin dulu. Kotak ni diberi atas ehsan sorang bos aku. :P  Untuk majlis Irdina Zara, kotak ni ada lebih 74pcs..so, sebagai seorang yang berjimat cermat terus usulkan ke Cik Pu. Cik Pu pun selaku husband kepada isteri yang berjimat-cermat, terus bersetuju 120% tanpa bantahan..(Almaklumlah, dapat menjimatkan duit dia..memanglah setuju kan..hehe)

>>>>>> Kita kasi zoom sikit

Yang sticker terima kasih ni pulak is design by Cik Pu. Cik Pu kan is graphic designer..haruslah mintak tolong tak berbayar kat husband sendiri..Kalau tak aku as isterinya yang nak menyusahkan husband sendiri, siapa lagi...hehe..Kan abang kan? kan? kan? =P

Oh, yang design sticker terima kasih ni, aku luluskan dengan hanya sekali approve saja. Tak banyak macam lain-lain design..Sebab, bagi aku design ni dah ok dah. Dan lagi, aku dah kekeringan idea dah. Majlis Irdina Zara ni kan plan seminggu sebelumnya tu je..so, masa mencemburui aku untuk mendeko lebih banyak benda lagi..(ayat yang sangat poyo, sila jangan tiru)..haha!

Barang-barang dalam dia, simple je kami letak..kami dah tak guna kaedah macam kahwin hari tu, kaedah packing-packing. Leceh dan remeh. Kali ni nak yang simple-simple, senang-senang dan yang paling penting...murah-murah..hehe. Oleh itu, kami pergi NSK, yang kat Rawang tu, then kami pilih 3 jenis barang untuk dimuatkan dalam kotak tu. Alamak, tapi malangnya, gambar dalaman kotak tu aku terlupa pulak nak snap. haih! Yang aku ingat, coklat bar, keropok bantal dengan keropok rokok yang pendek2 tu.  =D

 Cik Pu dan barang-barang berlatar belakangkan NSK


So, siaplah goodie box aku versi simple, senang dan murah...tapi nampak exclusive..
Exclusive ke? (tangan di bahu, mata ke atas...hahaha)

So, sekali lagi, sesiapa yang berminat nak gunakan khidmat si tukang designer untuk men-design tag / sticker terima kasih atau pape lagilah yang boleh di-design, sila contact Cik Pu. Kalau contact aku, apapuntakboleh...sebab aku tak paham sepatah haram pun menatang design2 ni...hehe..email beliau :

naem06graphic[at]yahoo.com.my


2 comments:

Pengasas Logo Petronas said...

cantikknyeee...kiut sngtttt

Anonymous said...

Kat mne nk dpt kotak saiz tu?