Setelah 44 hari

Classification :

Assalamualaikum semua,

Dalam kiraan aku, hari ni dah masuk 44 hari aku berpantang...yeay! (kelip-kelip mata). Lepas ni boleh la qada' segala jenis makanan. Oh, lupa pulak. Puan Emak siang-siang dah pesan / warning aku - benda sejuk-sejuk jangan makan, ais jangan, itu jangan, ini jangan...ok, redha sampai 100 hari. (-_-)'

Haha.

Hari ni aku bukan nak cerita pasal pantang sangat, sebab aku pantang tak secara strict sangat. (tettt). So, cara / macam mana aku pantang, nanti aku bukak entry baru. (tu pun kalau ingatlah kan..hehe). Hari ni aku nak cerita pasal perkembangan anak kesayangan ibu & abah, Irdina Zara. (macam la ada anak ramai sangat kan? haha)

Setelah 44 hari, Irdina Zara dah pandai buat macam-macam benda. Macam-macam dia tu, takdelah yang macam-macam sangat kan. Berpadanan la dengan umur dia yang ke 44 hari ni. So, 1st sekali, dia dah pandai mengamuk time kalau kita lambat bagi susu. HAHA. Sebijik macam perangai aku - kadang-kadang tak pandai nak bersabar. Mintak-mintak masa kecik-kecik ni je la berperangai macam ni ye sayang.. :)



Pastu, dah taknak tidur sangat. Oh, kalau dulu..punyalah payah nak bangun minum susu..sekarang, kalau mata kuyu nak tidur pun tahan mata, tengok-tengok muka orang, nak ajak main. Yang Si Nenek & Atok (aka Puan Emak & Encik Ayah) pun suka melayan..Lagilah suka dia. Kejap-kejap kalau nangis, peluk-peluk, angkat-angkat, cium-cium. Cucu pertamalah katakan..Yang lebih parah lagi, sampai tak meniaga dah Puan Emak & Encik Ayah, nak dekat sebulan lebih..eh, samalah macam jumlah hari aku berpantang ni dia tak meniaga..HAHA. Punyalah excited masing-masing. Aku? layankan ajelah... =P



Pastu, malam-malam sebelum ni taknak tidur. Nak ajak orang bawak dia berjalan-jalan. Makanya, dukunglah Si Nenek atau Si Atok atau yang lebih parah lagi, Si Ibunya tengah-tengah malam buta kulu-kilir bawak keluar masuk bilik. HAHA. Tapi, semalam aku tak tahulah aku yang tak terjaga ke apa, dia tak buat perangai macam tu dah. Elok je tidur. Mungkin sebab aku guna modus operandi yang lain kot - tidur sambil peluk dia. Oh..lena je anak bertuah tu. Bangun pun sebab nak minum susu je. Nampak sangat kekurangan kasih sayang dari Ibu dia..HAHA



Lagi..kalau lepas minum susu tu, kan kita 'blurp' kan dia kan? Puan Emak ajar aku, lentokkan badan dia kat badan kita. Aku buat la benda yang sama. Boleh pulak dia buat bunyi-bunyi nak carik bahu aku nak sandarkan kepala dia. Bila dah dapat bahu & kedudukan yang selesa bagi dia, terus senyap bunyi-bunyi dia tu..HAHA..kadang-kadang nak tergelak tengok peel anak sendiri. Ikut perangai sapa la tu, nak manja-manja, nak lentok-lentok.



Ok la. nangis dah anak aku tu, nanti kita sambung lagi ek!






1 Action comment:


kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback