Duit kita ke mana?


Disebabkan beberapa hari yang lepas adalah hari gaji bagi pekerja kerajaan, aku macam nak share something pasal duit.

Boleh ke boleh uols?

tak boleh pun....ada aku dengar?

muahahaha

...............

Kalau ada beberapa orang yang pernah baca blog ni sebelum ni...[baca di sini]

ataupun kalau korang pernah dok rapat-rapat dengan aku..

Korang mesti tahu kan...aku Alumni kursus Dr Azizan..

So, ada sekali tahun lepas tu, aku & Cik Pu p kursus berbayar IMKK

Dalam kursus tu..ada macam-macamlah ilmu keduniaan dan keakhiratan yang diajar..

Tapi...salah satunya pasal duit..

Dr kata...dalam hidup ni, kita atleast kena ada 6 tabung..

Tak kisahlah nak guna tabung apa..sampul surat ka, akaun bank ka, tabung kueh raya ka..

So..setiap kali kita dapat untung business ataupun duit gaji, kita boleh divide duit kita kepada 6 tabung ni :


1. CHARITY

Atau nama dalam bahasa melayu-nya Tabung Kebajikan

Daripada 5% daripada duit gaji / business kita tu, kita kena masukkan kat sini.

Maksudnya...Kalau gaji korang RM 3000, makanya RM 150 tu untuk charity la..

Duit dalam tabung ni kegunaan dia untuk kita agihkan atau berikan kepada yang memerlukan.

Contohnya...macam zakat, sedekah fakir miskin, derma palestin dan sebagainya..

Yang penting...duit charity ni kita tak boleh sentuh untuk enjoy ataupun kegunaan sendiri



2. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (FFA)

Tabung ni kegunaan dia untuk kita menyimpan RM Sejuta pertama kita

Duit dalam tabung ni kita tak boleh sentuh langsungggg sampailah kita jumpa teknik / cara untuk melaburkan duit kita jadi banyak..

Selagi takde ilmu pasal pelaburan apa-apa..kita kena keep going kumpul dan simpan duit ni.

Kalau betul-betul dah ada ilmu nanti, baru invest.

Daripada duit gaji kita, 10% patut diperuntukkan untuk tabung ni

So, kalau gaji kita RM 3000 tadi, RM 300 kita kena kepilkan untuk tabung FFA ni.



3. NECESSITY

Atau nama panggilan manjanya tabung perbelanjaan kita

Tabung nilah kita guna untuk nak tampung kos kehidupan seharian kita

Termasuk kos makan, minyak, bayar babysitter, bil api air, bil telefon, hutang PTPTN, hutang rumah, hutang kereta

Pendek kata...tabung bayar hutanglah kannn..hahaha

Kalau boleh, 55% daripada gaji kita tadi kita ketepikan untuk bayar hutang..

Makanya..RM 1650 daripada RM 3000 gaji kita adalah untuk membayar segala mak nenek keperluan tadi.


4. LONG TERM SAVING (LTS)

Tabung ni kegunaan dia...apabila kita nak beli sesuatu yang 'agak' mahal

Contohnya...dalam kes kami kali ni, kitchen cabinet..

So..kalau nak selamat, kita tak payah beli secara hutang..tapi aim dan kumpul duit untuk target kita tu..

Untuk tabung ni, dalam 10% daripada pendapatan kita tu diperlukan..

So, kalau gaji RM 3000 tadi, RM 300 la patut diketepikan untuk membeli barangan idaman tu..

Takdelah kita kena interest berpuluh kali ganda..

ye dakkk...


5. EDUCATION

Tabung education ni bukan tabung untuk pendidikan anak-anak tau..

Tabung ni khas untuk pendidikan dan pembelajaran kita, makcik-makcik ni..

(even makcik, kita pun perlukan ilmu uols..)

Kita pun kena p kelas / seminar / kursus untuk tambah ilmu..

So, 10% daripada pendapatan kita...kita boleh gunakan untuk pembayaran kelas / seminar / kursus tersebut..

Makanya, RM 300 jugaklah kita kena sediakan untuk tabung ni.


6. FUN

Dalam banyak-banyak tabung...tabung nilah yang paaaaaalinggggggg BEST!

Sebab apa dikatakan best?....

duit dalam tabung nilah masanya untuk kita nak enjoyyyy! haha

Dalam tabung ni, kita boleh leburkan portion wang kita untuk melancong, shopping, makan mewah dan sebagainya.

Tapi....untuk tabung ni pun 10% je la..tak boleh lebih..

nak lebih kaluuu...sila bekerja lebih keras lagi ok.

Makanya, daripada RM 3000, RM 300 dilesapkan untuk kita enjoyyyy (gaya nora danish)

..........


Kesimpulannya, daripada 100% duit yang gaji yang kita dapat, ia dibahagikan kepada :

1. CHARITY 5%

2. FINANCIAL FREEDOM ACCOUNT (FFA) 10%

3. NECESSITY 55%

4. LONG TERM SAVING (LTS) 10%

5. EDUCATION 10%

6. FUN 10%


Oh ya..portion untuk setiap tabung ni mungkin berbeza bagi setiap insan di dunia ni..

So, kita boleh adjust mana nak kurang mana nak lebih ikut bajet masing-masing..

Yang penting, tepuk dada tanya iman laa uols!


Oh ya...kan korang ada duit fun 10% kan...

boleh la melabur sikit ke Sireh Lovely Care untuk kebahagian rumah tangga korang...

hahahaha





Klik untuk tahu tentang Sireh Lovely Care

No comments: