Speaking MUET Oct 2014

Classification :

Semenjak dah masuk sem last ni bizi bebenor gayanya aku.

Padahal.....sem ni ada berapa subjek je yang tinggal..

kau nampak tak permainannya? 

muahaha

......

Minggu ni aku kalut dengan MUET speaking test..

Dah last sem baru terhegeh-hegeh nak amik kan...dasarrrrr

Pastu, kau tahu la kannn..

Kalau dah namanya exam tu....akan datanglah simptom-simptom atau sindrom-sindrom orang mengandung aku tu..

Nak makan tak lalu, rasa macam nak muntah, nak terberaklah, tidur termimpi-mimpi speaking, jantung berdebar-debar...nervous punya pasal...

Macam-macam hal betul..

Tapi, alhamdulillah..akhirnya selesai jua..

*sengeh-sengeh walaupun tak tahu dapat markah berapa*

.......

MUET ni aku amik sebagai calon persendirian..

Kalau ikutkan dia ada 3 kali dalam setahun...kalau tak silap : Mac, Julai, Oktober

Tapi, aku decide amik Oktober...

Tapi, sebelum tu, dah kena register siap-siap ..Bulan 7 hari tu dah siap semua dah.

Beli no pin kat BSN RM 101, then register kat website MPM.

Kelas ke tuisyen ke apa....tarak. *wakaka*

Harapkan blaja English masa diploma yang 8-10 tahun yang lepas, pastu kelas English JUE 100-300 masa blaja degree hari tu jelah gamaknya..

Padahal kalau ikutkan, memang tak cukuplah kannnn

........

Bila dah daftar semua tu, dok la diam-diam..

Kalau tak silap aku, awal bulan 9 hari tu plak baru dia keluarkan Slip Exam & tarikh-tarikh semua komponen MUET (speaking, listening , writing, reading)

Pastu...apa lagi..bersiap sedia je la..

Persiapan? yilek...buku rujukan pun beli last minit 3 hari sebelum nak speaking...

wakakaka

......

Sebelum tibanya hari nak speaking tu, bermulalah adegan simptom nak mengandung aku tu..

Pastu, bermulah ungkapan "Assalamualaikum & very good morning to our examiners & fellow candidates"..tak habis-habis...tu jelah memanjang...

Pastu...In my opinion...I agree that...What do you think about that?

Nak advanced sikit...

p la menyendeng kat student Pak Arab, try test speaking dengan dia pasal mengarut-ngarut...

Dia pun pening dengar kejadahharam apa budak ni cakap...

hahaha..

....

Time speaking aku kena hari Selasa, 14 Oktober 2014 session 11.00 am

Kalau ikut member-member pjj aku, Jesman kena 13 Okt, Gendut & Kak Ira 15 Okt.

Ok jugaklah tak kena sama dengan saim-saim yang lain..

kalau tak, mesti berdekah-dekah dorang gelak kat aku lepas speaking test hari tu kot?  :p

Lepas Jesman dah habis test hari tu, dia call bagitahu tajuk apa dia dapat.

Pasal Health - something yang tanya pasal 'the way' tapi guna ayat 'wish'

So..apa lagi..prepare la baca sikit-sikit pasal Health..

Kot-kotlah sama kan...

padahal....dasarrrr sangaaat dia nak bagi samaaa...

......

Bila dah sampai 14 Okt tu, aku pun bersiap-siaplah macam nak pergi kerja..

CTR aku apply siap-siap 2 minggu sebelum ni..senang kerjaa

Pagi tu macam biasa...tak makan pape..avoid muntah atau terberak (eh).

Pastu, p pun mintak Cik Pu hantarkan ke SMK Haji Badawi, Kepala Batas - Ketaq punya pasai... 

(kau nampak tak betapa takutnya aku kat situ? muahaha)

Sesampainya aku kat situ, terus tanya tempat exam kat mana.

Kat Guard House tu, aku jumpa budak Hana, which is dia pun nak amek MUET jugak..

Dia baru abis diploma engineering UiTM, nak amik MUET untuk nak further study degree.

Dia tak percaya bila aku cakap...oh..adik la ni..

(Pastu bermulalah cerita yang dia tak percaya umur aku dah 28 thn, dah kahwin, ada anak sorang bla bla bla) - cerita sampingan

Bila dah jumpa tempat Exam speaking tu, terus masuk Bilik kuarantin

Duduklah kita beramai-ramai kat dalam tu.

Kalau tak salah aku, ada lebih kurang 10-12 orang semuanya, yang sepatutnya ada 14 orang

Pastu datang sorang cikgu sekolah tu (kot?) bagi checklist nama, soh tandatangan & tulis nama kita ikut senarai no i/c yang diberi

Fuhhhh...semua list dalam tu...majority semua no i/c start 92 / 93...pastu sorang tahun 83 dan aku 86..

kau nampak tak betapa tuanya aku amik MUET ni? muahaha

Pastu, cikgu tu suruh kami dok dalam kumpulan..kira 4 dari atas - 1 kumpulan

So, aku kumpulan 4 - last group

Dari yang aku tengok, group 1-3 semua 3 candidates dalam1 group..

Group kami ada 4 orang candidates...so kira oklah tu..lagi ramai, lagi meriah orang kata.

......

So, sesi kenal berkenalan pun bermulalah...

3 orang dari group aku tu semuanya lepas habis diploma, nak amik degree -sama macam Budak Hana yang aku jumpa sebelum ni.

Ada 2 orang yang dah repeat paper MUET, which is nak upgrade band..

Kau tahulahkan...semenjak Bajet 2015 keluar hari tu...dah ada syarat-syarat band ikut course pulakk..

Oh, time ni kita dah boleh tahu kita candidate A / B / C / D berdasarkan index matrix no..

So, aku candidate B.

Time ni jugak kitorang start dicuss siapa nak buat introduction & conclusion masa Task B nanti (group discussion).

Aku off course la nak jadik Introducer...muahaha

Oh..time ni tak dapat apa-apa soalan lagi..So kitorang pun tak tahu nak expect apa..

Duduklah diam menenangkan diri sambil baca buku @ nota apa yang patut.

Dan kat bilik kuarantin ni cikgu tadi dah mintak handset untuk diletakkan dalam sampul surat yang berseal.

Dalam pada tu, satu per satu group dipanggil masuk bilik exam..

Kalau ikutkan, 1 group amik masa dalam 1/2 jam..

Disebabkan kami last group, so pukul 1.00pm baru bermula test kami..

Time ni dah rasa lapar gila dah..perut mula berkeroncong macam-macam lagu..

maklumlahhh..tadi kan tak makan apa-apa..huhu

.....

Masuk bilik exam tu, jumpa 2 orang examiners..sorang lelaki India, sorang pompuan Chinese.

Yang examiner lelaki tu yang dok cakap atau bagi arahan, yang examiner pompuan tu dok jaga masa.

Kat sinilah tersedianya kertas soalan..

So, duduklah kami ikut turutan candidate A-D tadi.

Bila dah duduk tu, dia soh bagi i/c & slip exam.

Dia bagi masa 1 minit untuk baca soklan, which is ada 2 task (Task A & B) depan belakang

Aku baru berkira-kira nak highlight soklan ke apa kan..tapi tak boleh plak..

Dorang dah letak siap-siap kertas soalan tu dalam sampul yang transparent tu..

So tak dapatlah nak menconteng apa-apa.

....

Lepas baca soalan tu, dia tanya ada apa-apa soalan tak?

Haih...aku pun angkatlah tangan tanya... "Excuse me sir, what is the meaning of this phrase?"

Pastu...dia explain satu-satu untuk semua candidates siap-siap.

Masa ni, aku dah berkira-kira idea dalam kepala hotak dah..

(nampak tak agenda disebalik pertanyaan soalan aku tadi? kita dapat melambat-lambatkan masa...hehe)

Tapi dalam pada masa yang sama macam blur blur jugak dengan soalan, walaupun dah faham & tahu apa benda yang dia nak..huhu

Pastu, dia soh amik blank paper & pensel yang disediakan dan bagi 2 minit untuk karang idea / isi kita

Oh..lupa plak..soalan yang aku dapat hari tu :

Your parents are getting retirement, so suggest something kat dorang apa yang dorang boleh buat lepas retire nanti.

Candidate A : Catering business 
Candidate B : baby sitting
Candidate C : Direct selling
Candidate D : Home tuition

Soalan pun kannnn...macam tahu-tahu je aku ni dah ada anak...hahaha

Habis 2 minit tu, terus examiner mintak Candidate A mula untuk task A (Individual)

Untuk task A ni pun, masa diperuntukan untuk bercakap 2 minit sorang

termasuk introduction, isi (2/3 beserta huraian & examples) dan conclusion.

Kau bayangkanlah...masa sebelum exam rasa macam lama je kannn 2 minit tu..

Bila kita dah pumpang pumpang dalam tu, tak sedar 2 minit tu cepat nau berlalu.

tak sompek nak bernafas, tahu-tahu dah dengar "times end".


.......

Pastu masuk task B...task yang aku takutkan sangatttt tu..

(tak tahulah apa yang ditakutsangat tu.....huhu)

Takut nak interrupt, argue, suggest la kot...

padahal dalam task ni, ahli group sangatlah membantu.

Masing-masing bercakap & bagi laluan kat orang lain bercakap.

takde yang terlalu dominant / silent learner.

Alhamdulillah..semua berjalan lancar..

walaupun tak tahu lagi markah dapat berapa...muahaha

.......

Pastu...habis pun pukul 1.30pm...

Time ni dah habis dah semua perasaan kecut perut tadi..

Tak tahu la lari p mana kannn..

Terus tepon Cik Pu nak mintak tolong jemput...

i kan  budak sekolah..of course la perlu berjemput berantar...kah kah kah

......

Disebabkan tadi tadi tu tak makan, sekarang ni dah berganda-ganda laparnya...

Terus p order nasik ayam, teh o ais laici, kuih RM 4...

wakakaka...nampak tak kebudak-sekolahannya di situ?



1 Action comment:

Kak nak tanya,checklist nama yg nak kene sign dgn tulis nama tuh dia susun ikut index number eh?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback