Brown Paperbag


Masa lunch tadi, aku & Puan Nurul pergi mengerjakan satu projek yang bernama "Mencari Brown Paperbag". Projeklah sangatkan..kekeke. Paperbag ni aku nak beli untuk belah Cik Pu. Dia memang bercadang nak bagi brown paperbag ni. Mula-mula Puan Nurul ajak aku pergi carik kat kilang PXX Printing. Kilang ni memang terkenal dikalangan B2B sekelian. Then aku tolak.

Why?

Kalau tanya kat aku & Cik Pu, kami memang akan tolak pergi sana kalau semata-mata hanya nak beli paperbag. Kenapa ye kawan-kawan? Ok, mari kita buat kira-kira dengan berkhemahnya bermula sekarang!


Kilang PXX Printing

1 kotak Paperbag = RM60 (kalau ambil sendiri)
1 kotak = 10 pkt
1 pkt = 100 pcs

Maknanya, 1 pkt
= RM60 / 10
= RM 6

Dan maknanya, 1 pcs
= RM 6 / 100
= RM 0.06


Berbaloi ke kalau setiap kali pergi dan balik, kena keluarkan tol & duit minyak lagi? Sedangkan Kepala Batas area tempat aku ni ada..hahaha..Jawapannya memang sangat tak berbaloilahkan. Kalau nak ikutkan, kat PXX Printing ni, paperbag dia takde tapak. Bukan takde tapak macam mana, kalau ko nak tapak, ko kena bukak paperbag tu dulu, then baru dapat tapak. Bukan build-in punya tapak yang macam selalu-selalu orang dok carik tu.

Ok, tu satu hal. Yang satu hal lagi. Lepas aku ronda-ronda, carik kat kilang lain area Lunas masa dulu-dulu, aku dapat harga dia lagi murah BANYAK dari yang kat Kilang PXX Printing. Murah BANYAK ok. 1/2 price. Kualiti tetap sama, malahan siap ada tapak build-in lagi. Yang tak bestnya cuma satu. Ko nak pergi punyalah jauh sampai Lunas, then nak beli 500pcs..takut diorang geleng kepala jelah dengan order yang sikit tu..hehe

Disebabkan banyak masalah, aku decide ajak Puan Nurul pergi yang kat Kepala Batas ni je. Dekat pun dekat. Murah pun murah. Tak payah keluarkan duit minyak & tol. Masa pun jimat nyah! kenapa? Tak percaya?


Kedai RMX Kepala Batas
1 pkt = RM 2.00
1 pkt = 40 pcs

Makanya, 1 pcs
= RM 2 / 40
= RM 0.05


Ni baru pergi kedai bodo-bodo jual barang RM2 kat Kepala Batas. Belum pergi kedai untie yang hari tu aku pergi lagi ni..haih..Kedai Untie tu tutup pulak hari ni. So, esok "mungkin" pengembaraan untuk mencari paperbag ni akan dijalankan lagi...Apa pun, motifnya, berkhemahlah ketika berbelanja. ye tak? Jangan sampai tertipu dengan harga yang ditawarkan.. :)


Smile, No war!



7 comments:

bahIRAh said...

diyana, kaler putih ade ke? kan diyana ade jual paperbag kan?

hehhee..ira stay wangsa maju tp malas giler nak pegi mydin..

missdicup said...

Ira, sorry...buat masa ni saya off kan dulu jual2 ni..saya dah tak cukup tanah nak lari...hahaha..majlis kami tinggal 12 hari je lagi... :)

sorry ye :(

miss $h0rty said...

tumpang tnya, kepala batas tu beli kt mana?saya duduk k.batas penang
ko leh bgi nama kedai n kt mana kedai tu..sbb nk cri gk paper bag ni =))

missdicup said...

ok...ni kat traffik light simpang 4 kepala batas tu...kalau arah dari shell/tol, kiri kita akan pergi kailan, terus pergi kepala batas, kanan boleh pergi sungai petani.

so, amik kanan. then bwk slow2, sebab kedai dia terus jumpa..sebelah kiri nampak kedai RM2, Kanan ada kedai perabut apa ntah..kedai Plastik Auntie tu sebelah kedai perabut tu..kedai dia taklah besar sangat..kecik je..jual2 barang plastik + kertas..Auntie & Uncle tu tua-tua dah..

Faham tak penerangan saya ni?



hehe :)

miss $h0rty said...

ok mcm paham..mula2 x paham sbb awk ckp belok kiri huhu..klo kiri p kailan kn..kirenye pas kite belok kanan,kedai tu kena lintas jalan la kn?mcm penah g kedai tu jual plastik2,polisterin kn?

missdicup said...

aah..kalau belok kiri p kailan.

aah..aah..kena lintas, sebab kedai dia kat belah kanan :)

selamat membeli dengan jayanya :)

Shiemz said...

salam dear...blh akak tau kt lunas tu kt area mn?sbb akak pn tgh hunting carik paper bag ni...tq