Big Bad Wolf Book Sale 2015


Hari Jumaat lepas adalah hari jumaat yang aku sangat sangat nantikan..

klise je bunyinya kan...padahalllll..cakap je la kau tak sabar-sabar nak p BBW..kuikuikui

Yeah...tak sabar-sabar nak shopping (read : memborong) buku.. :P

Perempuan ni biasa la kan...shopping buku pun tak sabar..

Shopping jelah apa pun, asalkan namanya shopping :P

Bak kata pepatah, shopping dan perempuan ibarat aur dengan tebing...kahkahkah

....


Makanya berderaslah kami ke Penang Times Square (Pulau) nun jauh di sana..

Memandangkan kami off petang jumaat tu bersama-sama, Cik Pu ajak naik feri

Kau tahu-tahu je la kan kalau Jambatan Pulau Pinang di kala petang...jem teruk..maybe semua orang pun berpusu-pusu nak keluar & masuk pulau (T_T)

Tengok-tengok line beratuq nak naik feri pun boleh tahan jugak panjangnya..

Yang pelik bin ajabibnya depa bukak 1 lane je, dan lane itu adalah lane bayaq tunai..

Agak kerugian kami di situ....kalau naik jambatan pakai touch & go dapatlah RM 5.60 kan..

Terpaksalah bayaq RM 7...

Agaknya udara jerebu atas feri mahal kot... :P




Time ni boleh pulak Si budak Irdina Zara tu request takmau naik feri...

Menangis-nangis kata tak mau naik takmau naik..

Terpaksalah pujuk "tak sayang..kita naik car..tak naik feri" 

padahalll......konsepnya naik car atas feri..wakaka






Bila dah sampai ke destinasi...masing-masing mengelupur..dengan anak, pak, mak semua mengeletis dah tak sabar nak merembat..



Mak buyung tak mak buyung..aku tak kiraaa...nak jugakkkkkk




Irdina Zara lah budak yang palinggg happy sekali..

maybe sebab dia tahu buku dia kat rumah akan bertambah kot (perhaps?)



Ni dah kategori takde keja...

omak buyut kat belakang bersusah payah pilih buku..bapak buyut dengan anak berselpie pulak kannn..

dah la selpie tak mengajakkkkkk...*nangis*



Selain belek buku, skodeng buku dan bermain-main troli jugak adalah aktiviti sampingan Irdina Zara kat BBW hari tu..nasib baik time ni tak ramai orang..



Oh yaa..time kami p ni kan hari Jumaat..so, hari Jumaat adalah hari kerja bagi rakyat Pulau Pinang..

Makanya, jalan bandar dari feri ke Penang Times Square taklah banyak kereta nau..

Pastu parking pun dapat yang tang murah - RM 1.00/jam

Ingatkan nak park kat McD (sebab free), tapi parking kat situ penuh plak..haih semua orang pun berebut nak free kah? hahaha

Keadaan kat dalam pun tak berapa sesak sangat kalau nak banding dengan BBW tahun lepas..

Tahun lepas punya BBW crowded giler, ditambah dengan buku-buku banyak yang dah habis..

Maybe timing nak datang BBW tu faktor penting kot (?)



Jangan muntah hijau pulak tengok gambo mak buyung tengah buat-buat serius belek-belek buku

Buku-buku kat sini kena tapis jugak sebelum beli..

Kau tahulah kannn..sekarang kan macam-macam isu..aku takmau la tetiba dah sampai rumah baru terperasan ada benda yang tak sepatutnya anak kita baca..

Sat g banyak pulak soalan-soalan cepumas dari budak Irdina Zara tu kang..menangis mak bapak nak menjawab :P

  


Kali ni punya BBW aku rasa sangattt selesa kalau nak di-compared dengan tahun lepas punya BBW

Tahun lepas dengan tempat sempit, berpusu-pusu, ramai orang, buku banyak rosak..

Pastu tahun ni banyak jugaklah kot buku-buku baru..

Puas hati sangat-sangat..Dok dalam ni 2 jam pun tak terasa lamanya..

Aku membelek buku Irdina Zara dari 1 longgokan meja ke 1 longgokan meja sampai habis..

Tak puas hati, repeat balik meja sebelumnya...hahaha



Ni time nak beratur membayar..

Alhamdulillah orang yang beratur pun tak ramai..


Dan lagi, kaunter pembayaran pun banyakkkk sangat..  :)




Pastu...bila dah exit dari pembayaran pun ada lagi beberapa pameran..

Ni lah namanya "add value" dalam kaedah marketing...kot-kot ada customer nak tambah pembelian..hehe

Ada jual poster, baju, button badge, frame, lukisan dll...



Ni antara buku-buku Irdina Zara yang kami berjaya rembat...fuhhh

Lepas ni banyaklah sikit choice bahan bacaan...

Kalau tak..naik membosan aku dok baca cerita tu je lah...dah hapal dah setiap helaian buku..wakaka

(konsepnya bukan anak yang bosan dengar..mak bapak yang dah bosan nak kena baca buku yang sama)



Ni buku-buku aktiviti Irdina..

Murah-murah je buku ni..Ada yang RM 2, RM 5, RM 6..yang penting 1 buku tak lebih RM 10..

Almaklumlah...tahun ni dah tak dapat baucer buku macam tahun-tahun lepas..

Omak eh dah habis belajar...hukhukhuk




Ni buku-buku cerita Irdina..Bolehlah mak bapaknya buat stok sebulan 2x rotate baca buku-buku ni...hehe

Harga pun lebih kurang sama je..range dari RM 4 - RM 8

Murahlah kannn..kalau beli kat popular pun mana dapat buku hard cover harga bawah RM 10..



Dan tak lupa jugak..ini untuk mak buyung..

Aku malas nak beli banyak-banyak..kang ada yang cakap "buku tahun lepas beli kat BBW pun tak buat lagi"...

aisehmannn..




Tak lupa jugak untuk adik Baby yang bakal lahir nanti, InshaAllah.. :)

4 buku belah kiri tu semua RM 3/buku..

Yang atas kanan tu RM 10, yang bawah kanan tu RM 5 (nak sangkut kat baby carrier / stroller)



Dan totalnya....RM 126

Tanpa GST (alhamdulillah), tanpa baucer buku (subhanallah)

1 Action comment:

heheh.. comei kan kami dua.. :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback