Travelog Kelahiran Luth Zafran


Sambil-sambil tunggu jam nak masuk pukul 2 pm sebelum aku nak bersiap-siap p mengurut kat HKB, marilah aku buat entry travelog kelahiran anak ke 2 kami, Luth Zafran. Dan mungkin entry travelog kali ni lebih kepada mengulit kembali kenangan atau nak kena ingatkan kembali setiap detik kelahiran dia. Dan amaran awal - nama pun travelog, ia mungkin sedikit panjang berjela! Kipidap dongibab!

Kalau nak diikutkan, experience lahirkan Luth dengan Irdina memang totally different. Kalau time Irdina dulu, aku dah sesiap tahu yang aku akan admit ward 37 weeks of pregnancy dan akan di-induce. Tapi dengan Luth, aku tertunggu-tunggu jugaklah bila exact time. Almaklumlah first time nak merasa bersalin normal. Berdebar-debar rupanya perasaannya..



Bila setiap kali check up perut masa pregnant, mesti aku akan curious kat nurse @ doc, samada anak 2nd ni ada iugr atau normal..sampaikan aku di-refer kat pakar untuk scan perut tengok berat baby. Last-last memang doc pakar kata baby kali ni normal, 2.7 kg something. Alhamdulillah. Sindrom mak-mak sangat kann, semua benda pun nak risauuu..

Kalau dah kata berat anak normal tu, memang kami syukur alhamdulillah sangatlahh..Bolehlah aku bersalin kat Hospital Kepala Batas. Kalau boleh azam di hati memang takmau sangat-sangat dah bersalin kat Hospital Seberang Jaya. Pengalaman mengajar erti serik..hehe

Luth Zafran bin Muhd Naim
Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang
9 Februari 2016
2.25 pm
2.78 kg



Luth ni aku bersalinkan dia masa 39 weeks 2 days of pregnancy. Memang gabra gila. Time ni cuti chinese year. So, aku dah sesiap amik cuti seminggu dan niatnya nak sambung terus cuti bersalin 90 hari. Tapi, masa 39 weeks tanda-tanda nak bersalin macam takde. Kalau ada pun macam false contraction la kot..Ada, tapi kejap ada kejap takde. Baru nak kira berapa minit masa contract, contraction dah takde. 

Masa dua tiga hari sebelum nak datang tanda bersalin tu, macam-macam aku buat. Berjalan sekeliling vision park 2 hari berturut-turut, basuh 2 carpet, kemas rumah bukan calang-calang kemas rumah punya, siap buang sawang mop segalaa ubah perabot...ko mampu? Haha



Pastu, pagi dalam pukul 4 - 5 pagi macam tu terasa macam contraction. Tapi tak sekuat dan sekerap contraction macam masa Irdina dulu..lepas rasa contraction tu mesti aku bangun masuk bilik air check samada tanda dah keluar ke belum..Dan 2 3 hari tu jugaklah perasaannya hampa..sakit ada, tapi tanda takde..haha

Lepas 3 hari berturut-turut macam tu, aku layankan je la..Pagi 9 feb tu macam biasa, ada rasa contraction lagi. Pastu, aku masuk tandas check kalau-kalau ada tanda. Tetiba nampak ada tanda keluar - darah macam datang haid tu. Contraction makin lama makin kerap. Masa tu tak tahu nak rasa apa, gembira atau cuak. Gembira sebab dah nak dekat bersalin, maknanya tak payah risau nak sambung cuti atau kena kerja (kahkahkah). Cuak sebab kena praktikkan teknik nak bersalin bagai - sebab kita dah tahu macam mana keadaan masa bersalin tu nanti.

Masa keluar bilik air tu, takdan nak kejut Cik Pu, dia dah bangun tanya aku ok ke, ada tanda keluar ke. Sindrom bapak-bapak gamaknya. Aku terus soh dia siap-siap nak p hospital, dan aku pun p sambung masuk bilik air semula, mandi siap semua. Ingatkan bila aku keluar bilik air tu, bolehlah angkat-angkat barang & beg yang nak bawak p hospital tu, rupa-rupanya dia sambung tido balik. Ceh, sabo jelah.

Lebih kurang pukul 6 pagi, kami keluar rumah. Cik Pu bawak kereta memang kalut semacam la. Dia ingat kalau dah keluar tanda darah dah nak terberanak sangat kot? Pengaruh drama-drama sangat (Kihkihkih). Kami hantar Irdina kat rumah pengasuh dia dulu, then baru ke Hospital Kepala Batas.

Sampai-sampai hospital, nurse cek bukaan dah bukak 2cm, dia tanya aku nak balik rumah dulu ke nak stay. Aku malas nak ulang alik, aku cakap admit jelah, senang. Teruslah pakai baju uniform patient. Hehe. Tak lama lepas tu, dalam pukul 8 pagi doc pakar & MO ronda wad. Doc pakar kata, kalau kat sini dorang akan tunggu bukaan dah 7 @ 8 cm baru dorang akan tolak p labour room. Sebabnya, kalau dah tolak p labour room awal-awal, takut mak stress, sejuk pastu lapar. Kalau dok dalam wad, boleh jalan-jalan round wad, makan-makan, happy-happy..Kalau dah sakit boleh ka nak happy-happy lagi? Hahaha

Dalam pukul 12+pm macam tu, nurse check lagi bukaan..Masa ni baru bukak 3 cm. Masa time melawat tu, Cik Pu dok bajet mesti aku bersalin malam, tapi aku kata tak maulah malam..sakit woo kalau nak tunggu contraction sampai malam baru nak bersalin..Dia sengeh ja. Habis waktu melawat dalam pukul 2 pm dia balik rumah. Nak lunch katanya, lapar.

Dalam pukul 2.15 tak silap, staff nurse tengok muka aku dah lain macam. Aku asik ulang alik toilet. Dia datang check bp, bp tinggi dari biasa. Dia tanya, sebelum ni bp memang ada tinggi ka? Takdak. Sakit sangat ka? Boleh tahanlah sakit dia. Pastu dia ajak masuk bilik procedure check bukaan. Sekali, bukaan dah 7-8 cm..Kalut-kalut jugaklah dorang sesiapkan aku, tolak katil masuk labour room. Sambil tolak tu dia tanya, husband nak masuk labour room tak? Nak. Dah call husband dah? Dia otw. Padahal ko tak tahu betapa seksanya aku nak call Cik Pu. Dah la tengah sakit nak bersalin, call dia asik la masuk voice mail. Lepas cubaan kali ke 3 @ 4 baru berjaya. Rupanya dia tengah makan nasik, lunch kat rumah. Ringtone handset dia tetiba macam tak dengar. Tapi nasib baik hati tergerak nak tengok handset katanya. Nasib baiklah ada jugak gerakan hati tu kan...kalau takde, dah menyesal tak dapat tengok bini nak bersalin..haha. Nasik yang tengah makan tu ditinggalkan kesepian. Kesian.

Masa masuk labour room tu, ada sorang JM handle. Nama dia JM Nurhidayah. Aku dah rasa nak terberak dah ni. JM kata nanti dulu, jangan berak lagi, jangan teran lagi. Dia soh aku baring mengiring. Dia kata bukaan aku baru bukak 8 cm, kita tunggu 9 - 10 cm. Dia kata kalau awak pandai teran, saya boleh tolong awak keluarkan baby ni. Boleh pulak time tu aku menjawab tak berapa pandai..haha..padahal dah praktis make perfect dah..Tak lama lepas tu, dia suruh push. Aku tanya pulak, boleh dah ke? Dia kata ok, boleh dah. Pastu bermulalah journey nak keluarkan baby.

Yang buat aku rasa mudah kali ni, aku just dengar kata-kata JM tu sorang je.

Ok, push macam awak sembelit seminggu.
Ok Diyana, sikit lagi. Awak pandai ni.
Teran teran, curik-curik tarik nafas cepat-cepat

Time aku nak start push tu la Cik Pu datang munculkan diri. Dengan dia tu, aku dah pesan dari awal-awal lagi. Nanti abang masuk labour room, abang takyah cakap pape kata semangat eh. Dok tepi D pun dah cukup dah. Tetiba time tu pandai pulak sorang sister suruh dia bagi kata-kata semangat. Tengah aku push tu boleh plak aku kata "tak payah abang tak payah". Haha. Kesian dia. Serba salah dibuatnya. Kalau semua orang nak bagi kata-kata semangat, time bila aku nak dengar instruction JM tu kan. So, memang takde orang bersorak ke apa, cuma instruction je yang kedengaran. Hehe. Dan alhamdulillah, kali ni aku rasa journey bersalin aku sangat-sangat smooth dan mudah kalau nak dibandingkan dengan Irdina dulu.

Tak lama lepas tu, adik Luth keluar, JM proses tali pusat dia. Boleh pulak time ni aku kalut-kalut tanya, abang anak kita lelaki ke pompuan. JM cakap jangan bagitahu dia dulu, biar dia teka sendiri. Tergelak Cik Pu kat situ sambil jawab lelaki. Pastu, JM lap-lap baby dan terus bagi kat aku, skin to skin katanya. Apa yang aku tak dapat kali ni? Husband masuk temankan bersalin, skin to skin baby pun dapat. Alhamdulillah sangat. Nikmat Allah yang mana kamu nak dustakan?

Lepas settle semua, Cik Pu azan dan iqamatkan baby kat dalam bilik labour room tu jugak. Aku tengok muka Cik Pu macam speechless terharu lagi. Maybe dia terkejut tak boleh nak hadam dengan situasi nak meneran anak tadi ataupun dia tak boleh tengok darah ataupun dia bersyukur sebab dapat anak lelaki, geng tengok bola dia. Mungkin salah satu kot.

Bila settle semua, aku dan baby ditolak semula ke wad. Dan keesokkannya, kitorang dah boleh discharge. Lepas tu, bermulalah journey berpantang aku dengan anak baru, si Luth Zafran. Bak kata kakak Irdina : Adik Dudd Affan..Dudd pun Dudd la sayang :p

  


#hari ni dah habis 44 hari pantang..yeay!





0 Action comment:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback