Make over bilik ketiga (SOHO) : Sebelum

Classification :

Disebabkan aku ada sedikit masa terluang ni, mehlah aku nak share sikit pasal make over bilik ketiga rumah kami ni.

Tapi, sebelum post entry ni lebih panjang lagi, eloklah kiranya aku bagi warning awal-awal; silalah jangan muntah hijau bila kau dah tengok gambar sebelumnya nanti...kahkahkah

Ok, kita start.

Dari sebelum pindah rumah ni lagi sebenarnya kitorang dah plan nak adakan satu bilik untuk SOHO kat rumah.

(SOHO : Small Office / House Office)

Kau bayangkanlah kalau rumah kami takde SOHO ni..kat mana lagi aku nak tempatkan barang-barang bisnes Cik Pu kesayangan korang yang melambak-lambak tu?

Boleh jadik gaduh laki bini woo..hahaha

So, disebabkan barang dia yang sangaaaaaat banyak tu, memang aku nekad! SOHO mesti ada!

Tapi...disebabkan masa mula-mula pindah rumah ni, yakni 2 tahun yang lepas, aku agak sibuk dengan assignment & final project segala mak nenek pasal pjj degree aku, so aku pendamkan je hajat nak deko SOHO ni.

Kalau lalu depan bilik ni time nak ke dapur ke, nak ke tandas ke, nak basuh @ sidai baju ke, aku buat nampak tak nampak je bilik ni.

lagi pulak kalau ada orang @ tetamu datang rumah, aku akan tutup pintu bilik ni.

Geram, menyampah, nak nangis semua perasaan kat bilik ni ada (drama queen sangat kau kan...HAHAHA)

Tapi masa tu apakan daya...takde masa, takde tenaga, diam ajelah. 

Nak suruh mintak tolong Cik Pu, kau tahu-tahu jelah kalau dah aku ni jenis semua nak details..kang tak kena, itu tak kena ini tak kena, dah Cik Pu fedup kang sapa nak teruskan. Takkan aku kot. Tak ke naya. HAHAHA

So, aku pendamkan jelah.




Dah macam bilik stor aku tengok. Stor pun lagi kemas dari ni gamaknya.

So, setelah tengok gambar-gambar ni, apa perasaan kau? 

Sama tak macam perasaan yang aku cerita tadi?  (HAHAHA)


Alhamdulillah, lepas lama tu...lepas aku dah settle konvo degree semua..tup tup aku termengandung plok. 

Tapi masa tu dah janji dengan diri sendiri dah, mesti buat betul-betul bilik ni.

Satu hari tu aku usulkan kat Cik Pu untuk start projek SOHO ni.

Cik Pu kata ok dan kita start beli cat.

Jangan kauuu..aku ingatkan nak deko kemas sikit-sikit je..tup-tup terus dia ajak p beli cat..HAHAHA semangat terlebih kena racun

Ingat lagi, masa tu hari sabtu ke hari ahad - kebanyakkan kedai jual cat @ hardware kat sini tutup. 

Tapi kitorang time tu nak mengecat, time tu baru mengelupur nk p beli cat.

Nasib baik last-last ada satu kedai cat kat Kepala Batas bukak.

Kat situ jugaklah decide nak cat sebahagian bilik tu colour hitam. Dan kitorang plan jugak time tu nak beli cat minyak, nak cat balik almari & meja belajar ke colour putih.

Kalau tak silap, kami beli cat hitam 5 liter dan cat minyak colour putih 1 liter.

Lepas beberapa proses-proses-proses-proses lagi.....jadilah macam kat bawah ni :



Rasanya lepas make over tu barulah boleh jeling-jeling sikit bilik ni..kalau takkkk, tak tahulah nak jadik apa..

Ok, next ni aku cuba carik masa untuk post entry berkaitan proses-proses-proses yang kitorang dah buat kat bilik ni ok. 

Yeee...aku cuba, insha Allah!


2 Action comment:

Menarik warna tema bilik black & white ! :)


wahhhhh menarik :)

anonymous kawan dari lab sama :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback