Chicken pox



Alhamdulillah..mak baru dapat tarik nafas lega setelah tiga minggu lalu dihurung kesedihan.

Tiga minggu straight jugaklah mak cuti tak pergi kerja. - termasuklah cuti separuh gaji (CSG)

Kalau dah kata sangkut paut dengan sakit anak ni kan...mak mana yang tak pernah tak sedih kan?

Yang sedihnya chicken pox ni kena kat dua-dua anak, Irdina Zara & jugak Luth Zafran.

Orang dok kata masa tu musim chicken pox..so, ramai jugaklah anak-anak staff lab yang kena jugak..

Dah kata anak-anak semua sekolah tempat yang sama...mesti kena la kannn..

Mula-mula tu, ingatkan Irdina tak kena la..sebab hari-hari terakhir weekdays tu tak nampak tanda..

Sekali...jumaat petang masa ambik Irdina dari sekolah, cikgu kata badan Irdina dah ada 2-3 bintik (rashers) naik..

Aku agak takut la jugak pada mulanya..

Yelah..kau tahulah Irdina Zara tu kan..anak perempuan yangggg sangaaaat manja tau.

Sedangkan tak sihat pun bukan main manjanya..nikan pulak time sakit..

aku redhakan jelah...ada hikmah disebalik kejadian mungkin (nak sedapkan hati).


Lepas 2-3 hari tu...memang banyaklah naik rashersnya tu.

Ada orang bagi petua : amik daun semambu, mandikan dia.

(Ada akak tu kata, daun semambu ni nama lain dia "Neem")

Image result for daun semambu   Image result

Nasib baiklah kat tepi-tepi kawasan IPPT USM ni banyak pokok semambu..

Setiap hari kami dok ambik sikit sikit daunnya..buat mandi..

Mak is over sikit, so mak ambik daun-daunnya dan mak blenderkan...so macam jus pati daun la..pastu bagi mandi..

Sampai budak Irdina Zara naik fobia kalau setiap kali bunyik blender @ time nak mandi.. "tak nak ayaq daunnnnnn..."  :P

Ada jugak petua orang suruh rebus bijik ketumbar, pastu mandikan dengan air rebusan ketumbar tu. Pastu amik sikit air rebusan tu bagi minum..

Image result for biji ketumbar

Mak tak berani sangat nak bagi minum-minum ni..kalau mandi-mandi tu ok la..

Lagi pulak...Irdina Zara? Minum ayaq ketumbar?hmmmm..

Suruh mandi ayaq daun semambu pun susah...nikan pulak nak minum-minum..takpelah kata dia.

Ada jugak yang suggest supaya rashers chicken pox tu disapu bedak sejuk + Daun belalai gajah (ditumbuk).

Image result

Tapi....tumbuk-tumbuk mak is malas sikit...

So, mak blender, air dia mak campur dengan bedak sejuk..Pastu tepek kat seluruh badan Irdina Zara..

Memang badan kau hijau la lepas tu nakkkk




Lepas hari ke 5 macam tu, tetiba ada 2-3 rashers naik nanah..especially kat area pinggang.

Mak dah cuak ni..dah la 1st time anak kena campak, sekali Allah bagi nanah pulakkannn..

Terus mak dengan apaknya bawak p klinik tempat kerja kitorang ni.

Time p klinik tu, suhu dia tinggi sikit, Doktor kata maybe sebab ada bacterial infection. 

Doktor terus suggest buat dressing kat bilik prosedur..

Aduh duh duh..menitik-nitik air mata kat depan Dr. Fauzi masa tu.

Mesti dia heran...apesal mak pulak yang hooover sedih ni.. (tak boleh aku kalau bab-bab sakit anak ni)

Bila dah start dressing tu...kau tahulahhh...satu klinik dengar suara Irdina Zara menjeritttt..huhu

Aku yang tengok ni lagilah menitik-nitik air mata..

Lepas settle2 semua, mendapatlah 2-3 botol antibiotik. 


Tak lama lepas tu...dalam seminggu lebih..time kakak Irdina Zara nak baik (tengah berkeruping bintik dia)..adik Luth pulak kena..

Ingatkan dah selamat dah..rupanya tak selamattttt...hahaha

Sedangkan sekolah yang tak 24 jam duduk sekali tu pun infected, apatah lagi kalau adik beradik duduk kat rumah.....ye dak?

Aku pun redha je la..nak prevent, dah jadik dah...

Yang cuaknya, cuti la wey..CUTI!

Tapi...takkan nak pergi kerja sementelah anak kau sakit.......hmmmm

Memang masa ni betul-betul menguji kesabaran sungguh...

"Dan time nilah kau akan nampak mana yang betul-betul membantu atau semata-mata nak jadik superhero"

(Ayat atas ni aku " - " kan ye..harap-harap paham =P)



Masa dah nampak bintik-bintik chicken pox kat badan adik Luth dah start naik tu, aku terus ajak Cik Pu bawak adik Luth p gunting rambut terusss


Kalau ikut kakak Irdina tu, habis satu kepala dia naik chicken pox..

So, aku fikir kalau rambut adik Luth pendek, takdelah rashers dia tu lembap je kannn..



Lepas beberapa hari rashers adik Luth dah start naik banyak kat badan, adik tetiba demam panas.

Atas nasihat kawan-kawan dalam group whatsapp pakatan ibu-ibu mengandung, kami terus bawak adik p hospital. (TQ kawan-kawan...u know who u are! :P)

Adik warded dalam 3 hari 2 malam (macam menginap kat hotel kannnn)

Pakar Paed kata...kalau anak under 1 year kena chicken pox - it's quite dangerous..

Kita tak boleh simply treat dia sama macam kakak dia.

Mungkin sebab immune system diorang tak betul-betul developed lagi.

Masa admitted tu, Nurse cucuk 2x antiviral untuk chicken pox.

Pastu...Dr pesan suruh tengok-tengok kalau ada lagi naik rashers yang baru.

Dan...selalunya rashers chicken pox ni akan naik dari kepala dan turun ke kaki..

Mostly bila dah keluar kat kaki tu, dah nak baik la chicken pox-nya.

^
^
^
^

Dan alhamdulillah...minggu lepas aku dan Cik Pu dapat p kerja macam biasa semula!

^
^
^
^

Terima kasih Allah atas segala nikmat yang Kau dah berikan kepada kami.

Terima kasih suami, kerana kau sangat penyabar dan penyayang semasa kita dilanda bermacam musibah.

Terima kasih keluarga, ada semasa susah dan ada semasa senang.

Terima kasih kawan-kawan, sudi bagi nasihat dan pandangan semasa kami kebuntuan.


No comments: