Montessori Activity : Pincer Grip


Sebenarnya dalam minggu ni aku plan nak cerita pasal birthday Irdina Zara.
Tapi memandangkan semua gambar dalam SD card DSLR Cik Pu terlekat kat Mac dia, kita teruskan dengan post Montessari Activity Irdina dululah ye..

Mesti ada yang tertanya-tanya "sejak bila makcik sorang ni rajin nak bermontessari kat anak dia ni?"
Hmm..jawapan kepada soklan tu agak sedih sikit.
Nampak nau sebelum ni aku blur pasal ni kannnn '___'

Alkisahnya..
dalam sebulan dua ni Irdina ada bawak balik "kerja rumah" 
Aku pun tertengoklah buku dia tu..
Tertengok ok.....terrrrrrrr
"___" (ya...i'm bad mom)
Pastu ada aktiviti dot to dot. 
Yang peliknya..column dot to dot tu...penuh, dah siap.
Tapi, tang column kosong kena tulis sendiri balik tu...kosong, tak bertulis.
Aku diam jelah..
Aku ingat, tu normallah kot..budak-budak..mesti malas-malas nak tulis kot..
:D

Pastu ada satu hari yang lain tu..tengok dia bawak balik kertas.
Kertas A4 dibahagi 4, Cikgu suruh tulis 1, 2, 3, 4.
It's like macam "kerja rumah" jugak..tapi tak habis buat kat sekolah.

Aku dah macam heran dah ni...
Apasal column no. 1 tu penuh sepenuhnya kau tulis..Kat column no 2, 3, 4 tu macam tak berapa meriah.
Kat no 2. tu ada la no 2, tapi cantik nau..
it's like macam seseorang aka cikgu yang tolong buatkan..
Aku dah macam..hmmmm..sesuatu ni, sesuatuuuu..

Then, aku tanya Irdina :
Ibu : Irdina, kenapa tak tulis no. 2 ni sayang? 
Irdina: Dina tak reti la ibu...

Aduh aduh aduh

Terus aku cakap kat cik Pu..
Aku : Abang, anak kita ni tak pandai tulis no. 2 la abang..Di sedih la abang..
(drama sangat kau kannnn..:D)
Cik Pu : Alaa..biasa la tu..dia kan kecik lagi..
(Tak habis-habis dengan positive thinking dia tu...choiiii!)

Then, start dari tu aku terus buka minda, buka jiwa, buka hati, tanya-tanya mommies yang lain. 
Apa nak buat? 
Macam mana nak buat? 
Apa perlu buat? 
Anak korang macam tu jugak ke? dan pelbagai soklan lain lagi..
(Typical mak-mak muda gelabah :P)


Dan semalam adalah permulaannya!
Aku start dengan satu aktiviti "Pincer Grip" mat salleh panggil

Kalau bahasa kita, Gengaman Penyepit la kot nooh.. :D
Aktiviti ni bagus sebab dia adalah fine motor skill, muscle development and control, coordination, purposeful movement.
Aktiviti ni menggunakan ibu jari (thumb) dan jari telunjuk (index / pointer)
Bagus untuk persediaan budak-budak nak pegang pensel.
Kalau nak tahu lebih banyak lagi info, encik google boleh bantu kot :D


Untuk Irdina, dan untuk pertama kalinya, aku guna apa yang ada je kat rumah :
1. Serpihan kotak 
2. Marker pen
3. Penyepit baju
4. Lebihan mainan yang bersepah (Nanti aku cerita fungsi dia :P)



Ni la hasilnya setelah Irdina berjaya buat aktiviti ni.

Nampak tak kat kotak no. 10 tu?
Tu la fungsi bahan no. 4 tadi tu..menggantikan penyepit baju yang tak cukup..
keh keh keh :P

 

 Sambil-sambil buat grip tu, dia jugak boleh buat kira-kira.
Tapi...untuk pertama kali buat ni, aku sarankan kita sebagai parents perbanyakkan sod ba ro.
Macam Irdina, dia fokus dalam 10 - 15 minit je kot.
Lepas tu, mula la buat-buat nak minum susu la, nak minum air la, nak tengok cartoon la, macam-macam alasan.
So, kita sebagai mak (walaupun time tu dah nak jadi hijau-hijau hulk dah) SABAR la banyak-banyak
:D

Tapi, kalau nak bandingkan aktiviti ni dengan aktiviti menulis dia tu, aktiviti ni dia macam excited sikit kot..
ke omak eh yang excited? :D
(selain aktiviti mewarna la..aktiviti mewarna ni is the most fav activity dia.. :D )




Bila dah habis aktiviti mengira pakai penyepit tadi, kita bolehlah suruh anak un-clipped balik penyepit tu.
Yang aku dapat dari pemerhatian, Irdina kurang guna ibu jari dengan jari telunjuk masa dia buat aktiviti ni.
Dia lebih guna 4 jari yang lain (selain ibu jari) dengan tapak tangan time nak grip tu.
So, aku rasa...dia perlukan lebih banyak lagi aktiviti fine motor skill.
(chewah..dah macam OT pulak rasa..  :D )



 Selain pakai penyepit kain tadi, aku mula berkreativiti dengan benda lain.. :D
Mak pulak yang naik over kannn..
Suruh anak sepit bawang pulak...hehe

 Next, aku dah fikir-fikir apa aktiviti yang nak apply kat Irdina.
Motto untuk ni, "Biar pun lambat, asalkan buat"

 Semoga aku lebih konsisten, istiqomah, tawadduq dan bersemangat waja, 
 kalau korang ada apa-apa idea, share dengan aku eh?

No comments: