KENAPA SAYA TETIBA JUAL PRODUK IMAAN? (PART 1)


Kenapa saya tetiba jual produk Imaan, sedangkan saya dan husband dah ada LDA BEST PRINT yang dah ramai repeated customer?


Ok..macam ni tau...

Kalau mana-mana kenalan rapat saya, memang ramai yang tahu saya dan husband dah lama mengusahakan LDA BEST PRINT bersama-sama dari tahun 2012/2013 lagi. Rasanya masa tu baru-baru lepas kahwin kot.

Saya bukanlah designer ataupun tukang printer kat LDA BEST PRINT πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚, tapi saya Admin Pages LDA BEST PRINT merangkap Tukang fikir strategi marketing kat situ. Bahasa senang kau nak paham...kerja belakang takbir lah..πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Tapi, memandangkan bila customer dah mula ramai, saya nak tolong buat design pun tak reti satu hapah..Nak buat keputusan pun tak boleh (sebab semua husband handle), so apa yang bolehnya? hahaha

Yelah..saya kan bukan Tokei besar LDA BEST PRINT yang boleh buat keputusan tanpa persetujuan husband kan..so, lama-lama saya jadi macam jobless (padahal saham nama LDA tu saya yang punya..hahaha). 

***LDA : Lady D Artwork




Pastu, saya bincang dengan husband..


"Abang, business servis design ni lambat kan? 

Nak kena perah otak dulu keluarkan idea.. 

Kalau takde idea tak dapat buat..

Pastu nak kena duduk depan pc / laptop..kalau takde pc / laptop tak boleh nak buat..

Pastu nak kena confirm dulu design dengan customer, tanya ok ke tak, pastu nak edit sana sini, which is dah ambik banyak masa..

Kalau kita keluar, means macam balik kampung ke...abang tak boleh nak proses job2 tu...

Tapi, dalam masa yang sama customer nak cepat-cepat siapkan design / printing depa..

Pastu kadang-kadang ada pulak customer mintak murah padahal harga dah memang murah..

*nangis*

Why not kalau Di cuba jual produk..bukan servis..

Benda yang dah ada depan mata...tinggal nak jual je..

Sambil-sambil tu Di nak belajar macam mana business dalam team.."




Haaaa..mantap tak mukadimah saya bagi kat husband? 

Kau nak yakinkan orang, mukadimah & hujah2 semua kena mantap..

Kang tak pasal-pasal kena reject tang bagi salam pertama..kahkahkah!




So...bermulalah journey saya men-survey apa produk saya nak jual...


(to be continued....)




1 Action comment:

HEBAT !!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuan Tanah #CH

Tuan Tanah #CH
Missdicup - Wife & Mom cum Blogger since July 2008. Any inquiry(s), email me : missdicup_o7[at]yahoo.com.my

KEDAI ONLINE KAMI :)

KEDAI ONLINE KAMI  :)
ldabestprint.blogspot.com

Tarikh Penting Kami :)


Cik Pu : 6.9.XX
Missdicup : 8.6.XX
Mula Kenal : 26.3.10
Bertunang : 14.3.11
Nikah : 26.11.11
Kenduri Rawang : 27.11.11
Kenduri Alor Setar : 17.12.11
Irdina Zara : 21.10.12
Luth Zafran : 9.2.16

Klik Sini Kalau Mahu Kaya


Throwback