TOT Part 2 (pelari pesakit kronik)

Minggu ni aku lantik menjadi minggu mengenang semua memori di TOT 36. Bagi mereka2 yang tak tahu lagi, TOT bukan bermaksud tot tot tot sampai 36 kali. TOT atau nama panjangnya Temasya Olahraga Tahunan telah tamat kejohanannya di usm pada minggu yang lalu. Bagi mereka2 yang tidak berkesempatan turun padang boleh baca cerita2 tipu aku. Bagi mereka yang berada di tempat kejadian, boleh mengiakan sahaja. Tiada pilihan.

Lumrah alam, ada yang lemah dan ada yang kuat. Lumrah permainan, ada yang kalah dan ada yang menang. Lumrah manusia, ada yang sakit dan ada juga yang sihat walafiat. Tetapi dalam kes aku, tiada yang lumrah. Ini kerana....yang lemah, yang kalah dan yang sakit itu adalah aku. Diulangi... yang lemah, kalah dan sakit. O.o

Kejadian ini berlaku dimana sebelum aku memakai maskot Nuri itu. Aku orang bertuah yang telah dipilih menjadi pesakit yang agak kronik dikalangan peserta pada hari pertama kejohanan. Setelah berhempas pulas melarikan diri di atas balapan dalam acara 400meter. aku dengan selambanya muntah beberapa kali dikhalayak ramai gara2 tidak mahu makan sebelum pelarian. Kunun2 mahu menjaga berat badan.

Setelah melarikan diri di atas balapan, aku pelari yang tidak dipilih untuk ke peringkat akhir. Mungkin juri berat sebelah. Mungkin juga aku tak cukup tenaga. Buat pelarian macam ayam tak cukup makan. Dan mungkin juga tahap adrenalin aku tiba-tiba mendadak naik melangit kerana ketakutan. Semua kemungkinan ni boleh menjadi faktor-faktor kekalahan.




kredit RM30 perlu diberikan kepada semua jurutembak2 yang ada di atas gambar2 mereka yg cantik tu. aku just curi je..lalalalalala~

TOT Part 1 (maskot Nuri)

Hari minggu yang lalu, aku dan orang2 tertentu pergi ke usm untuk memajukan diri dalam arena sukan. Aku mengkategorikan orang2 tertentu kerana hanya orang2 tertentu sahaja yang sanggup dan rela menghitamkan diri demi sukan. Orang lain mungkin tidak.

Setelah berhempas pulas melarikan diri di atas balapan, memaksa diri menjadi pesakit yang amat kronik dikalangan peserta, pada petang harinya aku bertekad dan sebulat suara untuk cuba memakai maskot Nuri pasukan aku.

Aku tak nak cerita kosong ataupun bohong. Siapa kata pakai maskot best. Aku kata best. Boleh menari sesuka hati, melompat tak tentu pasal, mengorat tak kira umur, jadi patung besar untuk acara tembak-menembak bagi mereka yang gemarkan popular (sesi fotografi) dan lain-lain kebaikan yang aku malas nak nyatakan.

Dan....
Hanya orang terpilih saja yang tahu azab duduk dalam kepala besar haiwan tu. Mintak nyawa sejuta kali. Kepanasan macam cacing kena bakar. Kena buli pun ada. Ada jugak manusia yang tak pernah tengok maskot agaknya, pergi ketuk kepala maskot tu. Nasib baik masa tu aku tak nampak dan sedang berkepala besar. Kalau tak, siap la orang tu.aku pukul sampai berdarah.

Oleh itu,
Mulai saat ini, aku tabik spring pada para2 atau pari2 pemakai maskot. Bukan senang nak nampak senang. Bukan mudah nak pikul benda yang nampak mudah. Kalau tak percaya kata-kata aku, sila curi mana-mana maskot dan cuba pakai.... O.o


Kekurangan aku

Pernah aku tanya seorang kawan

Selama awak kawan dengan saya,
apa kekurangan saya?


Dia jawab

....

.....

.......

........

.........

..........

Awak kurang sifat manja



Haaaaiiissshh..menyesal aku tanya.. O.o



sms terbaik

RM 0.00
Kesunyian?
Nak cari CINTA @ kawan?
Dapat no hp di sini,mana tau ada JODOH?
Jom chat.
untuk Mly sms - on JK
& bukan melayu - on EJ
ke 33222.
Hantar OUT henti info msg


Apekejadahnye sms ni...?


Pegawai Kesedaran Sivik

Sabtu malam hari tu kami berempat ke pasar malam
Berhajat nak makan pasembor
Gendud ambil kami di rumah
Dalam perjalanan, atas dasar apa aku tak tahu
Gendud beri kami cupcake sorang satu
Aku dan Fateah makan sambil menjilat jari
Lumrah benda percuma memang begini
Sesudah makan aku menurunkan cermin kereta
Dengan hajat nak buang mangkuk cupcake
Dengan tiba-tiba mereka menjerit secara serentak
“ oiiiiiii...takde kesedaran sivik! ”
Aku terperanjat lalu hajatku terbantut
Aku dengan bersahaja membalas
Aku bukan nak buang kat luar
Sebenarnya aku nak buang dalam kereta
yang mana tingkap mereka terbuka


Alasan terbaik bukan...? O.o

Temasya Olahraga Tahunan (TOT)

Minggu ni nak taknak aku kena training juga
Bukan atas dasar sebab nak kurus. bukan
Bukan niat nak buang lemak. bukan
Aku masih sayang lemak-lemak ni.
Mahal dan susah nak beli
Kat kedai runcit Pak Mat pun tak jual macam mee

Hujung minggu ni kami ada acara
Semua orang macam tak percaya
Bila aku kata aku turut serta
Lagi-lagi aku kata aku masuk lontar cakera
O.o

Nas-T masuk askar


Hari ni dia daftar masuk askar
Enam bulan lepas ni baru boleh jumpa
Kami selalu gaduh macam wrestling
Hentak-hentak kepala ke dinding
Aku sudah mula rindu dia
Ada orang kata muka dia macam Nas-T
Cuma style rambut tak sama
Ada juga kata muka dia macam cina
Sebab tu kawan dia panggil dia Wong agaknya
Walau siapa pun yang serupa dia
Aku tetap sayang dia.
sebab dia satu-satunya adik lelaki aku.
tapi aku selalu tak mengaku.
Sebab dia lebih besar dari aku..
Aduh...aku rindu!

sabtu

hari ni aku tak kerja.
bangun lambat sikit perkara biasa.
siap mandi.
basuh baju.
eh, bukan aku yang basuh.robot basuhkan.
bancuh milo segera.macam biasa.
sapu lantai sambil memekak.
jiran sporting takpe lagi.
tengok tivi.
tekan remote tak sudah2.
golek sana golek sini.
tengok Fateah baca novel.
Tajuk jiwang.

ahh..sudah!


Karaoke jamban

Tiba-tiba teringin nak pergi karaoke jamban. Nyanyi lagu dangdut Mas Idayu dengan Amalina satu. Mesti smart habis. Melalak sampai malam dengan kawan-kawan. Hilang semua kategori stress. Hilang semua jenis kekusutan. Tapi bila part kantoi dengan bakal mak mertua, lagi smart gila. Tak jadi dia hantar rombongan masuk meminang. Bukan sebab meluat tengok kami terkinja-kinja karaoke. Tapi tak tahan nak tadah telinga dengar suara sumbang. Memikirkan kesannya tu, aku pendamkan saja hasrat nak berkaraoke.


Peluang hanya datang sekali



Tak tahu nak kategorikan tawaran ni satu tuah ataupun malang. Semalam Dr T promote aku buat projek grant insentif usm..Jatuh kategori tuah sebab peluang hanya datang sekali.mana ada Dr lain senang2 nak promote pekerja dia mintak grant sewenang2nya..lagipun kalau aku join projek tu, banyak benda aku boleh belajar..aku masukkan perkataan malang sebab aku sekarang ni dalam dilema.dalam tempat kerja aku ni, manaada orang yang ada 2 bos besar berebut sorang pekerja kecik macam aku ni..orang lain semua ada 1 bos yang specifik..ni semua buat aku serba salah. Nak buat kerja bos ni, bos tu pertikaikan..nak buat kerja tu, bos ni pertikaikan..

Ada sekali tu..aku balik umah dah lewat..balik2 aku hilang mood..sampai sorang kakak yg selalu lepak umah aku ingat aku tengah marah kat dia..haha.apadaa..padahal aku kepenatan + kebengangan..pening dengan kerja sendiri..bengang tengok orang lain balik ontime..haha..lama2 aku pk..lantak lahai..selagi aku boleh bertahan,aku akan tahan..kalau dah tak boleh sangat,tengoklah...mungkin akan ku keluarkan plan A, B, C ataupun D.

Yang pasal tawaran grant insentif usm tu, aku tak fikir lagi..mungkin aku terima, mungkin jugak aku tolak..ape2 pun aku perlukan masa.  O.o


parasailing...

best jugak main benda ni..masa mula2 aku datang batu feringgi tu..tak naik..sebab ingatkan mahal..rupanya kena ada ilmu mengurat dlu, baru dapat murah..haha

sape2 yg x naik lagi..aku nasihatkan..naiklah..mula2 tu macam2 perasaan datang. nak terberak,terkencing,terkentut,,sume ter- ada lah..package lengkap. Bila da naik tu, taknak turun pulak..haha O.o

susah nak dijelaskan dengan kata2..oleh itu, enjoy la tgk gmbo2 nih :


nak tengok lebey banyak aksi...? sila tekan link ini :

http://www.facebook.com/album.php?aid=43815&id=1633689557&l=4b52cbff11



:: have a nice day :: O.o