setiap yang hidup pasti akan pergi jua

Rabu minggu lepas aku dapat berita tak sedap. Pagi-pagi mak dah telefon. Aku naik heran. Bila aku tekan butang hijau, suara sedih-sedih mak kedengaran. Lagi aku heran kecipanan. Mak cakap Makcik Kila dah takde. Aku terkedu tak tahu nak cakap apa. Rasanya semalam baru borak-borak dengan mak pasal arwah.

Aku boleh dikatakan rapatlah jugak dengan arwah. Selalu time aku takde duit time belajar dulu pastu nak lepak rumah arwah, arwahlah yang support aku. Masa mula-mula aku nak tengok bandar Johor dulu pun, aku lepak rumah arwah. Masa aku cipta zaman jahiliyah dulu pun, lepak rumah arwah jugak. Pendek kata, yang berkaitan Johor, semua arwahlah. Yang sedihnya, masa arwah pergi aku pulak yang tak dapat nak tengok arwah buat kali terakhir. Dengan alasan jauh.(╥_╥) Dan lagi, yang paling aku takut, aku tak ingat yang dia dah takde. Pastu terus turun Johor nak lepak rumah arwah.huhuhu..ಠ_ಠ

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Ya Allah, Semoga rohnya dicucuri rahmatMu dan ditempatkan dikalangan roh orang-orang yang beriman..Amin..

Al-fatihah~


Khamis malam jumaat – bloggerboy



Malam tadi, disebabkan terlalu letih waktu tidur aku diawalkan ke jam lapan. Biarpun lampu terbuka, mata masih boleh ditutup. Aku memang begitu. Walaupun bilik tahap gerhana matahari ataupun ribut melanda, aku tetap boleh tidur dengan aman. Mak juga selalu complain benda yang sama.

Semalam khamis malam jumaat. Ada orang panggil malam khamis. Anda pilih sendiri anda nak panggil apa. Yang penting aku nak cerita tentang malam tadi. Bila time datang malam ni, kami selalu akan berperang dengan jiwa. Kami yang dimaksudkan adalah aku dan Fateah. Mahu tonton cerita bloggerboy atau penunggu gunung raya. Pilihan yang sungguh dramatik. Jiwang ataupun seram. Tapi kalau ikut minggu2 lalu, jiwang mendapat tempat pertama di hati.

Malam tadi, mengikut cerita tu, mungkin episodnya akan tamat tak lama lagi. Siapa yang akan jadi teman sehidup semati Budi? Itu yang menjadi tanda tanya. Zehan, Nina ataupun Maya. Aku agak mungkin Maya. Aku tak kisah siapa pilihan Budi. Yang penting cerita tu ada kesudahan. Kalau aku diberi pilihan untuk memberi komen, aku memang suka cara Budi. Bertentangan sama sekali dengan Kidd, jenis hantu. Lelaki relax, cool, baik hati, supan santun, hormat orang tua dan tak terjebak sikit pun dengan perangai hantu Kidd tu. Apa2 pun aku bagi cap ibu jari untuk cerita ni. Cara penyampaiannya bernas~


Klik sini untuk kepuasan peribadi:  http://www.bloggerboy.com.my/
(macam stylo je kan bila letak link2 ni)

Dua minggu dari sekarang

Sedar tak sedar lagi dua minggu aku mahu bercuti. yahooo..dabedabedu..Tak sabar rasanya nak menunggu saat tu. Dapat berehat2 di rumah. Dapat berkelahi dengan adik-adik. Membuli mereka dengan sesuka hati. Dapat tengok rancangan ulangan astro berkali2. Dapat menikmati masakan mak kesayangan tanpa gangguan. Dapat bergurau dengan ayah. Tapi dalam pada tak sabar tu, timbul juga perasaan takut. Takut menghadapi satu hari masa cuti tu. Hari dimana aku akan membuang sebahagian kekotoran yang sudah menjadi sampah dalam badan aku. Aku redha dengan segala ketentuan.

Selepas habis cuti tu, aku akan berangkat terus ke Kelantan. Hajat utama untuk attachment. Dan dikuti dengan membeli belah secara pukal mungkin. Tidak seperti tahun lepas. Mencari jodoh sudah tiada dalam senarai. Jangan tanya kenapa. Biarlah ia menjadi rahsia. Kepada kawan2 dan sahabat handai, jangan minta kirim hadiah ataupun apa2. Takut tak muat kereta dengan periuk belangga..peace~ O.o



Surat cinta dari Shah Alam

Ini cerita bawah tanah. Benda ni terjadi pada satu hari ketika 2 minggu yang lepas. Aku terima sepucuk surat cinta daripada Encik Posmen. Surat cinta ni dikirimkan dari uitm. Aku terkesima tahap ayam kecipanan. Sedikit lagi mahu jadi raksaksa. Riak muka itu anda sendiri bayangkan.

Aku cuba eja setiap perkataan yang tertulis dalam surat tersebut. Dan mengingati semula tarikh keramat aku buat kerja gila tu. Ia bermula di sini. Pada 2-3 minggu dari hari yang aku terima surat cinta tu. Aku ada buka laman web uitm dan ternampak iklan jawatan kosong. Aku dengan gatal tangan telah menekan butang jawatan kosong tu dan terus memohon. Setelah resume siap diisi, aku klik butang send tanpa berfikir panjang. Maklumlah teknologi sudah maju. Anda tidak perlu bersusah payah beratur panjang membeli stem tiga puluh sen lagi seperti dulu. Dengan niat saja gatal mahu mencuba dan pada masa tu pun memang tiada kerja.

Aku tak boleh nak salahkan sesiapa kerana mempengaruhi aku masa tu. Sebab aku bukan bawah pengaruh alkohol ataupun dadah. Pesakit wad gila juga bukan. Masih boleh berfikir secara waras. Kalau bawa ke mahkamah pun sudah tentu aku yang akan kalah.

Berbalik pada surat cinta tu. Aku dikehendaki datang ke uitm Shah Alam pada 16 April 2010. Bukan untuk mencari jodoh. Bukan. Waima untuk berfoya-foya pun bukan (jangan tanya waima tu apa?). Dan aku dikehendaki membawa segala jenis mak nenek sijil dan surat pengesahan dari majikan.

Yang menjadi masalah besar pada aku ialah kami semua masih lagi dalam kontrak. Lagipun aku sebenarnya tak bersedia lagi nak berkhidmat di tempat lain. Keputusan sama ada aku akan pergi atau tidak aku belum tentukan lagi. Mungkin akan pergi dan mungkin juga tidak. Buat masa ni peratus tidak mengatasi peratus pergi. Tengoklah mana tahu nanti kalau ada seorang putera raja datang jemput aku naik kereta kuda untuk pergi interview. Mungkin masa tu peratus pergi terus naik mendadak tinggi.....*berangan*


TOT Part 3 (Tarik tali)

Kali ni aku nak bercerita tentang tarik tali. Seperti yang korang semua tahu sebelum ni, aku ada banyak lebihan lemak. Aku fikir ini faktor utama mereka memilih aku menjadi peserta bidan terjun tarik tali. Aku katakan bidan terjun adalah bukan kerana aku terpaksa menyambut kelahiran bayi sesiapa. Bukan. Tapi ia adalah kerana memang dari awalnya aku tak pasang niat langsung nak memegang tali yang sama besar dengan tangan aku tu. Nasib baik aku menjadi ahli simpanan saja. Tukang sorak tanpa gaji di tepi mereka yang lain.


Perlawanan yang pertama, kumpulan kami menang dengan mudah. Aku kira kami sudah masuk suku akhir. Perlawanan disambung kesebelah petang dan kami bertemu dengan desasiswa Aman Damai. Pengamatan aku, dari segi kekurusan badan pihak lawan, kami boleh menang dengan jayanya untuk sekali lagi. Tapi tekaan aku salah sama sekali. Nasib baik ni bukan peperiksaan. Mungkin juga kerana terlebih konfiden, kumpulan kami kalah. Pihak lawan makan akar kayu cap apa aku pun tak tahu. Kekuatan mereka sungguh luar biasa. Atau mungkin mereka mengupah Jin Ali Cafe yang warna hijau tu, siapa pun tak tahu.





sekian sahaja dari bilik berita..ehehehe