selamat hari bapa pakcik Ishak

petang tadi aku terima satu sms.

adik aku hantar. tapi guna handset ayah.

ayah beli kamera baru.

hah? kamera baru? kenapa?

.
.
.
.
.
.
.
.

sempena hari bapa.

blurrrrp....

terharu dan tersentap.


selamat hari bapa, ayah!
you are my hero~


bagaimana nak tukar template baru

hari ni aku macam bermurah hati nak tunjukkan cara-cara macamana nak tukar template baru untuk pengguna pengguna blogspot. Sharing is caring kan. Tapi diulangi sekali lagi. Hanya untuk pengguna pengguna blogspot sahaja. Pengguna blog sosial lain, sila tanya orang lain. Sebab aku pun tak tahu. he he he he.

ok..dah dah jangan membebel lagi. mari belajar. sila buat satu satu.

1. mula mula korang kena la carik template yang korang suka dulu.ni senang je. selongkar kat pakcik google handsome. Ada banyak pilihan. Boleh juling mata dibuatnya. Kalau korang malas malas jugak nak google, ni aku dah sediakan beberapa darlink-darlink untuk korang pilih. .

www.bietemplates.com
www.instantshift.com
www.templatesblogger.net
www.zoomtemplate.com
masih rasa malas malas lagi? sila pergi ambil bantal sekarang dan terus tidur.

2. Bila korang dah pilih mana template yang korang berkenan sangat sangat tu, sila download dan simpan dalam my document korang. nanti hasil download file dia akan dapat macam ni.



4. File ni dalam bentuk zipped. So, korang kena unzipped dan extract file ni menjadi folder dulu. Cara nak extract, senang saja. tutup mata sebelah pun boleh buat. kelik mouse kanan, then tekan Extract files...

5. Dah siap semua semua tu, sekarang kita kasi fokus kat blog pulak. mula mula kasi bukak itu blog. Login guna email dan password sendiri.

6. Automatik korang dah ada kat Dashboard, kemuadian pergi kelik Design. Kelik Edit HTML.

7. Pastu korang ada tak nampak ayat ni :

    Upload a template from a file on your hard drive                      Browse | Upload

Ok..kalau nampak, bagus. Kalau tak nampak, sila pakai spekmata tebal tebal sikit kasi nampak.

8.Pastu korang tekan browse, carik file yang korang extract tadi kat my document.

9. Bila korang nak upload, korang tekan upload laju laju.

10. Nanti dia akan tanya, samada korang nak save ke tak widget widget yang korang ada sebelum ni. Tu terpulang pada korang. Kalau korang rasa nak simpan, sila tekan save the widget.

11. Agak agak tak percaya boleh jadi ke tak, korang tekan preview dulu.

12. Bila agak agak dah cun cantik  molek macam aku, cepat cepat tekan save template laju laju.

13. Bila dah siap siap siap semua, apa lagi..cepat cepat bayar duit yuran harian kat aku..heh heh heh. Amacam? senang tak? senang je kan pejam sebelah mata pun boleh buat kan. :)


germany oh germany


Semalam aku pergi wakaf che' yeh dengan Hafiza Hassan. Hajat hati dia nak pergi carik jersey sebab dia nak tangkap gambar masuk peraduan. Peraduan apa aku tak boleh nak bagitahu. Nanti ramai pulak yang nak masuk. Berbalik pada cerita jersey tu, last-last dengan aku aku sekali terpengaruh dengan hajat si Hafiza Hassan tu. Aku colek jugak jersey Germany satu. Gred A punya..kah kah kah..*gelak bangga* . Jersey pun ada gred-gred, macam telur la pulak.

Tadi aku tengok game Germany lawan Serbia dengan Syud Chan. Kami tengok tv siaran siam walaupun tak faham. Jangan tanya kenapa, tu korang kena tanya tv1 sendiri. Sebab hari tu aku dengar tv1 yang beria nak siarkan siaran langsung. Excited punya pasal, aku siap pakai jersey baru yang aku beli semalam..haisssh.

Tak sampai habis separuh masa pertama, aku dengan Syud Chan dah rasa tak puas hati. Ni nak main masukkan goal ke nak lawan lumba siapa dapat kad kuning terbanyak ni. geram.geram.geram. Rasa macam nak pergi bakar jersey yang aku pakai tu. Badan pun dah rasa panas berapi.

Lepas je game tu, cik PU telepon aku. Bantai dia mengata dan gelakkan aku kaw kaw punya. haissh. Lagilah geram. Dari permulaan perbualan tu sampai la separuh masa terakhir, aku kena tahan telinga dari terus mencair. Ayat dia tak habis-habis 0-1, encik bakar, pukul 01, bla bla bla...haissssh.geram geram dan geram lagi.

Nampaknya lepas ni aku kena pergi wakaf che' yeh balik la. Jumpa abang handsome semalam. Tukar jersey germany tu ke jersey lain pulak la. geram punya pasal...

grrrrrrrrrrrr..


Jersey World Cup 2010


Aku ada jersey baru sempena World Cup 2010
glory..glory..glory germany..(erk..silap pulak)
 amacam..cantik tak?
ada berani nak beating? 
ha ha ha


budak gemuk-gemuk-gemuk

Aku cukup pantang kalau dengar perkataan gemuk-gemuk-gemuk ni. Memang anti betul dengan orang yang sebut gemuk-gemuk-gemuk ni. Rasa macam nak belasah je. Semalam semalam housemate tumpangan rumah kat kelantan aku ni tegur aku dah gemuk-gemuk-gemuk. Dia kata aku ada lemak lebihan kat bawah dagu. haisssh. sabar missdicup..sabar..

Sebenarnya sebelum sebelum ni aku tak kisah langsung pun orang nak cakap aku gemuk-gemuk-gemuk ke kurus-kurus-kurus ke (sebab sebelum ni aku mayat hidup bergerak).Tapi bila dah ramai sangat tegur kata aku dah gemuk-gemuk-gemuk, aku tersentap jugaklah. (sentap tu apa weh? aku tak tahu pun). cik PU pun suka panggil aku tembam dan gemuk-gemuk-gemuk jugak. Haisssh..rasa macam nak belasah je mamat tu..Tapi, bila fikir-fikir balik, tak boleh, tak boleh. Tak boleh belasah dia. Kalau dia sakit nanti, aku dah tak boleh nak kacau dia lagi...keh keh keh.

Korang korang semua cuba fikir. Kalaulah aku diet, siapa nak makan makanan-makanan yang ada kat Malaysia ni? siapa? siapa? Tak majulah sektor pemakanan kat negara kita ni. kan kan kan. Kang aku pergi buat buang lemak bawah dagu kang, baru semua risau, semua takut, semua gerun...hahaha..tapi ok apa..ada lemak lebih ni..anugerah Tuhan. Bukan semua orang bertuah dapat pemberian emas ni..kan kan kan. (sila angguk laju-laju-laju, sebab ini ayat penyedap hati).

Atas nasihat cik PU, aku akan buat senaman. Senaman aku senang je, JOGGING. Tapi aku nak buat rare sikit dari orang lain. Orang lain suka jogging kat taman kan. Ada tu yang suka jogging kat trek kan. Aku nak jogging atas katil..boleh kan? Senaman jugak tu, tempat aku jogging je lain.

Hik hik hik



Minggu pertama di kelantan

Hari ni dah masuk seminggu orang-orang di kelantan muak tengok muka aku. Tinggal lagi 2 minggu diorang semua kena tahan. Pada siapa-siapa yang tak tahu-tahu lagi, aku telah dihantar ke husm kubang kerian atas alasan perlu mencari calon pakwe. Eh silap silap, bukan. Untuk mencari ilmu dan kemahiran yang ada. 
(cik PU,sila jangan marah saya,saya tershashul.hik hik hik).

Setelah seminggu berlalu,aku sudah pandai shopping sakan di wakaf che Yeh, pergi bersiar-siar di pantai irama, melihat-pakwe-pakwe handsome dan membuat gram staining..yeay! (padahal ni la benda paling basic dalam mikrobiologi..sowi bos..saya dah lupa.).
Aku tahu..korang-korang pun ada yang tak tahu gram staining tu apa kan? kan? kan? 
Jom kita belajar sama-sama. Mula-mula buka mata besar-besar sambil lihat procedure kat bawah ni:

 
setelah tamat semua-semua kerja susah tadi,
inilah hasilnya bila kita tengok bawah microscope :

ni maknanya ada 2 mixed organism dalam sampel pesakit tu.
Yang warna biru bulat-bulat biru tu Staphylococcus aureus (Gram positive cocci) 
 Yang panjang-panjang merah tu Escherichia coli (Gram negative bacilli)

selain itu...
aku sudah pandai buat streaking....yuhuuuu..kagum tak? kagum kan kan kan


dannnnnn...
setelah beberapa jam incubate......inilah hasilnya :


ok, buat masa ni, tu je kepandaian yang aku ada dalam bab makmal bakteriologi ni. 
lain-lain ilmu, aku belajar minggu depan..
aku nak sambung belajar bab orang-orang dewasa dengan cikgu Hafiza Hassan pulak.
rasanya bab ni lagi seronok kot..keh keh keh

dan komen-komen yang lain bersambung di facebook Syud Nafis :)

ok, tu je..lain kali aku update lagi..

yabedabedu..windu cik PU (T_T)

Afrika Selatan ke kelantan?

fenomena dalam facebook :
sebagai tempat hebahan

ataupun ini,
sebagai tempat mengelist semua aktiviti :)


kalau aku, tengah sibuk-sibuk nak pergi kelantan...
korang pulak macam mana?

wasiat aku :
~tolong jaga blog aku selama 3 minggu.
~kalau ada anasir jahat nak buat onar, sila halau cepat-cepat.
~kalau ada apa-apa yang urgent, sila tinggalkan mesej.
~kalau nak ngorat, dah tak boleh.. keh keh keh
~8/6/2010 ni besday aku.. :)

setelah selesai temuduga

Temuduga yang ditakut-takutkan beberapa hari sebelum ni dah tamat dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Yang dikatakan cemerlang adalah kerana dipanggil masuk bilik temuduga secara beramai-ramai. Yang dikatakan gemilang adalah kerana kami boleh jawab soalan pentemuduga secara berjemaah. Dan yang dikatakan terbilangnya, tak semua orang boleh tahan gugup dan tidak bermuka cuak semasa temuduga.

Aku?
rasanya pentemuduga tu akan cakap : budak ni? hmmm..biasa-biasa je rate dia..
(kah kah kah. pandai-pandai aku je...)

entah-entah diorang cakap : budak ni? aiyooo..buat teruk!
(kalau macam ni, aduuuuuuuuuuuuuuuhlah...)

ataupun.. : woooo..budak ni dahsyat woo..memang pekerja cemerlang.
(ayat hiperbola giler-giler dah ni..keh keh keh)

apa-apa pun, syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang dah hadir temuduga tadi. walaupun kita-kita semua gugup dan bermuka cuak, tapi temuduga tu berjaya habis juga akhirnya. takde yang fengsan ataupun lemas.lepas ni, kita bolehlah balik rumah tidur lena.

padahal semalam pun aku tidur lena.

hari-hari pun tidur lena jugak.

tak pernahnya tak lena.

ha ha ha ha ha ha


(ni ada sedikit sedutan dan paparan untuk tontonan bersama sekitar sebelum masuk bilik temuduga ) :

muka mereka cuak habis


aku dan baju batik :)

template baru

Hari ini kamu-kamu semua ada nampak apa-apa benda yang lain tak? Benda yang lebih simple tapi tetap melambangkan keunggulan coklethitam. kalau tak nampak, sila cuba buat senaman mata. Jirus air banyak-banyak kat mata tu. Mungkin lama dah mata tu tak kena terapi hebat macam tu. keh keh keh

Ok. kepada yang masih tak nampak-nampak tu, mari sini aku nak bagi jawapan bocor. Sila buka mata besar-besar. Yang bermata empat tu, sila pakai cermin mata sekarang. Aku malas nak ulang-ulang. Hari ni aku tukar template baru. Eh, silap. bukan hari ni, tapi semalam. Ye..semalam aku tukar baju untuk coklethitam. kesian dia. Asik-asik pakai baju yang sama je tiap-tiap hari. Mesti dia dah boring. Aku rasa template ni agak stailo la jugak sebab simple dan ringan. Tu pandangan aku, pandangan orang lain aku tak tahu.lantakkan.

nak tengok template baru tu? nilah dia...


apa yang dok mengintai-ngintai tu..tak nampak ke?
apsal tak tengok yang kamu bukak coklethitam sekarang ni je..haiyooo.
ha ha ha ha ha

Tapi, disebabkan beberapa faktor, aku tak tahu macamana nak sesuaikan diri dengan template baru ni. Ni bukan sebab aku tak tahu ek. Aku cuma tak cukup masa je nak explore benda-benda ni. (alasan semata-mata. padahal memang aku tak tahu pun. kah kah kah). Sapa boleh tolong aku..? tolonglah..tolonglah..tolonglah..

1) Macamana aku nak betulkan tarikh post kat tepi ni? Apsal dia keluar perkataan undefined pulak ni? Haiyooo..ni yang nak mengamuk ni..grrrrrrrr. aku dah try tanya kat mamat zaimi ni, tapi sampai sekarang dia tak reply-reply lagi. Aku harap dia dah bangun tidur dan baca mesej aku tu. huhuhuhu.

(sila lihat benda yang kena bulat merah tu)

2) benda ni pun sama..buat aku fening fefala. Kenapa dia nak ambik ruang kiri lebih, padahal ruang kanan tu banyak lagi..tamak ruang betullah benda ni..hohohoho..geram..geram..


Dan kepada pembaca, pembelog, pembida tegar ataupun budak-budak mata tebal blog aku yang teringin nak komen apa-apa pasal entry tu, silalah klik kat benda yang aku bulat kat bawah ni. benda ni ada kat setiap entry :)
Setiap cadangan/komen/pendapat/luahan/kaunseling anda semua amatlah berharga buat diri ini.


pada sapa-sapa yang boleh tolong aku tu, dia kira tersangat terer lah kan..
nanti aku belanja tiket free pergi Malaysia....amacam?


temuduga

Minggu lepas aku baru saja terima surat cinta dari majikan aku. Dia ajak keluar dating. Eh silap. bukan. Dorang paksa aku pergi temuduga. Tajuk besar dia tulis "Temuduga Pengesahan Dalam Jawatan Di Peringkat Pusat Tanggungjawab". Hmmm..setakat hari yang aku terima surat cinta tu, aku tak buat apa-apa anjakan paradigma pun lagi. (ayat dah nak sama macam dalam surat khabar dah ni). Masa mula-mula dapat hari tu, semangatlah jugak. Kunun-kunun rajin pergi Mr google dan carik artikel pasal APEX la konon. Pasal isu-isu semasa la kunun. Baca dua tiga kerat patah perkataan, terus lingkup. Bukak tab baru, baca benda lain. Status mukabuku rumah jugak yang ditengoknya.haisssh!

Semalam semalam aku ada jugak menelepon kawan sama belajar dulu. Syud nama dia, single lagi. Sekarang dia kerja kat husm. Dengar cerita, dia pun dapat surat cinta yang sama macam aku. Cuma bezanya yang taip surat tu mungkin orang yang lain. Dia kata temuduga yang dia pergi ahad tu sempoi habis. Aku tak pernah dengar pulak, temuduga ada yang sempoi ada yang ranggi. Ni pertama kali dalam hidup. Dia kata lagi, nasib baik dia tak baca pasal APEX-APEX tu. sepatah haram jadah pun dia tak tanya. Soalan-soalan bocor yang aku dapat dari syud :

soalan 1 : kamu ada masalah tak kat tempat kamu bekerja?
Jawapan : tak ada. (jawab sepatah je. lepas tu, diam balik macam tikus)

Soalan 2 : kalau kamu diberi peluang, apa yang kamu nak dalam kerja/hidup?
Jawapan : banyak woo..pertama sekali, saya akan fikir pasal kahwin..(keh keh keh..gatal!)..lepas tu..saya nak sambung belajar, nak buat pjj kat usm..lepas tu..nak buat loan kerajaan buat beli rumah kot..lepas tu..hmmm..saya nak dinaikkan gaji dan kolar...lepas tu..saya nak....(tengah fikir apa lagi)..hmmm...

haissssh..apakenamatemuduga la macam tu. Kalau aku, aku pun nak. Adik aku yang kat Tingkatan 1 tu pun boleh jawab..hahaha! (cakap besar ek missdicup..kang kena yang susah-susah baru tahu!). hoho liau!


* Apa-apa pun, dua soalan yang kat atas tu dah betul dah. Jawapan-jawapan yang warna unggu tu je aku reka sendiri.

kah kah kah

Nak mati jawab depan pentemuduga macam tu?

20 tahun akan datang

taraaaaaaaaaaaa :



amacam?
still bergetah lagi kan? kan. kan. kan. (angguk saja tanpa fikir panjang) kan! kan! kan!
hahaha..lawak pun ada..dah tak macam aku yang sekarang.
tapi tahi lalat tu tetap maintain cun..tak berkurang..hahaha!

korang nak try..?
sila tekan sini..
cuba tengok muka korang pulak..hahahaha!
mesti dah tak bergetah macam aku..keh keh keh
pape pun..
kredit diberikan untuk puan pizet sebab dia dah bersusah payah tag entry ini kat aku..
so..aku tag kat 5 orang lagi yang aku suka :

_ _ _ _  _ _ _ _  _ _ _ _ _ _ _

hmmmm....
lagi sorang tu aku simpan tempat pada sapa-sapa yang tak kena tag, tapi terasa nak buat.
buatlah ye..aku tak marah pun :)