nak cepat kaya

sekarang ni macam macam orang buat bagi nak kaya cepat.
ada yang join mlm, melabur sana melabur sini.
aku pun blur blur ayam pasal benda benda ni.
kalau melabur kat tandas tu..aku tahulah! heh heh heh

yang terbaru :
kisah MLM dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.

haiiiiiish!
aku pun tak mahu cerita panjang panjang.
sebab aku bukan wartawan. korang sila baca SINI

nak dijadikan cerita,
kat tempat kerja aku ni pun agak ramai jugak yang join benda ni
nasib baik aku pun tak terjebak sama
(sebab diorang pun tak ingin ajak aku join..kui kui kui)
sebab dari belajar lagi aku tak berminat benda benda yang namanya MLM
kalau malam tu, aku suka la..zzzzzzz!

weh korang..
mana nak carik duit yang banyak banyak tu?
korang penat kerja berhempas pulas,berpeluh peluh,
sekarang macam sia sia je.
kan ke bagus kalau cari dengan cara halal ke.
simpan duit sikit sikit ke. buat bisnes halal ke.
betullah kata pepatah : sikit sikit lama lama jadi bukit!


pedoman bersama:
apabila kita meletakkan yang tidak sepatutnya sebagai no. satu dalam hidup kita, maka yang punya hak no. SATU itu amat terasa sekali..kita lupa bahawa yg sebenar-benar SATU itu ada kuasa dan Dialah yang berhak menjadi no. SATU yang sebenar-benarnya SATU..


tak gitu..?



kalender aku penuh

kebelakangan ni banyak benda yang terjadi kat aku
macam macam aktiviti aku buat
sibuk dah mengalahkan perdana menteri
weekend pun dah macam hari bekerja
cuma kerja tu tak dapat gaji je
kalau boleh claim, mesti lama dah aku kaya. keh keh keh

dalam kepala hotak aku ni dah serabut serabai
urat urat semua berlumba lumba nak karang cerita
dah tak tertahan tahan nak keluarkan idea
dah macam apa je rasanya...gian!
cuma masa sangat sangatlah mencemburui aku
tak sempat sempat lagi nak menaip. nak mengupdate blog.

antara yang dah ada dalam kepala hotak :

1) aktiviti memanah anak teruna orang hari sabtu hari tu

2) melawat kawan kawan cik Pu kat zoo taiping semalam.
aku dapat tengok kambing gurun dan babi hutan...yeay!
(gambar aku yang cantik cantik ada kat cik Pu lagi..dia blum bagi).

3) yang kena paw RM150 dengan cina pompuan pakai keta kancil putih..
haiiiissh! baru nak lancarkan kempen berjimat cermat..alih alih kena paw pulak!

4) kena hantar pergi usm pulau esok. ada kursus la pulak. dua hari berturut turut.

5) jumaat sabtu ahad ni nak pergi esq 165 kat kulim. walaupun wilayah dah haramkan.

6) minggu depan balik kampung..yabedabedu..aku cuti seminggu.
"balik kampung..ho ho ho balik kampung..."

7) sabtu berikutnya family ayah plan nak buat gathering dan bakar bakar ayam
kat negeri sembilan. semua dari singapura pakat turun.
(aku dalam perancangan. tak tahu lagi boleh pergi ke tidak).

8) minggu seterusnya dah puasa..
aiyook! dah tak boleh makan masa siang siang.

takpe..nanti aku balik kursus esok esok, aku publish entry secara bundle.

boleh?     ngeh ngeh ngeh



Kejadian dalam bas

Benda ni jadi masa aku pergi gombak semalam semalam
Tak habis mereka gelakkan aku dalam bas,
Mereka sambung di wall facebook aku..
Nak kena rebus sorang sorang ni..haisssh!

Cerita dia bermula macam ni
Masa balik dari gombak ke penang semalam semalam,
Kitorang berhenti makan malam kat rnr rawang.
Bila semua dah habis makan, kitorang naik bas semula.
Atas bas tu, aku teringat sesuatu.
Tak nak bagi lupa benda tu, aku bagitahulah Gendut.
Bahawasanya sebelum pergi gombak tadi
Aku park kereta kat tol bertam.
Gendut sarankan aku bagitahu pemandu bas.
Lalu dengan sopan santun ala ala gadis melayu
Aku meluru ke depan bahagian pemandu bas tu
dengan lurus bendul macam pembarisnya,
aku terus tanya pemandu bas tersebut
“nak benti kt tol bertam blh x?”

Tiba tiba….
Aku terdengar gelak kuat dari salah seorang staff lelaki (nama dirahsiakan)
“Lambat lagilah nak sampai tol bertam.
Ni baru kat kl. Ada empat lima jam lagi nak sampai. pergi tidur dulu”.
Terus satu bas dengar dan gelakkan aku kaw kaw punya

Aku yang tadi sopan santun ala ala gadis melayu
Automatik hilang tatasusila kesopanannya
terus jadi blur blur ala ayam
pergi kat tempat duduk aku semula
berjalan sambil tundukkan muka 55 darjah ke bawah
dan bila sampai tempat duduk terus aku selibung dengan telekung
Menahan malu punya pasal….haisssh!

Aku pusing kiri tengok Gendut
Ingatkan nak mintak simpati
Rupa rupanya dia pun tumpang gelak sekaki
Dia gelak lagi kuat mengalahkan semua orang.
Ceh..padahal dia yang sarankan tadi.
Apa punya kawan da...haisssh!



nota kaki:
Salah ke weh? Salah ke kalau aku tanya awal awal?



perginya dia..

semalam staff nurse kat tempat kerja aku meninggal dunia.
accident motor dengan bas katanya
kat simpang tepi nak masuk hospital kepala batas
accident ni masa orang sibuk sibuk nak pergi kerja.

tengahari masa solat jenazah tu aku tak plan pun nak pergi masjid
sebab aku ada urusan lain, nak pergi bank.
lagi pulak title aku pompuan sedang dalam bulan bintang mengambang.
tapi, dah alang alang aku nak pergi maybank,
jalan pun satu arah je, aku pelawa la diorang sekali
diorang pun naik kereta dan kami terus pergi masjid.
lepas solat zohor dan jenazah semua bagai, kami berkumpul kat luar masjid.
tengok orang atur aturkan orang dalam van jenazah.
pelawa punya pelawa, bincang punya bincang,
aku, gendut dan wawa sebulat suara nak pergi gombak.

petang semalam kiranya aku sempat jugak pergi gombak
ziarah keluarga dan tempat perkuburan arwah
kami bergerak dari pulau pinang dalam pukul 2.30 petang.
naik bas yang disediakan oleh majikan kami
sampai gombak pukul 8.00 malam.
sedang sedang elok solat maghrib bagi mereka yang belum selesaikan.
setelah melihat arwah di madrasah di gombak, kami pergi ke kubur.
belum sempat mendengar talkin habis dibacakan, kami dipanggil pulang.
bas sudah mahu gerak. kami terpaksa akur.
kami tiba di rumah masing masing pada pukul 4.00 pagi tadi.

daripada pagi semalam sampailah pagi tadi..
aku memang tak cam arwah yang mana satu,
dari gambar email yang diberi,
dari melihat raut wajah keluarga aku masih tak dapat bayangkan
pertanyaan dari kawan kawan juga tidak dapat membantu
aku assume yang aku memang tak kenal arwah.

tiba tiba....
pagi tadi masa aku nak punch kad, aku terserempak dengan fadhillah.
fadhillah tanya cerita pasal pergi gombak semalam.
sambil kami borak borak, tanya itu dan ini,
aku tanya fadhillah. kalau kalau dia kenal arwah..
boleh tanya tanya hint yang mana satu
terkejut tak terhingga bila dia cakap aku pun mesti kenal.
dia kata arwah pernah satu bilik dengan kami
masa tu kami hadiri kem bina pasukan di bukit merah..
bayangkan tiga empat hari duduk dalam bilik yang sama..
mana mungkin aku tak kenal..........haisssh!

walau apa apa pun,
marilah kita sama sama sedekahkan surah Al-Fatihah buat arwah Norlailawati Mohd Adib.
semoga rohnya dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman.
amin..

bagi kita yang masih hidup,
marilah kita berbuat amal selagi boleh, kerana umur bukan penentu segalanya.
yang baik datangnya daripada Allah, dan yang buruknya daripada saya sendiri.
wallahualam.



hari ini dalam sejarah

sejarah 1
hari ni merupakan ulang tahun yang ke tiga blog aku
tahun depan boleh hantar masuk tadika dah.
dah boleh belajar ABC dengan 123 sikit sikit
sekarang tahap merangkak rangkak lagi.

ingatkan nak buat giveaway macam blog blog pompuan lain
tapi fikir fikir aku takde barang nak bagi
lagipun dah tak sempat kalau nak buat sempena tahun ketiga ni
(bukan aku kedekut tahu!)
takpe, benda ni lain kali boleh buat.


sejarah 2
hari ini juga
seorang staff nurse di tempat kerja aku meninggal dunia
Accident motor dengan bas.
cerita ni nanti aku cerita lain
sebab aku sempat pergi gombak semalam.


cuti

Apabila terasa terasing di tempat kerja,
Ada bos tapi macam tiada keadilan.
aku teringat zaman menjadi pelajar dulu.

Apabila terasa terasing di antara kawan kawan
Ada kawan tapi semua buat hal masing masing
Aku teringin kembali ke zaman belajar dulu.

Apabila terasa terasing dari mak ayah dan adik adik
Ada mereka tapi terpaksa berjauhan
Teringat boleh ulang alik tiap tiap minggu macam dulu.

Sekarang ni, inilah yang aku rasa.
Terasa kehilangan mereka
terasa terasing dan sunyi
jika beginilah ironinya,
aku memang perlukan cuti dengan kadar segera.
sebelum ia terus kronik merebak dijangkiti penyakit sunyi ni.

aku nak cuti!
aku nak cuti!
aku nak cuti!
babai!


jumaat yang mulia

hari ni hari jumaat weh.
dah la pagi tadi aku tak pergi tazkirah.
ingatkan takde, rupa rupanya ada.
ustaz ni pun satu. lupa pulak dia nak roger aku.haisssh!
(eh,tak boleh salahkan ustaz. hari ni hari jumaat)
nasib baik pagi tadi aku solat subuh.
kalau tak, kurang lagilah pahala jumaat aku.

jumaat ni selalu aku kaitkan dengan benda baik baik je.
benda tak baik buat hari lain jangan buat, tak baik.
dengan cik Pu pun aku dah pesan pagi tadi siap siap.
dia mula nak buat gatal je, aku terus bidas.
dengan alasan hari ni hari jumaat.
kan macam mulia hari jumaat kalau macam ni.

disebabkan hari ni hari jumaat,
kita tak bolehlah buat perangai macam setan.
kerja pun tak boleh nak mengular ngular macam selalu
(lagipun bos aku dah balik dari kelantan..kui kui kui)
nak update status facebook pun kena buat ayat baik baik.
nak buat entry baru, kena punctual tepat lepas pukul 12.10 tengahari baru boleh post.
barulah perangai tak macam setan.
eh, setan ada blog ke? ngeh ngeh ngeh

disebabkan hari ni hari jumaat yang mulia,
aku terasa nak ajak korang muhasabah diri.
cuba korang hitung.
selama kita hidup ni, berapa kali kita layan lagu batu (rock)?
dan berapa kali je kita berselawat?
mesti nisbah lagu batu : berselawat tak seimbangkan?
mesti lagu batu lagi tinggi.
aku tahulah..sebab aku pun sama

apa kata pada hari jumaat yang mulia ni,
kita bukak selawat banyak banyak sikit.
barulah hidup kita diberkati, dirahmati dan disayangi oleh Allah swt. tak gitu?
so, apa lagi. jom la try. aku dah mula dah.
korang bila lagi?


pesanan ringkas:
aku suka dengar selawat shifa' ni. kalau korang nak dengar / download terus, korang klik sini.
barulah hidup aman damai sejahtera. kan kan kan!



mesin gosok baju automatik

aku selalu tertanya tanya.
takde ke mesin yang boleh gosok baju secara automatik
takde siapa siapa ke pernah terfikir nak cipta mesin yang boleh gantikan iron yang ada skarang ni.
mana pergi orang orang yang mengaku diri dia bijak pandai
kenapa diorang taknak cipta mesin yang aku idam idamkan tu
haissssssh!

sebenarnya dah nak dekat sebulan aku pakai baju tak gosok pergi kerja
bukan sebab aku malas. bukan jugak sebab aku takde masa
ni semua sebab takde orang yang nak cipta -heh heh heh alasan aku!
semenjak sebulan dua bulan yang lalu aku memang tak pernah jumpa sabtu ahad
ada saja aktiviti yang nak menyibuk dalam kalender.
minggu lepas hari sabtu aku kerja, ahad pulak pergi konvensyen.
minggu lepas lepas lagi aku balik rawang, hantar emak pergi klia.
minggu lepas lepas lepas lagi aku dari kelantan baru sampai penang.
abis tu macam mana tu?

takde masa langsung nak gosok baju untuk seminggu.
gosok malam malam?
aku sibuk. sibuk bergayut. ngeh ngeh ngeh
nak suruh aku gosok pagi pagi sebelum pergi kerja tu?
memang tak lah jawapan dia kan.
jam loceng aku tak berfungsi kalau orang suruh kejut pagi pagi buta ni.

setakat ni, yang paling hebat pun, steam iron je.
yang lebih hebat daripada tu, memang tak jumpa lagi.
tak tahulah aku kalau aku yang duduk zaman tok kaduk, tak perasan.
tapi setakat hari ini, waktu ini, memang takde mesin yang boleh kalahkan steam iron.
korang tahu ke steam iron tu binatang apa weh?


lepas ni,
kalau siapa siapa rasa nak bukak kedai jual mesin gosok baju lagi hebat,
cepat cepat roger aku. aku nak beli sebarang dua
nak buat pakai kat rumah satu.
satu lagi aku nak kasi mak ayah kat rawang pakai.
nanti yang lebih lebih aku kasi promote.
ok. boleh?


profesion baru

semalam tiba tiba aku terasa macam nak tukar profesion.
tapi tak tahu profesion apa lagi sesuai dengan aku.
aku pun gatal gatalkan tangan mintak idea kat facebook.
idea orang lain?
bernas lagi idea aku, walaupun aku takde idea. hahaha!
yelah..kalau suruh aku jadi katak, lebih baik jangan.
kang buatnya melompat terlebih sikit kat jalan raya, terus kena langgar.
pendek sangat jangka hayat.
tak ke sia sia je hidup.
buat penat mak dengan ayah plan buat aku je. tapi takde hasil..
sorry. terlucah sikit. ngeh ngeh ngeh

idea lain? diorang suruh aku jadi kingkong..
eeeee..idea apa ni?
tak mau la..kingkong kan binatang berbulu bulu..geli geli..hissssh!
tapi kan..katak dengan kingkong tu sejenis profesion ke?
tu sendiri mahu tahu la..

pastu ada pulak yang terasa hati.
ingat aku dah jemu nak tengok muka dia kat sini..
haisssh budak ini..sensitip sungguh!
hati lemah lembut macam pompuan.
cuba jadi macam aku. hati nampak kering macam batu.
padahal dalam, main dangdut..hahaha!
eh, aku pun satu. suka suki aku je kutuk dia..
mintak mintak dia tak tahu..lalalala
korang jangan bagitahu dia tau. nanti dia merajuk lagi.
hari raya nanti aku mintak maaf. boleh kan?


pesanan penting :
ini bukan cerita cik Pu


kes merajuk

semalam Cik Pu merajuk dengan aku.
kitorang ada konflik rumahtangga percintaan.
bendanya remeh je, sebab cemburu.

Cik Pu punya merajuk bukan main ekstrem.
aku telepon sampai sembilan sepuluh kali
Cik Pu buat dek je. buat tak dengar. taknak angkat angkat.
aku hantar sms pun Cik Pu buat tak heran. buat tak reti.
aku tak naklah benda kecik jadi besar
Sebab aku rasa aku tak boleh kehilangan Cik Pu.

bila dah nak dekat empat lima sms aku hantar,
Cik Pu balas.
"kalau kamu dah tak suka saya, kamu cakaplah terus terang dengan saya."
perrrggh. buat aku cuak.
pujuk punya pujuk, tak sampai lima enam jam hati Cik Pu sejuk.
Alhamdulillah. kami baik macam biasa.
Cik Pu memang macam tu.
kalau merajuk, sekejap je. mana boleh lama lama.

Lepas lepas baik tu, Cik Pu kata Cik Pu nak berubah.
Cik Pu tak nak jadi seorang yang sangat cemburu dah.
kesian kat aku. haisssh!


pesanan penting :
cuba korang gantikan perkataan Cik Pu tadi jadi aku, yang perkataan aku tadi jadi Cik Pu.
amacam?
rasa macam nak pukul Cik Pu tak?
keh keh keh



Tank gas nitrogen leaking

dari keadaan sihat, terus jadi tak sihat.
dari keadaan tenang terus jadi kelam kabut
tengah hirup udara segar, tiba tiba komplain sesak nafas.
pastu kecoh kecoh panggil orang sana sini
pihak jabatan keselamatan dan kesihatan pekerja - JKKP
dan pihak kejuruteraan semua turun padang.
dari pangkat besar sampai pangkat kecik. semua peduli.

setelah disiasat siasat, bukan tank gas nitrogen yang bocor.
ni kes pemejalwapan gas nitrogen
asas pelajaran sains katanya.
apabila gas nitrogen berada di udara yang panas ia akan menghasilkan wap.
wap ni yang boleh buat kita pengsan.
memang bahaya.
tapi ia tak sebahaya keadaan apabila tank gas nitrogen leaking

inilah akibat apabila mengambil pekerja yang kurang ilmu
sila jangan tiru gaya ini, tak stylo langsung.
sekarang keadaan sudah tenang. semalam je yang kecoh kecoh.


Paul Octopus

mula mula dia ramal juara Piala Dunia 2010.














Aku tak kisah je..
tapi bila dah masuk bab german german ni, ni yang aku sensitip sikit ni. haisssh!















tapi kalau dengan Malaysia, aku tak kisah je..
sebab aku lebih sayangkan negara tumpahnya darahku kan..
(aku pun ada jiwa patriotik jugak!)















pastu dia pandai pandai je nak ramal Piala Malaysia pulak..
setahu aku, sotong kurita ni tinggal kat german. bila kala pulak dia sampai Malaysia?















lepas tu..
baru baru ni dia ramal ni pulak..


















aduhai...patutlah ramai nak buat sambal sotong dengan sotong celup tepung..
suka suka dia je.
jangan percaya weh..boleh khurafat!
ramal2 masa depan kan bukan kerja haiwan dan manusia..apadaa
Astaghfirullahallazim~


Baju Raya

dari bulan Februari 2010
Yes! aku ada 4 pasang kain ela..kiranya ada 4 pasang baju raya la tahun ni...yahooo..boleh bergaya sakan!


bila bulan Jun 2010
Apa? Semua kedai jahit dah tak nak ambik tempahan? aduhai.


dah sampai bulan Julai 2010
Nampaknya terpaksa jugalah aku cari baju raya yang dah siap jahit kat kedai.
macam tahun tahun lepas...
Kain kain tu rupa rupanya dah jadi pekasam kat dalam almari.
Aku terlupa nak hantar.


bulan September nanti
ntah ntah tak da baju raya langsung..haissssh!


habit buruk

kebelakangan ni aku rasa aku ada habitat buruk.
korang ada?

tengahari tadi aku makan dengan Emmanual, budak india kat office aku.
ni buat pertama kali.
terpaksa, sebab aku dah rasa exhauted gila.
rasa macam nak pitam dan nak pengsan. sawan pun.
masa tu dah dekat pukul 2.30ptg, memang patutlah kan.

masa makan, aku asingkan mana yang boleh makan dan mana yang tak boleh makan.
nasik habis semua aku telan.
manakala sayur sawi dan cili cili aku letak tepi.

nasib baik aku tak angkut semua sayur hijau dan cili cili kat pinggan Emmanual.
sebab selalu aku buat macam tu kat Cik Pu.
Eh, kadang kadang aku buat kat Gendut, Fiza Hassan, Syud Chan.
mak, ayah, adik adik...alaa ramai la pulak..haisssh!

dan lagi..
nasib baik tak kais ayam ke sotong ke udang ke kat pinggan Emmanual.
kalau tak, aku yang malu...hahahaha


Konvensyen Kepimpinan Islam

Memartabatkan kalimah Allah
Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas, Pulau Pinang
11 Julai 2010 Ahad
8.00 pagi - 6.30 petang

Ramai orang.
Seronok.
Dapat sedikit kesedaran.
Dan termenangis...