surat untuk seseorang

Salam sejahtera,

Aku harap orang yang sepatutnya terima surat ni sihat disamping insan insan yang tersayang. Pertama sekali, aku nak mintak maaf banyak banyak andai selama kita berkawan, aku ada buat banyak salah dan silap. Andai segala percakapan, perbuatan dan semua tingkah laku aku membuatkan kau teguris hati, aku betul betul mintak maaf.

Mungkin dalam pada kita berkawan, ada masa dan perkara yang boleh buat kita salah faham. Begitu juga dalam situasi kita sekarang. Tak semua benda dan kemahuan kita, orang lain boleh turutkan. Mungkin orang lain juga mempunyai pendapat/pandangan/perasaannya sendiri, yang kita sendiri tidak tahu. Malahan kita juga kadang kadang tak pernah nak beri peluang untuk mereka jelaskan. Perbincangan atau musyawarah secara terperinci juga apatah lagi. Last last kita terus buat spekulasi sendiri dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain.

Dalam hal ni, aku taknak salahkan sesiapa. Aku rasa kita semua bersalah. Masing masing ada ego sendiri. Masing masing ada kemahuan dan kehendak sendiri. Kau nak yang itu, dan aku nak yang ini. Kesalahan aku mungkin kerana membuat keputusan terburu-buru dalam keadaan berserabut. Dan kesalahan kau mungkin kau nak orang lain ikut apa kehendak kau, tapi orang lain tak boleh nak ikut. Sebenarnya masalahnya kecik saja. Yang menjadi besar apabila dibesar besarkan dan disebut sebut di laman sosial. Pada masa itu, ada hati hati lain yang telah terluka. Tapi mungkin kau tak sedar.

Kenapa tak kau sendiri pergi tanya pada orang yang berkenaan untuk kau selesaikan terus masalah tersebut..? Takkanlah benda sekecik kecik kuman macam ni terus nak hilang kawan..? Apalah gunanya kenangan dan perkara perkara sebelum sebelum ni..? mana dah kau lempar dan kau campakkan?  takkanlah kerana benda kecik macam ni, terus kau nak hilang segala galanya..?

Apa apa pun, terpulanglah..aku malas dah nak fikir benda benda kecik ni. Buat sakit kepala. Aku tak kisah dan aku berserah pada Allah. Kalau boleh, aku taknak benda macam ni berpanjangan. Aku tak nak kehilangan orang yang aku anggap kawan...Tolonglah...


yang ikhlas,



"kadang orang terasa sebab kita buat palat, tapi kita tak tau yang kita buat itu adalah kes palat" -weed and bandages

merdeka!



selamat bercuti dan selamat menyambut hari merdeka ke 53!
merdeka merdeka jugak..puasa jangan lupa!

sepasang sandle bertuah

Hari : Jumaat yang lalu (cuti).
Misi : Menjalankan research ke atas kasut kasut yang ada.
Tempat : TIGA shopping complex.
Peserta : Kami yang gagah : Aku, Si Teah dan Si Sharon.

shopping mall pertama - Jusco Bandar Perda
- masuk semua kedai kasut yang ada. lebih kurang 7-9 kedai.
- screening semua kasut yang wujud..berjuta juta rasanya.
- naik juling mata dibuatnya..rambang mata pun.
- kebanyakan kasut/sandle yang ada direka khas untuk perempuan perempuan sejati
- kami bukan perempuan tak sejati....tapi.....


Shopping mall ke 2 - Megamall Butterworth
- kat sini "agak" banyak pilihan.
- sana sini kedai orang jual jual kasut.
- banyak diskaun dan sale yang ditawarkan.
- kedai kasut pun lagi banyak yang dilawati..lebih kurang 10-11.
- lagi berjuta juta lemon kasut.
- ada yang tinggi macam zirafah.gemuk macam gajah.kurus macam cicak.
- tapi still ada yang tak menepati citarasi.
- time ni dah mengeluh ngeluh dah..separuh nyawa..almaklumlah puasa..hohoho


shopping mall ke 3 (terakhir) - Sunway carnival
- wow!
- cantik cantik!
- comfort pun comfort
- tapi...macam kasut makcik makcik...haisssh!


hmmm..puas ati!
takde word "tinggi" "tinggi" lebih bagus.
kang dibuatnya terseliuh sana, terseliuh sini..sapa nak tanggung?



Majlis Iftar (selepas)



amacam....berseri seri tak muka orang dapat makan free?


wardahwardrobe-1st-giveaway


ok..mula mula nak kipas kipas dulu..muehehe..kita cerita pasal latar belakang wardahwardrobe ni.
Blog ni jual pakaian wanita dan kadang kadang ada tudung jugak. Blaus-blaus kat sini comel cantik comel. Kalau kita jadi member dapat lagi potongan 5% diskaun kat setiap items. nak nak lagi nak dekat raya ni..hmm..shopping tak payah keluar duit minyak kereta kan. dah boleh jimat dah tu!

Dan bersempena bulan Ramadhan dan syawal yang bakal menjelang tak lama lagi, wardahwardrobe mengadakan giveaway buat pertama kalinya..rasanya rugi pulak kalau tak join..manalah tahu tumbuh taji kat kaki...yang macam ayam tu..ngeh ngeh ngeh.

Pastu..kalau ada pertandingan,mestilah ada hadiah kan..kan..kan..
Hadiahnya cantik comel cantik jugak..teringin nak ada satu.
Saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana
saya teringin memilikinya dalam almari dan memakainya 
memandangkan hari raya pun dah dekat...

takkan nak menang sorang je kan..sapa nak join marilah sama sama kita meriahkan suasana..
cik AJA dan encik apis
puan HANA dan ayam ayamnya (muehehe)
budak PADIL dan nas

kalian semua dijemput hadir..muehehe





List things to do:
1. Mesti mempunyai blog.
2. Buat satu entry mengenai WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan lengkapkan slogan saya nak menang blaus dari wardahwardrope kerana ........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).
3. Harus menjadi FOLLOWER wardahwardrobe. (sekiranya korang dah follow, sila nyatakan nama yang korang gunakan).
 4. Copy banner WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY dan sila letakkan pada ENTRY dan SIDEBANNER beserta LINK BACK.
5. MASUKKAN LINK WARDAHWARDROBE ke dalam bloglist korang.
6. Tag 3 ORANG KAWAN-KAWAN korang untuk turut sama join giveaway ini.
7. Sila tinggalkan komen di entry saya ni beserta link ke entry korang. Sila SERTAKAN EMEL supaya senang dihubungi..
http://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.infohttp://www.smileycodes.info

bonus raya Rm500

ehem..ehem..
nampaknya aku terpaksa kosongkan dompet sebelum 1 syawal ni.
ada barang baik nak masuk...Alhamdulillah..
kiranya minggu ni dah boleh tawaf kat mana mana shopping mall.
"tengok" "tengok" keperluan raya.
baju raya ke. kasut baru ke. handbeg besar baru ke.

konsultan rumahtangga

sejak sebulan dua kebelakangan ni,
aku macam dah dilantik jadi konsultan rumahtangga orang pulak.
aku ni macam orang yang dah kawin kawin ada anak anak.
sekejap orang telefon sana, sekejap orang telefon sini.
mengadu masalah itu, mengadu masalah ini.
dorang tak tahu ke yang aku ni pun merapu je lebih?
manalah aku tahu hal hal rumahtangga ni..kawin pun tak lagi..haiiish!

duit raya

setelah dikira kira budget pada tahun ni..
dimaklumkan bahawa....

duit raya bagi setiap sepupu sepapat adalah berjumlah rm1 sahaja.
muehehehe..almaklumlah..makin hari,makin bertambah bilangan sepupu.
tu belum masuk anak buah lagi..tak cukup tangan nak kira!
tu kira ok la jugak kan..aku tak kasi sorang 50sen.
tak pun..satu sampul kongsi dua tiga orang....ye tak?

Bisnes lepak lepak

aku ingat start minggu depan aku nak join bisnes lepak lepak ni.
modal pun tak banyak. dalam Rm100 macam tu dah boleh jalan.
lagipun modal boleh tolak tepi dulu, yang penting nak atau tak nak.
bisnes ni aku tengok macam lama je boleh bertahan.
iklan pun dah keluar kat tv.

Majlis Iftar (sebelum)

Esok majlis Iftar akan diadakan kat tempat kerja aku.
Majlis Iftar tu nama lain dia majlis berbuka puasa.
Ok. start hari ni, aku kena list out kan apa yang kena buat.

1. kena simpan perut kasi kosong. nanti kasi masuk kaw kaw punya!
2. kena carik handbag besar besar.
3. basuh semua tapaware mana yang agak agak boleh muat dalam handbag besar tu.
4. kena pakai cantik cantik time majlis tu..ada orang nak pandang.. keh keh keh (perasan!)
5. kena cuci mata..kasi tak rabun sangat nak skodeng mamat handsome.. muehehehe
6. kena berlatih lari lari anak..supaya skil rebut berebut dapat diasah.
7. kena duduk kat meja orang yang agak agak tak makan banyak.
8. hmmmm...aku tengah fikirkan lagi...




sudah jatuh cinta

Aku rasa aku dah jatuh cinta kali ke berapa pun aku tak tahu.
Sejak kebelakangan ni, aku mengalami simptom simptom pelik.
makan tak lalu, mandi tak basah, tidur termimpi mimpi.
kalau tak jumpa, asik asik terbayang bayang teringat ringat.
kalau tak jumpa sehari bagaikan tak jumpa setahun lamanya.
padahal baru tak jumpa sabtu dan ahad semalam semalam...haisssh!

kes buang bayi




aku tak tahu nak cakap apa.
sedih-pilu-susah hati-kecewa- dengan apa yang berlaku.
tapi...kalau nak dikira kira 9 bulan kebelakang, bulan berapa ya?
Bulan 11 atau bulan 12 kan?
Mungkin cuti sekolah adalah faktor utama.
Mungkin juga kerana ada banyak parti atau karnival yang dianjurkan pada bulan itu.
Atau mungkin juga kerana banyak masa terluang.
Dan mungkin lagi banyak kemungkinan yang boleh difikirkan.

Tolonglah sedar wahai umat Nabi Muhammad saw.
Anak itu amanah daripada Allah.
Nak sedap sedap buat, kemudian kamu buang dia dengan sewenang wenangnya.
Binatang pun tahu sayangkan anak!



Facebook dibekukan


Sekarang ni semua pekerja di sini bekerja dengan sangat rajin.
Tiada yang mengular ngular sewaktu bekerja.
Kalau ada pun, mungkin mereka yang bergelar begik (bukan aku).
kalau tak begik pun, mesti yang baloq liat.
Ini kejadian biasa selepas Facebook diblocked.

kami?
yang memang memegang gelaran pekerja berdedikasi...
mengekalkan momentum macam biasa.
biak biakkan bakteria dalam makmal bagi banyak.





(bos buat kerja sorang sorang..kami main ramai ramai...muahahaha)

(anak murid baru - Estro nama samaran dia)





*begik - degil yang amat amat amat amat degil.
*baloq liat - pemalas punya pemalas punya pemalas!

dilamar lelaki misteri II

setelah panggilan telefon yang aku terima semalam semalam,
yang daripada kak siti (bukan nama sebenar) tu. cerita semalam.
aku dah jadi fobia bila telefon berdering.
Nasib baik tempat kerja aku ni dia pakai Cisco IP Phone.
kiranya kita boleh tahulah sapa yang call-in dan call-out.
siapa siapa yang buat misscall pun boleh.
Sekarang ni, asal naik nombor yang pelik pelik je..aku dah ready.
betulkan anak tekak nak buat buat suara orang lain.
tak pun ready panggil officemate aku, suruh cakap aku MC..muehehe

bukan fobia kat panggilan telefon je.
malahan time nak keluar masuk pun sama.
tak kiralah kat mana mana pun.
tempat kerja - dalam kereta - rumah - kedai nak beli sayur
semua tempat aku mesti nak tengok kiri kanan.
tengok tengok kalau ada orang perhati perhati. permerhati jauh!
kalau kalau ada stalker yang ngintai ngintai aku.
gila! terasa macam Paris Hilton la pulak! keh keh keh
padahal..harta takde, rupa apa ntah lagi..huhu.

yelah..mana tak takutnya.
perbualan maut kak siti tu terngiang ngiang lagi kat telinga aku ni.
yang paling aku ingat, dia kata:
"fikir fikir kanlah dulu cadangan akak ni..mana tahu korang betul betul berjodoh"
"takpelah..kamu buatlah solat istikharah dulu. tengok mana tahu jadi."
"nanti nanti akak calling calling lagi."




oooooh. tidaaaaaaaaaaak!
dilema apakah ini? 

f-o-b-i-a   fobia!


dilamar lelaki misteri

korang pernah tak terfikir yang korang akan dilamar lelaki misteri?
lelaki misteri tu macam makhluk asing yang korang tak kenal langsung.
malahan tak tahu pun siapa. yang korang tahu hanyalah dia seorang lelaki.
pernah tak? pernah tak? pernah tak?
yang kaum lelaki tu, sila duduk diam diam ye.
tak payah sibuk sibuk nak jawab..lempang karang...gatai!

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

satu pagi yang damai...

kepala otak tak kacau, hati tak serabut, jiwa tengah relax relax.
aku tengah buat kerja dengan aman, nyaman dan damai.
eh..jap jap jap..macam tipu je kan.
aku tengah godek godek pakcik google handsome. carik sesuatu.


tiba tiba....

deringan telefon kat tempat aku berbunyi kuat.
ada seorang staff perempuan telefon nak cakap dengan aku.
ok kita namakan staff perempuan ni kak Siti (bukan nama sebenar).

dipendekkan cerita,
lepas lepas kak Siti ni interview aku macam macam,
siap tanya asal mana, adik beradik berapa orang, asal mana,
rumah kat mana, no telefon berapa,blaja kat mana dulu,
nak kahwin bila, available ke tak dan bla bla bla bla.
aku dah berdebar debar dah ni...aik apasal plak ni. lain macam je soalan.
dia kata ni soal hidup dan mati. aku dah cuak cuak ayam dah ni..
haiiiish!

pastu dia sambung lagi dengan soalan maut dia.
"kalau ada seseorang nak masuk meminang, kamu terima tak?"

errrkk...

aku tanya siapa siapa siapa...dia jawab :
"ada la orang ni..akak mintak maaf la, sebab tak boleh nak bagitahu siapa.
akak pun kena jaga nama dia jugak."

ok. mesej diterima.


aku : "kak, kenapa dia tak tanya saya sendiri? kenapa dia guna orang tengah?"

ngeh ngeh ngeh

kak siti : " yelah..kita guna adat macam orang orang dululah..risik risik dulu.."  

ooooh!


dan selepas panggilan telefon tu...
kepala otak aku tiba tiba kacau, hati aku serabut, jiwa jadi kelam kabut!
orang pertama yang aku bagitahu : cik pu!
terketak ketak dia sekejap.


zoo taiping


hari tu kan aku ada kata aku pergi zoo taiping kan.

pergi melawat kawan kawan cik pu kan.. ngeh ngeh ngeh
tapi sayangnya..gambar babi hutan tu dah terhilang pulak.
penat aku warning dia suruh simpan elok elok.
cik pu la ni...ntah simpan kat mana.....haiiisssh!


sila abaikan gambar di atas ni. cik pu saja nak sabotaj aku..haiiisssh!

pandai orang utan ni cari tempat berteduh :)







sekian........terima kasih!


Megahasz Giveaway #3/2010


Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di kak Aishah Megahasz 



nota kecik:
kenapa? tak percaya ke?

durian dan keretapi


hari tu kan aku ada balik rawang.
masa nak balik penang ke sini balik tu, aku naik keretapi.
aku saja pilih seat yang boleh tidur tidur. macam syok je.
senang sikit nak meniarap ke nak terbaring ke, orang tak nampak.

nak dijadikan cerita, time balik tu aku bawak durian naik keretapi.
kupas kupas durian, campak dalam bekas tapauware.
mak aku dah penat pesan dah. bagi warning pun dah.
kalau bawak durian ni berbau satu keretapi nanti.
tapi, aku kan degil sikit.bebal kata orang orang tua.
buat buat tak dengar pastu sengeh sengeh macam kerang.

masa aku packing packing durian dalam beg,
ayah aku pun sibuk sibuk nak kautim jugak
dia tolong bungkuskan bekas durian aku.
dia punya bungkus...macam nak balut nasik lemak!
siap ikat ikat dengan getah bagai..kemas gila.
dengan muncung mulut dia sedepa ke depan lagi..
ok..aku kan anak yang baik..aku biarkan je la..
hahaha..memang lawak! nak gelakkan, tapi tak sampai hati.

masa dalam keretapi tu. aku buat muka cool habis.
buat muka macam orang tak bersalah langsung.
padahal bau durian dah semerbak harum menusuk warga keretapi
aku buat cool lagi.
macam mana tak cool..aku kan dah masuk tidur..keh keh keh

bila sedar sedar dah nak sampai bukit mertajam.
lepas bukit mertajam, dah butterworth..sedang sedang elok, fikirku.
aku pun bersiap siap,pakai tudung jaket bagai.
masa aku tengah nak bersiap siap tu..aku terdengar perbualan aneh.
antara beberapa orang brader aku rasa.
"weh..bau apa nih? aku tak boleh nak tidur malam tadi.
asik terbau benda ni je..busuk s***.."


~lalalala~


aku ke yang bersalah?
aku terus cabut tudung dan jaket balik.
tarik selimut terus sambung tidur balik.
buat buat tak tahu apa yang berlaku.
nasib baik tak turun dengan brader brader tadi.
kalau tak......haisssh! 
habis aku

video kenangan terindah

Hari tu cik pu bagi aku video ni :



Pada suatu hari di sekolah, seorang murid bertanya pada gurunya.
Ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar :
“Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang kita sayang?
Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?"

Cikgu :
“Ok kamu ikut apa yang saya suruh. Kamu pergi ke padang.
Kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu.
Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walau sekali.
Dah petik rumput yang PALING cantik, bawa ke kelas."


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya.

Cikgu bertanya, "kenapa tiada rumput yang dipilih?"


Pelajar :
"Tadi masa saya berjalan, saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,
maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada diantara yang di belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik."

Cikgu :
“Ya itulah jawapannya.
Maknanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu.
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
Jangan kita menoleh kebelakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Semoga yang berlalu tidak berulang lagi.
Dan ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik.
Walaupun nak ikutkan banyak lagi cantik dan baik seperti rumput tadi…..

~sekian~




Nota kaki :
Sekarang korang dah tahu kan dari mana aku belajar berjiwang..
Muhehehe. (cik pu tak bersalah)

untuk permulaan


semalam kami start dah buat kerja.
bak kata bos besar..."hidupkan suasana kerja dalam makmal ni"
ok..kami yang menurut perintah.
baru aku sedar..rupa -rupanya aku bekerja dikelilingi lelaki.

haiiish..patutlah selalu kena buli!

(pinjam labcoat bos.aku punya tertinggal kat rumah.)


hari ini, bos besar kata..."kami kena pergi belajar streaking lagi"
sebab tak nampak single colony.

sebenarnya..
kami saja je taknak bakar wireloop tu.
kata..nak biak bakteria kan..haruslah!



nota untuk bos besar:

kehadapan bos..
saya tak kisah je kalau bos nak hantar pergi attachment lagi.
boleh claim lagi.. raya pun dah nak dekat ni.
ngeh ngeh ngeh!

gossip liar!

dua bulan yang lalu
seorang kawan aku (nama dia xxxxk-dirahsiakan,bukan nama sebenar) pernah ym aku
dia tanya :
wei dicup..betul ke hujung tahun ni kau nak kahwin?
satu xxxx dah tahu. sampai hati kau tak nak bagitahu aku.
aku jawab : HAH? sambil muka terkulat kulat

ok....aku buat tak heran je.
sebab dia memang suka melawak kasar dengan aku.

sebulan yang lalu
seorang staff kat tempat kerja aku tanya aku (nama dia aku pun tak tahu)
dengan muka confident dia...
staff tu : oooh..ni la yang kahwin hari tu kan..?
aku : hah? terus buntangkan mata.

nasib baik aku takde sakit jantung.
ok..aku biarkan je dan terus bersabar..
sampai hati dia kata aku yang cun melecun dan bergetah ni dah kahwin.
sob sob sob~

minggu lepas
member aku nama xxxi datang jenguk aku kat tempat kerja ni
xxxi : wei..sampai hati kau..betul ke..aku dengar kau nak bertunang akhir tahun ni?
member aku yang farmasi tu cakap.
aku : wei...bila kala ni..kalau aku nak buat apa apa jamuan nnti aku bagitahu la..

time ni aku dah heran heran dah.
gossip gossip..dahsyat nye! sapa yang buat ni?

semalam
satu satunya housemate aku, si Fateah.
balik kerja tu, dia tido dulu. lepas dia bangun tu, dia tanya :
akak..akak..wawa tanya..betul ke akak nak bertunang hujung tahun ni?
aku tanya mana dia tahu? wawa kata orang klinik yang bagitahu.


aiyoooo!
jatuh la saham kalau macam ni.
semua ingat aku dah kahwin. ingat aku dah nak bertunang.
lepas ni....apa pulak? gossip lepas bersalin ke? anak tiga ke?
haisssh!

masalahnya...............aku sendri pun tak tahu bila~

Bulan Ramadhan datang lagi

Esok dah kena puasa. malam ni dah boleh pergi teraweh.
agak agaknya..ada tak orang yang akan buat buat lupa puasa esok? 
pastu terus pergi ajak breakfast. takpun makan tengahari.
ada tak ek?   ngeh ngeh ngeh

rasanya..cepat je masa berlalu..
rasanya..macam baru je lagi raya tahun lepas
main main mercun dengan sepupu sepapat kat kampung
tahu tahu esok dah nak puasa.

nasib baik sejak kebelakangan ni aku tak makan banyak sangat
kunun kunun macam diet la ni.
kalau x, dah biasa makan banyak banyak banyak macam dulu..
habis la aku..haisssh!

aku tak sabar sebenarnya nak puasa.
nak sahur sama sama dengan teah.
dengan air liur basi meleleh leleh
nak buat kerja rajin rajin rajin
nak buat muka letih penat depan officemate dan bos : nanti boleh balik awal
tengahari tak payah balik makan
nak buka puasa dengan makanan yang lazat lazat banyak banyak
pastu nak pergi surau skodeng mamat handsome solat teraweh berjemaah
nak pakai telekung cantik cantik,
nak menghadap Yang Maha Pencipta kita semua.

bila dah masuk bulan puasa ni..
dia macam hari jumaat jugaklah.
kena buat benda benda yang baik je.
benda yang gatal gatal, jahat jahat, kena buat buat tak kenal.
sebab setan pun dah kena ikat kan.
kalau nak jugak buat jahat, nampak sangatlah diri sendiri yang setan. kan. hehe

Apa apa pun,
di sini aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.
selama aku menulis merepek merepek di blog ni.
ada yang terasa. ada yang tak suka. ada yang terkena. aku mintak maaf.
tak lupa jugak kat cik Pu khasnya,
sebab dia pernah jd bahan aku menulis blog ni. kes 1, kes 2, kes 3 keh keh keh
walaupun kadang kadang sebenarnya dia tak bersalah pun,
dan kadang kadang, dia tak tahu pun benda tu..haha!

haiiiish..dah macam raya la pulak!

ok..esok nak puasa kan..?
aku berhenti merepek sekarang.
adios!



tiba-tiba....(republish post)

semalam :

korang pernah rasa tak perasaan macam ni
orang yang korang percaya selama ni
orang yang korang sayang selama ni
macam menghianati kita..?
korang pernah rasa tak?
pedihkan?
apa perlu aku buat sekarang?

Ya Allah Ya Tuhanku..
kau tabahkanlah hati hambaMu yang hina lagi serba kekurangan ini.
Kau berilah pertunjuk dan hidayahMu kepadaku Ya Allah.
(TT)



hari ini :

ngeh ngeh ngeh
semalam aku saja nak buat gedik..
kenapa..?
tak boleh ke?

~lalalalalala~


seseorang

seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita.
yang pernah susah dan senang bersama satu ketika dulu.


tapi situasi sekarang bukan lagi seperti dulu.
aku ada dia, dan kau ada dia yang lain.
biarlah semua yang berlaku dulu hanya jadi kenangan
memori yang tak boleh nak ulang dan dipadam
biarkan ia hanya tersemat di sini.
tapi bukan ada dalam hati lagi.