9. Something you’re proud of in the past few days

 



Hmmm..dalam kes aku ni, "proud" yang dimaksudkan dalam tajuk kat atas tu bukan la bangga ataupun bangga gila babi ke apa..tapi perkataan tu lebih kepada apa yang aku tak pernah buat then tiba-tiba aku buat benda tu, terasa macam.......wow! 

Ehem..mesti korang tak faham kan apa perasaan tu..takpe..kalau korang nak cuba faham perasaan aku, korang suruhlah brader brader yang ada dslr ajak korang jadik model photoshoot..tak brader, kakak kakak pun boleh..mesti korang akan faham..wakakaka..ok tak kelakar.


Mula-mula tu memang la rasa takut gila..macam nak jadik gila jugak la rasanya..nasib baik ada budak teman..eh, budak ke? tak tak tak...Puan Hajar-to be. Kalau tak, memang meroyan nak balik dah aku time tu..mana taknya..ingatkan photoshoot bodo bodo je. Ko tangkap gambar aku, aku tangkap gambar ko..Dan dan sejembik manusia brader brader pegang kamera bapak besar besar..siap dengan payung lighting lighting? cuak la aku jawabnya!

*sejembik-berduyun duyun (kawan n9 aku yang ajar).



Kalau sapa-sapa nak bagi peluang ke 2 kat aku jadik model photoshoot lagi..rasanya aku boleh pertimbangkan. So, mana-mana agensi yang berminat nak pakai model ketul sana ketul sini macam aku, bolehlah contact my PA...hahahaha...


gedik ok!


SP Height Part 2

Rentetan daripada cerita SP Height. klik sini untuk baca

Kan hari tu aku ada cerita pasal rumah lelong yang "murah" gila babi macam nak mampus tu kan.

Hmmm..aku dah decide samada nak beli atau tak rumah tu.

Korang rasa aku beli tak rumah tu?

Kalau korang, korang beli tak?

haip.....jawablah dulu baru scroll mouse ke bawah!



Sebelum nak beli sesuatu rumah, kita mestilah selidik latar belakang satu satu rumah tersebut. Contohnya macam nak kenal seseorang la..selidik dulu latar belakang seseorang tu. macam tu jugaklah dengan rumah ni. Lagi lagi kalau korang nak beli rumah lelong...so, apa lagi? Jomlah kita selidik..hik hik hik

1) Pemandangan luar rumah


Ok...dari luar, rumah "agak" besar..boleh duduk 50 ahli keluarga. (50 ahli keluarga semut  :p)


2) Pemandangan kawasan depan rumah (belah kanan)


Bagus..Banyak tanah yang boleh diusahakan.. (macam nak jadi broker tanah la pulak..kui kui kui)


3) Jiran tetangga (sebelah rumah)


Hmm..sebelah rumah tu ada orang duduk. Tapi, yang menjadi maslahnya..andainya 100 penduduk kat situ, hanya 20 orang je kot yang menetap kat situ. Yang lain lain aku tak pasti diorang kat mana..dan daripada 20 orang tu, aku rasa hanya 1 orang je kot yang melayu..(dari perangkaan aku je la..hehe)

haisssh..camana nak buat kenduri kurban kalau macam ni? 


4) Pemandangan kawasan depan rumah (belah kiri)


Aiyoo..tiba tiba ternampak satu bengkel kereta yang tak bertauliah kat situ..buatnya kang hilang tayar kereta kang, tak pasal pasal je..takkan nak tuduh jiran yang buat pulak..x best la kan..huhu  (TT)


5) Keadaan dalam rumah



Ye..aku terus cancel!  Tadi nampak dari luar macam cantik je kan..sekali tengok..semua dah hilang..pintu ke mana, tingkap pun ntah ke mana..huahuahua..cancel cancel cancel. terus tak jadik beli! (TT)



Tu la..

Kadang kadang harga rumah lelong ni memang la murah gila babi, tapi kondisi dalam dan luarnya sangatlah tak memuaskan. Tapi tak semualah rumah lelong macam tu. Kalau kena pada tempat, keadaan dan masa, korang boleh dapat rumah lelong ni dengan harga murah, rumah besar pun besar dan sangat puas hati...tapi diulangi..kalau kena pada tempat, keadaan dan masa...dan tambah lagi..kalau murah rezeki jugak..


So, kalau korang, korang beli tak rumah ni?   kenapa ye?   >.<



Berhutang


Dah lama rasanya aku tak menconteng kat coklethitam ni.
Sambungan SP Height pun aku tak sempat nak buat lagi.
Ye ye je hari tu aku janji nak post entry pada hari esoknya.
Last last tak sempat. Sowi ye.
Aku dah buat silent readers tertunggu tunggu.
(ehem..silent readers? macamlah ramai sangat orang berminat nak baca..kihkihkih!)

Aku mintak sowi sangat sangat.
Lately aku sibuk sikit, nak uruskan anak-anak.
(Anak-anak tekak..kihkihkih!)
Aku sibuk kerja.
Kebelakangan ni ketagih aku terhadap kerja melampau lampau.
Excited nak pergi kerja membuak buak dahsyat (Ayat tipu).
Sabtu ahad pun kena datang lab.
Dan berita paling "best" skali...mungkin bulan 12 ni aku straight kerja nonstop tanpa cuti.
Campur sabtu ahad skali la ni.

Tapi, 4 dan 5 haribulan 12 ni aku wajib tak payah datang lab - kot?
tak kira, apa jadi, jadilah. aku nak cuti jugak.
Aku nak pergi Kelantan. Honeymoon.
Eh, tipu lagi. Pergi kenduri kawen Cik becoming Puan Hajar.



Yang pasal hutang entry sambungan SP Height tu,
aci tak kalau aku sambung nanti nanti?


SP Height

Hari ini aku "terpaksa" bangun awal pagi berbanding waktu cuti biasa.

Sebab kena kerja?  Bukan.

Pergi dating? Bukan.  Eh, dikira dating ke?   >.<

........................................................................................................................................................

Setelah berhempas pulas petang semalam merayau rayau di Sungai petani berjam jam, kami masih lagi gagal total mendapatkan koordinasi tempat yang bernama SP Height. Tanya berpuluh puluh orang jugak gagal. Semua orang tak tahu tempat letaknya kawasan yang bernama SP Height ini. Bukan calang calang orang aku tanya. Ada tu yang duduk sejak lahir kat sungai petani pun, diorang kata tak pernah dengar nama tempat SP Height. Apatah lagi aku yang baru dua tahun jagung duduk utara ni..lagilah blur....haisssh!


(Pakcik Google pun tak tahu. Orang tanya SP Height, dia jawab SP Plaza..haisssh!)

Dan apabila di satu masa setelah terasa usaha kami memang dah gagal total, bercampur penat giler (berlari dalam kereta), dan memandangkan waktu malam pun dah sampai masa, kami tekad pulang ke rumah dengan perasaan sedikit hampa. Tapi sebelum pulang, singgah makan di kedai adalah perkara wajib. (sebab aku masih dalam mood malas-malas nak masak lagi..hehe).

Sebelum makan tu, Cik Pu usulkan cadangan supaya kami singgah di Petronas Sungai Petani untuk menanyakan orang. Manalah tahu kalau kalau ada orang yang lebih mahir lagi handal bab jalan mencari SP Height ni. Aku menyokong angguk angguk geleng geleng tanda setuju. Kami bernasib baik kerana di stesen minyak Petronas tersebut terdapat seorang mamat yang sedang beratur di kaunter untuk membayar bilnya agak teror hal berkenaan. Setelah mendapat kata sepakat, kami (iaitu aku dan Cik Pu sahaja, tak termasuk mamat tadi) bersetuju untuk datang sekali lagi ke Sungai Petani pada keesokkan harinya tetapi ke arah yang berlainan, iaitu menghala ke Aman Jaya, seperti yang diusulkan oleh mamat tadi.

Dan pagi ini.

Aku terlambat bangun - tepat pukul 8.00 pagi baru terjaga. Jangan salahkan aku, salahkan jam randik pada handset yang Cik Pu pinjamkan kat aku. Handset dia meragam. Walhal kami janji akan pergi pada pukul 7.00 pagi. nasib baik pagi tadi muka Cik Pu cool je. Takde langsung riak marah atau tak puas hati kat aku. Oooh..lega!

Seperti yang dijanjikan, kami mula mencari koordinasi SP Height semula. Cari punya carik, jalan punya jalan. Masih tak jumpa. terpaksa juga berhenti tanya di stesen minyak Petronas yang berdekatan (bukan stesen minyak yang semalam). Mereka kata kami telah terlajak perahu boleh diundur. Kami teruskan pencarian dalam keadaan hujan rintik rintik air bergelombang dengan patah balik ke belakang. Dan akhirnya, kami sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju.


Apa yang aku carik?



Aku nak tengok keadaan rumah lelong ini.  "__"


Nak tahu aku akan beli rumah ni atau tak?

Sila tunggu entry esok  :P


8. Short term goals for this month and why


goal bulan ni..............



kena settle down kan semua dokumen bagi lengkap dan hantar secepat yang mungkin!


Sebab.....?



Benda ni dikategorikan sebagai penting.

Dan ia adalah langkah pertama untuk masa depan.  "__"





Takut nanti tamat tempoh penghantaran pulak..haissh.



maybe isnin ni boleh siap kot..


chaiyok chaiyok!



daging kurban



semalam kan aku ada cerita yang aku nak pergi "travel" kan.

Ye, aku dah pergi. Dan dah selamat sampai rumah dah pun.

Sebenarnya aku pergi rumah "seseorang".      "__"

Pengalaman semalam mungkin tak dapat dilupakan dan sebagai hadiah, aku dapat daging kurban.     "__"

Dengan harapan "seseorang" tu, kalau aku dah dapat daging tu, bolehlah aku masakkan untuk dia.




Tiba tiba...


petang ni aku dilanda sakit kepala & rasa tak sedap badan.

Mungkin faktor tengahari tadi aku tidur sejam je - sekejap sangat!

Dan lagi, mungkin lepas makan tengahari tadi aku terus tidur.   tak sempat nak hadam.   >.<

Ataupun mungkin sebab pagi tadi aku tak sempat makan, perut dah masuk angin.  Y.Y



Persoalannya...

Kalau aku tak masak daging kurban tu petang ni ok tak?

Boleh tak kalau aku bagi alasan sakit kepala?


banyak betul perkataan kalau -alasan.


*sengeh*


7. A picture of someone/something that has the biggest impact on you


ni gambar raya aidilfitri tahun ni.
tetiba je dalam gambar ni ada jalur jalur air mata....apakah?   "__"
nak tahu kenapa?

....


...


...






sebab terpaksa memberi daripada menerima..huahuahua      T_T

dan selepas itu?


...


....


...







 terus tergolek ketawa mengekek ngekek!  hahaha!    >.<





tak faham?




Aku pun tak faham.



Travel

Aku tengok kat luar macam nak hujan.

Lalu, dengan kesempatan yang ada aku berdoa.

Ya Allah..tolonglah hambaMu ini.

Sekejap lagi "mungkin" aku akan travel "agak" jauh.

Kau permudahkanlah perjalanan pergi dan perjalanan pulang.


Kawan kawan, doakan aku berjaya pergi dan berjaya balik dengan selamat ye.


Doa korang sangat sangat dialu-alukan.


Sebab?


Aku rabun time hujan.


hari ini hari raya?

hai semua..selamat hari raya!

Ada apa dengan hari ini?   uhuk.uhuk.uhuk.
Sedih jugak jadik anak perantauan ni ye...jauh dari kasih sayang family.
Orang lain semua balik beraya, kita kena dok bekerja.
Itulah berkorban namanya - cakap pada hati.

Pagi tadi macam malas je nak bangkit meninggalkan tilam, bantal dan selimut.
Tengok siling, tengok kiri kanan, memikirkan yang hari ni semua orang cuti.
Dan aku terpaksa bangkit dengan segera pergi mandi dan terus pergi kerja.
Nasib baik hari ni sukahati je nak pergi pukul berapa.
Kalau tak, mesti dah kena tanda "merah" "merah" "merah".."awak lambat!!" "you are fired!"-eh tetiba.
Sebab hari ni aku bangun lambat - pukul 9 lebih aku rasa.
Semalam tidur lambat, main game zombie..zombie..syiok woo~

Lepas mandi, terus bergegas pantas ke lab.
mesti segala jenis bakteria melonjak kegembiraan tengok aku datang.
Boleh makan kuih raya, ketupat rendang sama sama.
ketupat rendang - blood agar, kuih raya - mueller hinton dan lain lain agar..
lab ni dah ibarat rumah untuk diziarah.-    pshyco!

Buat buat kerja, then sorang pakcik datang. Ajak pergi makan.
Dia kata kedai semua tutup. KFC je bukak.
Ohh..patutkah aku raya bersama KFC?
Mana daging lembu, rendang ayam, ketupat?
Riuh rendah sanak saudara......dimanakah kamu?

Lepas makan dan solat bagai, kena masuk balik lab.
Sambung kerja kerja yang tak sempat buat pagi tadi.
Buat kerja, buat kerja dan buat kerja sampai siap..


Tiba-tiba..

satu bunyi sms.

"Diyana, jom pergi raya lepas asar ni...."


huh? Ada orang ajak raya? yahooooooo.

korban

Selamat Hari Hari Raya Qurban diucapkan kepada yang menyambutnya.


Lembu lembu yang akan dikorbankan pasti sedang kecut perut.


Selamat berkorban jugak kepada mereka mereka yang diperlukan untuk bekerja.


Jangan sampai terkorban air mata kerana terpaksa berkorban demi negara.


heh heh heh

























huaaarrrrrggghhhh!  sob sob sob


T_T



nota penting :  nordiyana ishak = missdicup perlu bekerja demi negara!

6. Favorite superhero and why


Oooohhh..aku sangat suka Megamind.  Aku dah tengok wayang 3D kat Gurney hari tu.

kenapa?

Walaupun pada asalnya dia jahat, last last dia jadi baik jugak..

Siapa kata orang jahat akan sentiasa jahat.

Dan siapa kata orang baik akan sentiasa baik...

Orang jahat jugak ada hati dan perasaan nak jadik baik.

dan orang baik tak semestinya boleh mengekalkan kebaikannya.

Oleh itu, kita yang terasa diri baik ni, jangan memandang hina kepada sesiapa sahaja.

haiiissh...apa yang aku merepek ni?

ok, sila tengok ni untuk keterangan lanjut :  http://www.megamind.com















comel tak super hero saya?

comel tak?

comel macam saya kan? 


hehehe

Bakul tingkat tingkat (Part 2)

Hmmm..korang ingat lagi tak cerita bakul tingkat tingkat yang aku pernah cerita satu masa dulu? (kalau tak ingat, ketik kat sini). Kan masa tu banyak sangat persoalan dan ke-tidak-puas-hati-an yang aku dan cik pu dapat. Antaranya :

1) tak boleh nak jawab harga walhal scanner ada kat tangan.
2) letak harga sebesar besar alam, tapi barang yang sebenarnya takde kat situ.
3) tulis harga sebenar barang kat tempat yang mengelirukan.
4) lambat sangat bantuan yang datang.
5) sampai kata kat aku tak boleh nak tolak barang yang kita tak nak sebab dah masuk bil.

banyak lagilah alasan yang diberi, pastu kami memang takleh nak terima dan terus blah dari kawasan pasaraya tersebut kan.
Dan..

Pada satu hari yang aman, damai dan hening yang lain, aku keluar dengan cik pu pergi Giant kat Sunway Carnival pulak. Hajat hati nak tengok bakul tingkat tingkat tu kalau kalau ada yang murah kat situ. Lalu kami terpandang suatu benda yang menakjubkan. Takut terkena kali ke 2, aku dan cik pu pergi cek betul betul. Bukak mata besar besar, baca dan mengeja satu satu dan validate sesama sendiri. sah - sah - sah!


Sangat memenuhi citarasa. Ada 5 tingkat, harga murah dan sangat berpuas hati.

Dengan rasa berbesar hati, kami pun beli bakul tingkat tingkat tersebut. hoyeah!


Maka...

Dengan ini, tutuplah segala kes yang tidak puas hati tempoh hari.


dan....

aku tak payah lagi dengar cik pu membebel bebel pasal bakut tingkat tingkat. hoyeah!



makanya, taik telinga pun dah berkurangan dan telinga menjadi bersih.



ngeh ngeh ngeh

Hampa dan kecewa

Tengok tajuk pun dah tahu aku nak cerita apa. Mesti benda benda yang menyedihkan dan mengecewakan hati dan perasaan. Sila feeling lebih sikit bila baca entry kali ini. Emosi dan perasaan anda sangatlah diperlukan untuk mendalami watak aku..hahaha!


Cerita dia bemula macam ni.

Dua tiga hari yang lepas kan aku ada cerita pasal semangat nak pergi kursus 5s tu kan. Kursus tu akan berlangsung pada minggu depan, hari selasa. Dan pada hari ini bersamaan dengan hari jumaat yang mulia ni, aku baru dapat tahu yang nama aku takde dalam senarai. Ooooh…apakah? Rasa kecewa sangat sangat. Dah berangan angan dan beriya iya nak pergi, last last tak jadik.


Encik Z : Dicup, nama kamu takde dalam kursus 5S tu..Saya dah bagi nama kamu dah hari tu kat Encik B.
Aku : hah? Takde?


Ok..jangan suka hati je nak marah marah dan tuduh tuduh orang. Tak baik. Lagi pulak hari ni kan hari Jumaat. Kita kena siasat dulu. Oleh kerana ketidakpuas-hatian aku terhadap benda ni tersangat sangatlah tinggi, aku tanya sorang sorang.


Aku : Salam..Encik B, kenapa nama saya takde dalam senarai kursus 5s tu?

Encik B : Eh, saya dah masukkan dah nama kamu dalam senarai tu. Saya dah bagi senarai tu kat kak I. Cuba kamu check balik dengan kak I tengok camana.


Ok..Encik B dah masukkan nama aku dalam senarai..maksudnya, mungkin ada salah faham di situ. Keadaan macam ni harus diperbetulkan cepat cepat. Mari kita teruskan.


Aku : Salam Kak I..ni D***** ni. Saya nak tanya, yang kursus 5s tu kenapa nama saya takde? Saya dah telefon Encik B dah. Dia dah luluskan. Tapi kenapa nama saya takde dalam senarai ?

Kak I : hah? Eh D*****, setahu akak Encik B hanya hantar lima orang wakil je dari lab. Kalau D***** tak percaya, akak ada email daripada dia. Dia siap cakap lagi “lima orang sahaja”. (kak I pun sebutkan nama lima orang tersebut satu persatu,takde nama aku). Ohh..sebelum ni pun Kak Y dah telefon akak, tanya benda yang sama. Dia pun tanya jugak kenapa nama dia takde walhal dia dah bagitahu Encik B. Nama nama yang akak dapat ni semua Encik B yang email.


………..........…perbualan selanjutnya biarlah aku rahsiakan.




So, guana ni?         Dah tak dapat pergi kursus 5s tu.  T_T


Aku dah cancel cuti raya haji next week semata mata nak attend kursus 5s tu. Nasib baiklah ada reason lain, kena stanby weekend. Kalau tak, tak semena mena ada jugak sorang gadis yang gila meroyan beraya kat Penang ni..haissh..geram betul!


Nak percaya siapa?



Lain kali, tolonglah jangan cakap putar belit!  sedih tau!   T_T


Satu sudut ke arah 5S

Bagi yang tak tahu, 5S ni kata ganda bagi seiko seiki syaiton..eh..silap..silap.. seiri, seiton, seiso, seiketsu dan shitsuke (nak lebih tahu baca sini). Konon kononnya aku nak wujudkan suasana 5S dalam lab ni. tapi, tak tahulah bila boleh siap..hehe.. yelah..barang banyak yang takde..mintak barang tu takde stock, mintak barang ni takde stock..mood yang super duper rajin pun boleh jadi malas kalau macam ni..haissh!   

Semalam aku baru beli barang sikit sikit..Pergi Kailan beli alas meja dengan pergi carik steaker bintik bintik (bulat bulat). See, majikan patut bersyukur dapat pekerja cemerlang gemilang dan terbilang macam aku ni. Beli barang pun pakai duit sendiri. (padahal nanti aku claim gak kat bos..ngeh ngeh ngeh).


Askar askar bekerja dengan semangat sekali..
walaupun 2 orang kat belakang cekak pinggang..(termasuk aku) hehehe!


ni pandangan dari sudut luar.


Malam tadi aku merengek rengek ajak cik pu pergi seberang jaya carik riben kat kedai A to Z (kedai jual barang barang wedding). Saja je ajak pergi kedai tu..sebab ada muslihat lain sebenarnya..haha! Dia dengan riang hatinya mestilah setuju je..nak datinglah katakan...apa yang tak setujunya....kan?    ngeh ngeh ngeh  :p


mencarik riben yang matching dengan alas meja tu. berpinau mata!

masa membayar duit sendiri.

kedai A to Z yang dimaksudkan.


 Dan............hasil setakat hari ini :


Perkembangan = penambahan riben.
Bahan untuk ditampal tampal statusnya tengah hantar pergi laminated.



Sebenarnya aku semangat 5S ni bukan sebab apa..sebab next week aku kena pergi kursus 5S..hehe..Oleh yang demikian, saja je nak wujudkan semangat tu lebih awal skit  dari orang lain. Baru ada banyak soklan nak tanya kat penceramah tu nanti..baru orang kata " wow..gah! gah! "..hahaha!   


Korang ada?