What a day?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, hari ini terasa hari yang sangat bahagia sekali. Apa yang boleh saya cakapkan lagi selain bersyukur kepada Allah?

What a day?

1) Hari ini sudah beberapa hari menjadi cik tunang kepada Cik Pu.
2) Yang kedua, baru pulang bercuti bersama keluarga di Bandung.
3) Dan hari ini diberi khabar berita gembira lagi.........



#8 Jun - Bezday aku. heh!




Aku bersyukur padaMu, Ya Allah.......




Kad tunang versi dalam perbincangan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Seperti yang dijanjikan, hari ini mari kita berbicara tentang kad jemputan tunang aku hari tu tapi dalam versi masa dia masih dalam perbincangan antara aku & cik Pu (Eh, macam baca berita..). Seperti kebanyakan orang tak tahu, aku ni kadang-kadang jenis cerewet jugak. Eh, rasanya macam bukan kadang-kadang, tapi selalu. Sampai Cik Pu pun dah tak larat nak layan kerenah cerewet & perfectionist aku ni...ngeh ngeh ngeh. Walaupun kadang-kadang tu, dia dah buat yang terbaik dah, tapi aku still nak komplen lagi. Kadang-kadang aku saja je nak uji tahap ketahanan kesabaran dia banyak mana. (-_-')

Bape banyak kadang-kadang da? 

At first dia bagi design kad tunang aku tu dah ok dah. Tapi tu design untuk diposkan ke Afiq sebagai bukti dia nak mintak cuti. ok, done! Aku terima tanpa satu bantahan pun. Bagi aku dah perfect dah.


depan

belakang


Aku ingatkan lepas tu dah takyah nak berkad-kad dah. Rupa-rupanya kena buat jugak. Si labmate aku kata dia pun nak pergi then kena bagi peta lokasi. Aku bab-bab melukis peta ni mana reti. Lukis peta atas bantal teror-lah!  kui kui kui. Then Cik Pu buatkan layout baru guna design yang sedia ada tu. Dia terus print then kasi kat aku. Nasiblah dia tak print banyak, kalau tak membazir je. Kad yang dia buat time ni banyak yang tak kena kat mata aku..ngeh ngeh ngeh..
(suka-suka kau je kata tak kena, padahal orang tu tengah demam time ni). Maafkan saya pak!

Aku komplen :
Kad tu edit yang :

1) Warna kasi terang sikit. Sebijik mcm yang sebelum ni...hehe
2) Nama Muhd Naem kat jemputan tu kasi betul2 eja la ye..kat depan tu xpe la.. :)
3) Yang kat pelan lokasi tu, word susur keluar Bukit Beruntung (U) tu, yang (U) tu kasi buang..tak payah (U).
4) Pelan lokasi tu - masjid bukit sentosa tu tempat dia kat sebelum simpang masuk kiri. So abg kena ke bawahkan sikit Masjid tu.
hehe..setakat ni, tu je..hehe...peace no war!

Then dia ubah, tapi x print. Just mintak kritikan pendapat aku kat email je. takut membazir lagi.


depan

belakang


Pastu aku still tak puas hati. Aku nampak ada minor-minor kesalahan yang tak dapat diterima..ngeh ngeh ngeh. Aku terus jadik Cikgu sekolah dan email lagi. Rasa bersalah pun ada sebenarnya. (-_-')


 depan

belakang

Time ni terasa diri ini sangatlah kejam. Tak silap aku Cik Pu macam merajuk kot? dengan aku time ni. Sebab banyak songeh sangat. Tapi dia still buat jugak macam yang aku mintak tu..huhuhu.. (T_T)

Dan setelah berpenat lelah, inilah final kad undangan kami :



 (Aku pernah tepek kat SINI)

 belakang

Atas sebab rasa sangat bersalah & terasa diri ini sikit lagik nak jadik macam jin amprit, aku pun mintak maaf..heehee! (Tahu pulak kau kejam tu apa!)

As salam...

Ok...dah..saya dah puas hati..takde sebarang komen lagi dah..
Saya mintak maaf sangat2 kalau saya menyusahkan abg.
Saya mengaku mmg saya cerewet. Saya just nak yang terbaik utk kita.
Saya just nak kad tu nampak cantik. dan kalau org tgk kad tu, saya nak org suka & mungkin akan boleh naikkan market bisnes abg. tu je.



Sowi sangat2...huhu T_T


heehee..maniskan ayat aku? lalalalala~ larik!




Pic Budak ensem & hajah

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ini adalah hari pertama aku bekerja semula. Bersemangat sungguh, itu pun setelah 8 hari (tidak termasuk sabtu & ahad) bercuti. Balik sini ramai pulak yang tanya, siapa tunang? Tunang orang mana? Haissh. Bukan aku taknak cakap atau terlalu berahsia. Kami ada jawapan & tujuan yang tersendiri untuk tindakan tu. Tujuannya biarlah Allah & kami saja yang tahu.

Sebenarnya banyak benda yang aku nak ceritakan kat sini. Tapi gambar & broadband tak mengizinkan. Gambar tak transfer dalam pendrive lagi. Broadband asik hang je. Rasa macam nak maki hamun pun ada. Padahal aku hanyalah pelanggan yang membayar RM48 je sebulan. Tapi aku dikira customer jugak kan? Dan kata orang, customer always right, ye dak? InsyaAllah, mungkin sehari-dua nanti aku cerita berversikan gambar & ayat, tu pun kalau aku sempat. Sabtu & ahad ni aku bizi pulak. Pergi ESQ kat UiTM Permatang Pauh rancangannya.

Pada sesiapa yang nak kenal Cik Pu yang selama ni aku rahsia-rahsiakan orangnya tu, hari ni korang tataplah sepuas-puasnya tanpa kelip mata. Kalau kelip mata dah jatuh hukum berdosa kan?  heehee! Peace!







Notakaki : Tittle kali ni aku letak atas dasar nak tunjukkan kat korang betapa kejamnya Cik Pu bagi email yang bertajukkan macam tu kat aku........cis, kuang ajaq!



Mana satu dulu?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hai hai hai..Rindu aku tak? Aku baru je sampai rumah -Rawang ni. Terasa rindu kat korang semua. Mari kita peluk cium. *tampar pipi sendiri*. Ok, kau jangan nak buat maksiat kat sini.

Next,

Terasa penat gila badan-badan sendi-sendi otot-otot. Setelah berhari-hari jalan tak hingat dunia. Rasa macam nak tercabut kaki-kaki yang ada. Penat bangun pagi buta tadi pun tak hilang lagi ni. Ok, aku tak tipu. Memang pagi-pagi buta tadi dah bangun. Pukul 3.30 pagi tadi dah bangun ye uolls. Sampai Airport Bandung pukul 4.10 pagi (waktu Indonesia). Yang lain-lain ahli keluarga aku sekarang ni tengah sibuk qadak tidur - membuta tak nampak dunia. Cuma mata aku sorang je yang takmau pejam-pejam. Aku pun tak tahu kenapa.

Dago Guest House, Bandung


Ok..
Mari kita lupakan kejap pasal trip pergi Bandung aku tu. Lain hari aku cerita satu-satu. Kita fokus dulu pada cerita Projek 14 Mac 2011 tu, boleh? Nak taknak korang kena angguk jugak - huahuahua...super giler kejam! (-_-'). Hmm..apa lagi yang aku tak cerita pasal Projek 14 Mac 2011 tu? Jom kita check.


1) MUA
2) Pakaian
3) Hantaran & Bunga tangan
4) Mini pelamin
5) Kad Jemputan versi perbincangan
6) Dan lain-lain.

Korang janganlah jemu baca entry-entry aku nanti ye..heehee! (-_-') Layankan aje!

Dan nak aku nyatakan kat sini, aku menulis semua-semua ni bukan atas dasar nak menunjuk-nunjuk / belagak ke apa. Aku menulis atas dasar nak berkongsi idea, nak buat koleksi kenangan sendiri dan jugak bukti untuk anak-anak & cucu-cicit akan datang (chewah!). Takde niat langsung nak ke arah belagak-belagak riak tu. Siapalah aku kalau nak berbangga-bangga, padahal aku hanya menumpang di bumi Allah, InsyaAllah.




Teaser Projek 14 Mac 2011

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua..

Alhamdulillah, settle semua Projek 14 Mac 2011 hari tu. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kpd semua ahli keluarga, kawan-kawan & sedara mara yang banyak membantu. Syukur Ya Allah, majlis berjalan dengan lancar & smooth sangat. Aku puas hati giler. Semua yang dirancang menjadi. terima kasih Ya Allah.

Aku mintak maaf, setakat ni tak boleh nak cerita panjang-panjang lagi. Just tester-tester je dulu. Lately agak bizi sikit. Jap lagi aku & family nak berangkat ke Bandung. Jalan-jalan cuci mata & duit. heehee (-_-') Balik nanti aku cerita detail. Tu pun lepas 6 hari nanti la ye.

Pape pun, korang layanlah gambo-gambo yang x semengah aku ni dulu. Buat hilangkan rindu..chewah! (-_-')

Menunggu kedatangan pihak lelaki


Sebahagian hantaran pihak perempuan - 7dulang


Mini pelamin menjadi kenyataan



Ok..nanti kita sambung lagi...papai semua!



Checklist persiapan bertunang (sticky entry)

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Kat sini aku tepek list untuk persiapan aku nak bertunang. Manalah tahu satu hari nanti berguna pada siapa-siapa yang nak bertunang ke kan. Adik aku ke, adik ipar to be ke..(hahaha!). Senang. Boleh carik dalam blog CH ni je..

List ni ikut keperluan masing-masinglah ye. Dalam list ni ada yang aku tak buat & ada yang aku buat. Semua tu atas dasar rundingan & nasihat mak ayah dan orang-orang sekeliling yang terdekat. Kalau korang nak ikut list ni, silakan. Kalau terkurang, korang bolehlah tambah mana yang patut.

1) Buku catatan

2) Aturcara Majlis (klik sini)
- Tarikh : 14 Mac 2011
- Hari : Isnin
- Bacaan Yassin : Lepas Zohor
- Acara Bertunang : Lepas Asar
- Tempat : Rumah aku (Bukit Beruntung)
- Theme : Krim, Grey, Kuning, Pink  (klik sini)

3) Persiapan diri
- MUA (full payment, Sabtu-12Mac)
- Baju : Dress + Inner (P), Kemeja, Seluar jeans (L)
- Tudung
- Anak tudung
- Keronsang & jarum peniti
- Kasut
- Stokin
- Bunga lekap
- Bunga tangan

4) Hantaran (7 dulang)
- Sirih junjung (tunggu sirih)
- Bunga rampai (racik daun pandan)
- Buah-buahan (beli buah)
- Coklet (jumpa Ainun kat Giant Shah Alam, Sabtu,12 Mac)
- Cupcake (Gendut bawak)
- Dadih (buat dadih)
- Kek Sarawak (hiasan)

* Dulang hantaran
* Alas dulang hantaran
* Bakul / bekas
* Polisterin
* Hiasan : Bunga / Daun / Riben / Renda / Tape hijau / Dawai

5) Jamuan makan
- Menu Makanan
- Menu minuman
- Khemah, Meja, kerusi, pinggan mangkuk & alatan memasak


6) Petugas
- Wakil pihak perempuan : Mejar (B) Zainal
- Bacaan doa
- Masak : Kawan-kawan Puan Emak
- Acara bacaan yassin : Qariah

7) Mini pelamin
- Bantal duduk
- Pasu bunga
- Kain background
- Carpet

8) Homestay (Call En. Azmi balik)

9) Jemputan
- kad jemputan
- Jumlah jemputan
- Senarai tetamu
10) Transportation (pihak Cik Pu)

11) Photographer

12) Door Gift (klik sini)


(Actual date publish this entry : 23 February 2011, 10.42am)

D90

Assalamualaikum & hai semua...

Just nak bagitahu...semalam aku ikut ada orang tu pergi rembat D90 kat kedai.

Fuhh..putih mata gue!



Apa punya hobilah..perabih duit beribu-riban..
Nasib baik boleh buat job..kalau x, dah lama aku bakar satu satu..haish!





Lepas ni bolehlah aku rembat D60 dia..



keh keh keh


kan Cik Pu kan? kan? kan?
*angguk dalam keadaan terpaksa



Berita gumbira

Assalamualaikum & Hai semua..

First,

Status hanging Afiq & kek Sarawaknya dah tak jadik hanging. Dia dah balik lagi awal dari sangkaan. Isnin hari tu dah sampai umah Rawang. Ciss. Aku dah agak dah. Dia ni mesti nak buat unsur-unsur seram & suspen kat aku. Tak jadik balik kunun. Cis cis cis. Tengok-tengok dia yang sampai umah dulu. Awalnya mengalahkan aku yang nak bertunang pulak. Nasib baik tak balik dengan tangan kosong - Ikan terubuk masin sekotak & sebeban kek Sarawak. Fuh! lega...

So, kek Sarawak berstatus tetap -masuk list hantaran.


(bukan gambar sebenar)

Second,

Semalam semalam aku call Puan Emak lagi - nak tanya perkembangan & penguncupan majlis 14 Mac 2011 ni. Puan Emak kata MAYBE sedara mara aku dari pelusuk Malaysia akan datang majlis tu. Wan (Nenek) & Aki (Datuk) aku, maklong, anak-anak & cucu-cucu maklong, makngah & family (makngah tu mestilah ada..Puan Emak..keh keh keh), Mak usu. Pakteh dan orang-orang kampung.. (-_-') Lebih ramai lebih meriah. Lebih ramai lebih berpeluhlah aku nampaknya. I kan pemalu orangnya...kui kui kui (_I_) buntut.

Third,

Puan Emak dah jemput semua ahli-ahli baca Yassin. Tangkas cepat dan laju betul Puan Emak ni buat kerja. Baru hari tu tanya nak ke tak, tahu-tahu aku telepon dia kata dah jemput. Buat kerja mengalahkan PA berbayar. Dan lagi, Puan Emak sarankan kat aku pagi Ahad nanti pergi Pasar Borong Selayang. Boleh carik lauk-lauk, buah-buahan, mana tahu kalau-kalau ada fresh flower. Aku jadik excited & semangat pulak. Benda murah kan, siapa tak suka?

Last But Not Least,

Sekarang ni selera makan aku dah bertambah. Maknanya selera makan aku dah pulang ke pangkuan aku. Mentekedarah dah macam dulu. bukan makan ala-ala merasa je. Alhamdulillah. Tapi aku belum timbang berat lagi. Mintak-mintaklah bertambah hendaknya. Takmaulah orang sekeliling tengok aku dalam keadaan kesian lagi. Aku tak suka. (T_T). Dan aku jugak nak kelihatan gebu masa hari Projek 14 Mac 2011 tu. Aauuww!

(gebu macam kek)



Mari cuci mata

Assalamualaikum & Selamat menyambut Hari Wanita semua..

Sempena hari wanita ni, aku nak release-release tension dengan berjalan-jalan & cuci mata tengok-tengok rumah orang yang nak kena lelong. Tak dapat takpe, lain kali kita cuba lagi. Lagipun cuci mata ni kan aroma terapi kepada minda (eh?). Manalah tahu satu hari nanti kita dapat beli satu kan (berangan Mat jenin la aku..kui kui kui). Dan yang penting...cuci mata tak dikenakan bayaran..It's free bebeh!  (-_-')



RM 180k


RM 539k


RM 1100k...ada berani?



p/s : Ehem ehem..entry ni dikarang tujuan sebenarnya adalah nak mintak hadiah Hari wanita kat Cik Pu.
So, sempena hari bahagia bulan bahagia ni Cik Pu, apa lagi..hadiah? hadiah? (saya nak yang bawah skali tu..kih kih kih)


Perkembangan setakat ni

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Hari ni tinggal sembilan hari lagi ke Projek 14 Mac 2011. Cuak weh cuak! Hantaran yang betul-betul siap baru satu yakni gubahan hantaran dadih. Ok baca betul-betul, baru SATU ok. Tu pun tak siap sepenuhnya lagi. Dadih tak masak lagi. heehee..Takkan nak masak awal-awal kan. Kang basi kang lain pulak ceritanya. Lain-lain hantaran ada macam-macam status. Ada yang kena KIV dulu, ada yang hanging mode, ada yang tak nampak bayang lagi dan ada yang masih di kedai - maknanya aku tak pergi beli lagi la..heehee-

Hantaran dadih tu pun siap sebab ada kakak - student master kat tempat kerja aku ni tolong buatkan. Nama kakak yang baih hati nak tolong tu kak Asmida. Mula-mula tu aku bagi-tak-bagi jugaklah kat dia nak gubah. Yelah dah dia kata dia pun pandai-tak-pandai sangat nak mengubah, aku ingatkan memang dia tak pandai betul-lah. Nasib baik aku bagi jugak bakul letak dadih tu kat dia. Konon-konon nak bagi test drive gubah dulu la. Dia siap boleh suruh aku bukak balik gubahan dia kalau aku rasa tak cantik. Kau ingat aku ni kejam sangat ke kak?  (-.-') Lepas siap satu tu, aku sangat-sangat-sangat berpuas hati. Gila punya cantik. Seribu kali cantik kot daripada yang aku buat sebelum ni. Then aku bagi lagi satu bakul buah & bunga rampai - heehee!

Ok, 3 hantaran almost done!

Tengahari tadi time aku tengah kalut-kalut nak pergi kenduri, adik lelaki aku telepon. Ye, Afiq yang ada kat Sarawak tu telepon. Dia tanya aku nak kek lapis warna apa. Gila punya happy aku. Mana taknya. Kan aku ada masalah nak isi tempat kosong bagi 1 lagi hantaran yang tak tahu nak bagi apa tu. So, bolehlah letak kek Sarawak kat situ. Aku request warna kuning + pink + biru..Amik sajalah Labu..Dah orang nak belikan. Rezeki jangan ditolak-kan? Tapi last-last Puan Emak cakap dia ntah balik ntah tidak ke Semenanjung..haissh budak ini! (-.-') Time-time macam ni takyah la ko nak wat surprise mengeprise ko tu. Aku cuak tahu? cuak! (-.-')

Ok, kek Sarawak statusnya hanging.

Baru kejap tadi Puan Emak call. Eh silap. Aku call Puan Emak. :p Dia mintak pendapat aku samada nak jemput qariah bacaan yassin ke tak. Tapi dia dah berat kepada nak jemput sebenarnya. Heh, dah ada keputusan lagi mau tanya aku. (-.-') Aku lagilah tak kisah. Asalkan dia bahagia, aku ok je. Lagipun benda baik kan, takkan nak larang. Lagipun memang dalam kepala hotak aku dah terfikir-fikir idea nak jemput orang baca yassin tu, cuma aku lupa nak utarakan kat Puan Emak je. Last-last Puan Emak yang tanya..Syukur Alhamdulillah Ya Allah, nasib baik ada Puan Emak tolong ingatkan. (Berapa kali lagipun daaa..?)

Dan lagi, Puan Emak suggest kat aku supaya dibina jugak mini pelamin. Aiyak! Puan Emak macam terlebih excited nampaknya daripada aku. Mula-mula tu aku ingat taknak buat mini pelamin. Just letak bantal yang selalu orang buat bantal nikah tu je, then masa disarungkan cincin aku duduk atas tu. Done! Takyah nak pening-pening kepala hotak nak pk pasal deko-deko bagai. Alih-alih Puan Emak kata biar dia yang uruskan pasal mini pelamin tu. Dia akan beli fresh flower kaler kuning & akan try deko. Bagus betul kalau ada Puan Emak yang agak up-to-date ni. Aku rasa aku pulak yang macam makcik-makcik (-.-'). Pape pun kita tengok jelah nanti ye.



Terima kasih Puan Emak atas segala pengorbananmu. muah muah muah! 

Syukur Ya Allah, Kau permudahkan segala urusanku..Alhamdulillah.



Status :
Sirih junjung - tunggu sirih (Ahad-13 Mac)
Bunga rampai - tunggu Kak Asmida (Isnin-7 Mac) & racik daun pandan (Isnin-14Mac)
Dadih - buat dadih (Isnin-14 Mac)
Buah - tunggu Kak Asmida (Isnin-7 Mac) & beli buah (Sabtu-12Mac)
Coklet - jumpa Ainun kt Giant Shah Alam (Sabtu-12 Mac)
Cupcake - Gendut bawak (Ahad-13 Mac)

MUA - amik barang & full payment (Sabtu-12Mac)
Homestay - call En. Azmi balik (Ahad-6 Mac)
Kasut - basuh (Ahad-6 Mac)



p/s : Korang..doakan semoga majlis aku berjalan dengan lancar eh!


Jemput datang

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...

Lagi 11 hari je lagi nak sampai ke Projek 14 Mac 2011 aku. Wow wow wow! Perasaan? Cuak ada. Suka ada. Takut pun ada. Semua ada. Cuak & takut tu bukan sebab apa. Takut nanti ramai sangat orang tengok aku akan disarungkan cincin & takut kalau time tu orang nampak aku kalut & gelabah. Takmau takmau! (Ego ni aku belajar daripada Cik Pu..hahaha!). Suka pulak sebab nanti dah jadik tunang Cik Pu & ada dua cincin..heehee! peace!

Oleh yang demikian, kami (yakni aku & Cik Pu) dengan ini mewakili mak & ayah aku nak jemput korang-korang semua menghadiri Majlis Ikatan Kasih Pertunangan kami yang akan diadakan kat umah aku. Jemputlah datang semua ye kawan-kawan & sedara-mara. Bawak sekali anak-anak yang ada kat umah tu. Semoga dengan kedatangan kalian dapat memeriahkan majlis kami.




Datang nanti jangan lupa pakai baju kaler pink hokey!





p/s : Ada kejadian disebalik nak hasilkan kad ni..nanti aku cerita lain ye..


Pergi klinik lagi

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni aku pergi klinik lagi amik darah. Kali ni bukan nak buat full medical check-up macam hari tu. Result full medical check-up tu aku dah settle review kawkaw dengan Dokter dah minggu lepas. (aku review dengan Dokter tu..keh keh keh). Result dia semuanya ok ok saja. Takdelah yang kronik-kronik. Cuma aku punya Cholesterol ada tinggi sikit. Tu kes biasa-biasa bagi orang kurus macam aku ni. Kalau LDL naik, tu yang jadik kes luar biasa tu. Tapi, alhamdulillah aku punya normal.

Result full medical check-up aku ok ok. Semua ok - LFT (Liver Function Test) ok. RFT (Renal Function Test) ok. Buat FBS (Fasting Blood Sugar) pun ok. Takde yang tinggi-tinggi mahupun yang rendah-rendah. Malahan check Thyroid Function Test pun ok - normal. Tapi berat still turun tanpa segan silu tak hingat dunia jugak. Dokter pun dah takde idea nak buat apa dengan aku. Ni kes rare berlaku kat Malaysia kot?

Lepas tu, Dokter tanya samada aku stress ke tak? Boleh aku jawab "Stress tu apa Dokter?". Kuhang hasam punya budak. Nak taknak Dokter tu terpaksa jugak la melayan aku. "Stress tu...(tarik nafas)...tak lalu makan, hilang minat kat benda yang selalu kita buat...". "Hilang minat tu macam mana?". "Yelah..hilang minat..Contohnya macam...(tarik nafas lagi)...kamu suka tengok tv, tapi lately dah tak suka. Ada tak macam tu?". "Hah? Takde pun. Ok je."  - Apa punya budaklah! Belajar bukan main tinggi (tinggi ke?). Boleh review result sama-sama dengan Dokter lagi. Stress pun ko tak tahu..Ya ampun! Stress Dokter tu melayan aku..heehee..peace!

Dah settle soal siasat Dokter kat aku, dia pun request untuk aku datang klinik amik darah lagi (yakni pada hari ni). Dia suggest aku buat Tumour maker & FBP (Full Bood Picture). Dia siap cakap lagi - "Saya rasa negative ni, tapi kita try la screening je". Aku sengeh jelah. Aku tak kisah pun Dokter nak amik darah ke hapa. Yang penting kita ikhtiar tengok. Tapi harap-harap takde pape-lah kan. InsyaAllah.

Yang penting sekarang ni, aku gumbira. Berat aku dah naik sekilo dari minggu lepas. Hip hip hooray! Walaupun naik sekilo je pun aku tetap bersyukur. Atleast takdelah nampak kurus sangat time nak bertunang nanti kan. heehee. So, jadiklah 44.3kg. Yang pasti bukan berat taik ke berat infiniti ke hapa ek. Sebelum timbang tu aku dah melabur kat Amanah Saham dulu dah..hahaha!



Doorgift?

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ni mari kita bercerita pasal doorgift untuk majlis tunang nanti. :-') Buat pengetahuan semua, atas sebab-sebab tertentu, masa majlis bertunang nanti, takde doorgift akan disediakan. heehee. Jangan sedih ye kawan-kawan & makcik-makcik Joyah semua.


Mula-mula tu memang aku berniat nak bagi . Dah siap servey-servey kat mana nak beli bekas letak coklet, kat mana nak beli coklet murah - nak buat homemade coklet dengan Gendut. Tapi bila semua idea aku bentang kat mak ayah aku, diorang reject habis-habisan. (-.-') Penat jugaklah aku nak men-defend (rasa macam nak defend beli alatan kat majikan pulak). Tapi akhirnya gagal total jugak. Mungkin sebab tak cukup kroni - aku defend sorang-sorang kot, tu yang kalah tu.  T_T

Lagipun orang tua kita kan. Lebih baik kita ikutkan saja. Mungkin ada perkara baik yang kita tak nampak disebalik apa yang dorang cuba nak sampaikan. Diorang lagi berpengalaman dari kita yang orang muda ni. So, ikutkan sajalah labu...Kalau nak diikutkan mula-mula dulu pun, aku memang nak buat secara kecik-kecikan (kecikan?) je. Just merisik je, so tak payah la beria-ria sangat. Bersederhana saja sudah. Save pun save..tu yang paling penting...heehee!

Oleh kerana aku tak bagi doorgift nanti, korang janganlah tak datang pulak ye. Silalah makan dengan sangat-sangat kenyang. Makan kasi tambah-tambah, tak payah malu-malu kucing. Bab makanan, InsyaAllah ada & sangat mencukupi.




Kita jamu mata sajalah. Atleast, lepas 1 tanggungjawab...doorgift...heehee!