Laporan Akhir Bulan

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua...

Untuk sekian kalinya aku sempat jugak mencuri waktu-waktu terluang untuk menaip sesuatu di CH (Coklet Hitam). Kebelakangan ni hidup terasa tak cukup tanah nak berlari dan sangat bercelaru. Bayangkanlah, sejak dari balik cuti bertunang-Bandung tempoh hari sampailah ke saat aku menaip ni, aku kerja non-stop sabtu ahad. Takde cuti rehat langsung. Oh ya. Kalau ada pun hari tu, sehari. tu pun amik off sebab sangat-sangat darurat dalam paksaan kena pergi maxis center settlekan masalah broadband yang tak baik-baik lagi sampai sekarang. Then balik dari maxis center tu terus berkejar-kejar nak siapkan order craft pulak. Oh dunia!

Sebenarnya banyak benda yang nak diceritakan. Banyak hal yang berlaku yang terjadi melibatkan aku, dan aku rasa patut dikongsi di sini. Tapi tuntutan masa membatasi. Yang pasal trip pergi Bandung hari tu pun tak cerita lagi, apatah yang lain-lain. Hubungan aku dan Cik Pu pun kadang-kadang macam ombak tepi pantai. Masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. kalau nak jumpa pun, hanya jumpa untuk perkara-perkara yang penting-penting sahaja. Kalau agak-agak tak penting kami discuss dalam hp. Kalau penting sekali pun belum tentu dapat jumpa, kadang-kadang email / ym jadi mediumnya.

Minggu lepas aku ada tidur di Alor Star - untuk pertama kalinya. Semalam ada jugak keluar, tu pun sebab kitorang dah schedule-kan nak carik 1 hantaran setiap bulan. Sekarang ni pun keadaan dia x berapa nak ok sangat. Mc dah 2 hari. Kaki sakit, bengkak. Staff Rehab kata takut kaki dia retak je..Ya Allah, tolonglah hambaMu ini. permudahkanlah segala urusan kami, jauhkanlah daripada segala anasir tak baik Ya Allah.

Cerita pasal kaki. Puan Emak pun tengah sakit kaki. kedua-dua lutut bengkak. Aku jadik tak keruan. Ingat nak balik jugak hujung bulan Mei ni, nak amik cuti seminggu. Harap semua kerja dapat diselesaikan sebelum hujung bulan tu. Lagipun dalam masa-masa terdekat tu, aku kena amik rest yang cukup. Persiapan untuk berorientasi di USM pulau nanti. Ye, cakap pasal PJJ, Timbalan Pengarah kami yang baru dah luluskan kami ber-pjj di USM. Atas alasan untuk memajukan diri dan menimba ilmu pengetahuan. Bagus betul. Tak sampai pun sehari dah bagi kelulusan. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Hmmm...apa hal lagi ek?

Oh ya. Kemungkinan dalam bulan mei ni ramai pulak yang nak kawin. Antaranya Fiza & gendut. Kedua-duanya tarikh yang berlainan dan agak jauh. Tak bolehlah aku nak main aci redah cuti 2 minggu kan. kang orang ingat aku pulak yang nak kawin. So, aku berkemungkinan kena pilih antara dua. Baca betul-betul ye kawan-kawan. "Berkemungkinan". So, tak konfem lagilah maknanya. Aku tak bincang betul-betul dengan family aku lagi, so takleh decide sekarang. Semuanya bergantung pada keputusan mereka, masa aku bercuti, dan tak lupa juga ongkosnya. So, kita tunggu & lihat sajalah nanti. Kalau ada rezeki lebih, kita cerita lain.

Last but not least, hari ni jugak aku dah keluarkan sejumlah wang yang pada aku agak besar pada saat ini. (orang-orang biasa macam aku ni dah rasa besar dah, padahal orang lain anggap ciput je..kui kui kui). Aku ingat nak buat modal hari tua. So, aku laburkan sedikit ke dalam Pelaburan Emas & Saham Bank Rakyat. Aku buat untuk kedua-duanya sekali. Biarpun sekarang ni agak susah sikit, tapi takpe. Asalkan nanti tua-tua ada back up, InsyaAllah. Oh ya, pada yang tak tahu. Hari ni hari last untuk membuka akaun pelaburan Emas Public bank se-minimum 10 gram. Hari lain dah jadi seperi biasa, permulaan 20 gram. Dan hari ini harga emas naik lagi dari semalam sebanyak RM4 se-gram tak silap aku. Ntah, aku pun tak berapa pandai sangat bab-bab ni. Untuk kepastian, korang cek kat http://www.barakahemas999.com/. Tak pun pergi sendiri Public Bank dan tanya.

Rasanya dah takde pape dah kot. Tu je laporan yang aku nak sampaikan.

Sekian, terima kasih.


hehe!


Penjelasan ikhlas

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Sebelum apa-apa, aku nak mintak maaf banyak-banyak if korang rasa aku macam bizi lately. First, of course aku bizi sebab kerja. Specimen yang hari tu melambak-lambak lagi, tak habis-habis. Sampai satu tahap aku pun dah muak tengok benda-benda tu semua. Cuma kalau tak buat semua tu, aku takut tak dapat siapkan report & presentation je. Cakap pasal report & presentation-presentation ni kadang-kadang aku rasa aku ni dah macam student plak. Macam tengah siapkan FYP. Padahal kerja kuli bodo-bodo je, gaji pun ciput-ciput ayam..huahuahua!

Yang kedua, kenapa aku sibuk adalah kerana baru nak buat satu bisnes ni. Bisneslah sangat! Hahaha! Nanti kalau korang free-free, mai lah datang blog aku yang lagi satu tu. http://missdicupshoppe.blogspot.com/ Aku ada masukkan beberapa items paper bag, doorgift box, latest order craft daripada customer dan macam-macam lagilah. Untuk kepuasan, korang tengoklah sendiri. Kalau kat facebook pulak, cer carik kat search nama Missdicupshoppe. Pastu tekanlah butang add friend, For sure aku add balik..hehe! Tapi kalau lambat sikit, jangan marah norh..laptop aku la ni ada masalah. Dah memang nak kena masuk workshop, tapi aku yang tak hantar-hantar lagi...hoho!

Sebab yang ketiga, aku tengah bizi dengan penghasilan cik dadu-cik dadu yang dah di-order untuk sekian lamanya. rasanya ada yang order dari sebelum aku tunang hari tu. Biasalah kan, tunang pun bizi jugak. So, masa tu aku terpaksa berhenti kejap bagi memberi laluan kat kerja-kerja pertunangan aku tu. Abis tu, nak suruh sape pulak yang buatkan? ye tak?

Buat masa sekarang ni, aku rasa ni baru bizi ala-ala ciput. Lepas ni aku rasa lagi super giler bizi. Pjj punya cerita pulak. La ni aku tak buat apa-apa persediaan pun lagi. Bila nanti dah masuk bulan 5, 6 nanti lagi bizi kot. Outstationlah katakan..(ceh, padahal nak pergi USM kat pulau tu je pun..keh keh keh!)

Aku rasa sampai kat sini jelah penjelasan aku. kalau ada lagi sebab lain yang aku tak tulis, nanti aku tambah kemudian. Lepas ni aku harap ada yang tak kecik hati ke apa ye kalau-kalau terasa aku macam bizi ke apa. Cik Pu, saya betul-betul mintak maaf. Lately saya tak berapa nak layan sangat kamu. Bukan sebab saya ada boipren baru tau! hehe...


Spread lots of love!


Mini pelamin DIY - Part 2

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua..

Seperti yang dijanjikan, sekali lagi aku buat entry khas untuk orang-orang yang berjasa mendirikan mini pelamin DIY tempoh hari. Untuk sekian kalinya, aku dengan rasa rendah hati nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada kalian, yakni kawan-kawan yang sudi berhempas pulas menjayakan dan merealisasikan majlis pertunangan kami. Korang memang terbaik. Aku sayang korang!

Ok, first.

Setelah asas-asas mini pelamin dah siap, tibalah giliran kawan-kawan menunjukkan bakat terpendam untuk mengubah gubahan bunga hidup. Kawan-kawan yang aku sebut-sebutkan dan maksudkan daripada tadi adalah Sharon, Niena dan Gendut. Daripada proses pergi membeli bunga, membuang duri dari tangkai, menghias bunga dan segala proses berkaitan bunga-bunga hidup tersebut adalah hasil kerja mereka.


Walaupun pada awalnya kitorang macam blur-blur nak gubah, tapi atas buah fikiran masing-masing kitorang berjaya jugak akhirnya. Tulah yang dikatakan tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Eh, silap. Tulah yang dikatakan usaha tangga kejayaan. Syabas Inspektor shahab!





Aku sememangnya sangat bertuah kerana mempunyai kawan-kawan yang sangat membantu dalam susah dan senang. Dorang sanggup berjaga malam, tak makan dan tak minum semata-mata nak siapkan gubahan ni. Sangat terharu ok. Mana nak cari?

Keterujaan dorang menengok bunga sedang kembang semangkuk

Setelah siap dan puas hati terhadap segala hasil kerja, gubahan bunga tersebut haruslah diletakkan di tempat yang selamat. Selamat di sini bermaksud jauh daripada gangguan kanak-kanak dan tempat tersebut haruslah tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas. Harus letak dimana ya?

Gotcha! Bilik emak ayah jadi mangsa…hehehe

Pada keesokkan harinya, gubahan-gubahan bunga hidup tersebut dipindahkan dari bilik emak ke mini pelamin. Adik aku yang keras-keras otot tu telah mengambil alih tugas seterusnya. Dia buat ‘ropol-ropol’ kat bawah gubahan tersebut supaya aluminium foil kat span tu tak nampak. Then dia kemaskan background mini pelamin tersebut. Thanks Afiq!

Adik aku bukan lelaki jenis lembut-lembut ok.
Dia lelaki berotot-otot!

Setelah siap semuanya, Gendut taburkan lebihan bunga hidup yang tak digunakan semalam.

Gigihkan dia buat kerja..Macam tulah jugak Sharon & Niena.

Oh ya. Nak dijadikan cerita, masa kitorang beli bunga hidup tu, makcik tu tengah mamai-mamai bangun tidur. Sebab malam sebelum tu dia tak cukup tidur siapkan gubahan wedding orang. Then dia kasi harga gila-gila offer. Padahal sebelum ni dia tolak sebandle bunga rose dalam RM 25-28, aku dapat just berapa belas RM je kalau tak silap. Pastu mana bunga-bunga yang lebih-lebih wedding semalam tu dia kasi for free. Dah la banyak gila. Syukur alhamdulillah Ya Allah. Nilah yang dikatakan rezeki. So semua harga bunga hidup tu tak sampai pun RM100. Kalau tak silap aku dalam RM60-70 je. Tu pun termasuk span basah 5 ketul which is seketul RM2.


Setelah siap segala mini pelamin yang aku tak sangka-sangka menjadi tu, bolehlah kita duduk dengan tenang untuk disarungkan cincin..hehehe


Thanks semua atas jasa baik korang! Love u so much!



Kerjasama!

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera..

Semalam aku & Cik Pu mengadakan perjumpaan tunang-tunang sedunia lagi. Kitorang buat meeting tu kat McD Bukit Mertajam. Ceh, meetinglah sangat! (-_-'). Ye, kitorang meeting dan bincangkan pasal 3K (kertas kerja kawin) yang konon-kononnya tertinggal kat lab hari tu. McD Bukit Mertajam tu dekat dengan Uitm, so ramai pulaklah student datang belajar dan buat study group kat situ. Hampir 85% aku rasa sesak dengan student je. Muka mak-pak pun ada gak, tapi tak ramai. Aku tak tahulah kalau dorang tu student, tapi muka nampak macam mak-pak pulak kan....erk?

Oleh sebab aku dan Cik Pu dikelilingi student-student yang tengah study bagai. Makanya haruslah kami pun kena buat-buat macam student nak belajar jugak kan. Siap keluarkan kertas kerja bagai. Macam kertas kuiz & assignment gitu! Tapi kantoi sikit tang tajuk atas belah kanan tulis - KERTAS KERJA KAHWIN | 2011. Chooi!

Budak sebelah meja - yang mana kebanyakan meja-meja kat situ dipenuhi student lelaki, dah pandang-pandang jeling-jeling kitorang dah. Yelah, orang lain sibuk bincang "berapa kelajuan udara", "kalau yang ni tolak yang tu berapa?", "nak present macam mana?". Yang kami bincang "bajet yang ni berapa?", "kenapa banyak sangat bajet yang ni?" - semua berunsurkan bajet & duit. Apalah yang dorang pk kan semalam?

Tapi, ada aku kisah?

Oooh..tidak sama sekali!

Yang aku kisahnya bila Cik Pu macam tak senang duduk. Dan dan pulak kat depan meja kitorang tu ada tv plasma berapa inci, pastu tayangan bola sepak luar negara pulak tu...haissh! Serta merta mood aku pun makin lama makin low. Muka yang bersemangat dan berseri-seri dari awalnya menjadi lemau dan layu akhirnya. Perlahan-lahan mata yang besar menjadi kecik bak anak cina, sepet! -Banyak pulak pengaruh luar yang menganggu...grrrr

Dan pada pagi tadi, masa aku ber-breakfast dengan sorang kakak "senior" yang lebih berpengalaman dalam bab-bab ni menyatakan pengalaman yang sama macam yang aku lalui semalam. Dia kata, untuk permulaan memang macam tu bagi 'sesetengah' lelaki. Ooh..ok, fine. Dia sambung lagi. Bila lama kelamaan nanti 'sesetengah' lelaki tu akan ok dan bekerja bersama-sama. Persoalannya kat sini, kenapalah Cik Pu tu termasuk kat golongan 'sesetengah' lelaki tu? Bukan ke Wonderpet dah cakap. Apa yang penting?


kerjasama!



3K

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Aku mintak maaf sangat-sangat sebab cerita Mini pelamin Part 2 tak dapat nak deliver kat blog hari ni. Ni semua masalah kekangan masa & masalah penggunaan teknologi canggih. Ok tipu. Sebenarnya aku terlupa nak transfer gambar yang sepatutnya ke dalam pendrive. Aku fikir kalau buat entry tanpa gambar menarik mesti akan menjadi boring. So, aku ingat better aku postponed dulu ye. Kalau ada gambar nanti mesti lagi trilled nak baca kan?

Next,

Sebenarnya daripada 2 minggu lepas aku tengah gigih menyiapkan 3K kami. 3k? Apa tu? Ok ok. 3K tu aku bagi nama atas dasar short form Kertas Kerja Kahwin. heh! Kalau nak 4K pun boleh, Kertas Kerja Kahwin Kami. Bila aku cerita kat Cik Pu, dia pun mengelupur nak buat jugak. Tapi bukan apa pun. Dia buat 3U. Aku tak ingat dah apa hari tu dia cakap, tapi yang aku ingat -Usha. cet!

Berbalik pada cerita 3K aku tadi, semalam aku dah mengadakan perjumpaan tunang-tunang sedunia. (padahal aku dengan Cik Pu je pun..keh keh keh). Niat dihati nak mempersembahkanlah 3K kat Cik Pu. Siap beli pizza hut bagai buat santapan nak study menatang 3K tu. Last-last pendrive aku tertinggal kat lab. Cet, buang karan je.


Dan dan pagi ni dengan semangat yang berkobar-kobar aku carik pendrive kat lab. Tup tup jumpa kat dalam bag D60 yang aku bawak kulu-kilir semalam. Hadoyai. Tuhan sajalah yang tahu perasaan aku. Betapa sedih dan hampanya. Yelah, korang ingat senang ke nak jumpa Cik Pu? Aku sebagai tunang dia ni pun kena buat appointment dulu dengan dia. Kalau tak, ada je agenda dia. Lawan bolalah. Main badmintonlah. Ada bola MU life lah. Nak pergi Sepanglah. Macam-macam aktiviti. Kurus tak jugak..hehe. Mahu je aku bako!

Ok, setakat tu je kot cerita hari ni. Lain kali kita cerita lagi.

Oh ya, nak bagitahu sesuatu ni. Sekarang ni aku just publish entry kat lab je. Broadband masih tak boleh digunakan atas sebab masalah teknikal yang tak dapat diperbetulkan lagi. So, segala mak nenek status ataupun benda mengarut kat facebook tu kadang-kadang bukan aku yang buat, tapi Cik Pu. *Tapi kadang-kadang atas arahan aku jugak...keh keh keh


# update - tadi Cik Pu bagitahu aku. 3U dia tu Usha, ubah, Upload...ceh, nak jugak!

 

Mini pelamin DIY

Assalamualaikum & salam sejahtera semua…

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku nak review pasal mini pelamin tunang yang jadi kenyataan hari tu. Sebelum tu, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga sangat-sangat kat orang-orang yang banyak membantu dalam menjayakan mini pelamin ni. Orang-orang tu aku rasa aku tak payah nyatakan sekaranglah. Nanti korang akan tahu dengan bukti yang aku tunjukkan. Baru gempak, ye tak? Heehee!

First sekali, of courselah Puan Emak. Dari mula dialah yang beria-ria menyarankan supaya mini pelamin ni didirikan. (didirikan - betul ke?) Aku rasa kalau Puan Emak tak berapa nak beria sangat, maybe aku akan letak bantal alas je kot. It’s more simple. (sebenarnya malas nak fikir banyak..heehee!) (-_-)’





Seterusnya,

Tak dilupakan ucapan jutaan terima kasih kepada Encik Ayah & Afiq yang bertungkus lumus mencurahkan idea dan merealisasikan impian Puan Emak nak buat mini pelamin. Encik Ayah dan Afiq-lah orang yang bertanggungjawab mencari dan membeli rangka-rangka yakni kayu kayan kat kedai. Tanpa Encik Ayah & Afiq, aku rasa mungkin pentas mini pelamin tu tak sekukuh & tak semegah hari tu..


Pembikinan pentas mini pelamin


Mana nak dapat Encik Ayah yang macam ni? Sob sob sob


Dia ni duduk atas tangga ni bukan sebarang duduk. Dia tengah mencari idea bernas.


Terharu kan?



Rangka belakang mini pelamin.
Takde paku diketuk di dinding - satu larangan!


Backdrop sudah siap


Pentas pula



…Puan Emak, Encik Ayah, Afiq, Nadiah, Adik… I’m glad to have you all as my family..Thanks for everythings...



Ok, ada lagi orang-orang yang berjasa kat sini.

Nanti aku sambung lagi untuk cerita Part 2.



Video pertunangan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua..

Hari ini aku "sedikit" tidak bizi kerana telah menyiapkan kerja-kerja meng-identify organism-organism yang ada. Cuma menunggu saat-saat manis nak baca test API 20NE saja. Tu pun petang ni, pukul 4.00 petang. Tapi aku dah saspek organism tu adalah organism yang bernama Pseudomonas fluorescens. Satu organism yang baru dijumpai di lab aku. Eh, apasal ek. Asal organism baru je mesti aku yang dapat?  (-_-)'

Disebabkan aku ada sedikit masa terluang, aku nak bagi korang tengok video pertunangan aku. Video ni Cik Pu yang buat. Kalau tak puas hati ke apa, sila hentam habis-habisan. Aku tak kisah. heehee!



Tapi......

Kalau korang suka video ni, korang boleh tengok hasil karya dia yang lain. Selain pandai buat video, dia jugak pandai design dan buat kad kahwin, streamers, banner, poster, buat logo, photografi, album custom untuk orang kahwin dan sebagainya. Just search kat Facebook : SeniStudio Con Amor. Atau kalau korang nak tanya apa-apa ke, nak tempah apa-apa ke, email : studioseni@gmail.com . Kalau susah-susah sangat, call jelah dia 013 5295990. Maybe korang boleh dapat harga promosi ke? Siapa tahu kan.

Selain tu, dia jugak seorang lelaki yang handsome.  (ceh, ni aku selalu dipaksa cakap)



Eh, ter-promote pulak.


So Cik Pu, silalah bagi komisyen kat saya..      ngeh ngeh ngeh!



Sibuk sangat - Part2

Assalamualaikum & salam sejahtera semua...


Minggu ni aku & labmate-labmate sangat sibuk lagi. Lepas amik segala mak nenek specimen kat 2 klinik tu, kitorang bertungkus-lumus meng-analisis segala mak bapak nenek moyang bakteria / fungy pulak.

Dah, aku dah tak banyak masa nak bercerita ni.

Korang tengok jelah bukti kat bawah ni.... (-.-)'

Tak aci! mamat 2 orang ni bergabung tenaga...

Tinggallah aku sorang-sorang buat kerja...haissh!
Contoh bakteria yang tumbuh atas plate.
Then kena amik gambar. Then test lagi. Then amik gambar lagi..
tulah kerja aku..huahuahua!



Ok, sekarang betul-betul dah takde masa.

Aku nak pergi Pasar Malam.. 

heehee~   Papai!


Sibuk sangat

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Hari ni aku just nak bagitahu bahawasanya minggu ni aku tak jumpa sabtu & ahad. Sangat sibuk & Sibuk sangat. Kitorang ada projek yang nak dijalankan. Projeklah sangat! Projek ni "kunun-kunun"-nya boleh menaikkan KPI kitorang... (KPI tu binatang apa pun aku tak tahu..heh heh heh!)

#Ayat Kitorang kat atas tu merangkumi aku & labmate-labmate aku.


Amik specimen nurse-nurse kat klinik

Pastu culture atas plate agar

Pastu amik lagi...

Pastu amik lagi dengan girangnya...


Giler nampak profesioanl gambar ni...tangan kiri kat belakang!  keh keh keh

Bersungguh-sungguh betul mamat ni

Kat paip sink pulak

Kat katil pesakit pun amik

Pendek kata, semua tempat kat klinik tu amiklah...

#Mohan - penangkap gambar


Sampaikan aku nak tulis entry pasal review tunang & pergi bandung hari tu pun tak sempat-sempat lagi...haissh!



MUA Tunang

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera semua..

Hai hai hai..Hari ni mari kita sambung lagi cerita berikutnya -pasal Projek 14 mac 2011 aku tu. (Bilalah cerita nak habis ni..?). Kalau bab MUA masa majlis tunang aku hari tu, aku tak kisah sangat macam mana dia nak makeup kan. Asalkan harga yang dia amik murah..kui kui kui. Yelah, aku just nak servise makeup je. Barang-barang lain semua aku dah ada - dress sendiri, tudung sendiri, veil aku tak pakai. Tu pun nasib baik Tokei kedai tu baik, dia bagi aku pinjam bunga lekap & bantal alas tu. Semua sekali dia cas RM150.

Dua hari sebelum majlis. Kami p butik tu then pilih-pilih bunga lekap.
(kami : Aku, Sharon, Niena)

Mana satu ni...Silver ke?

Gold ke?

Model yang pakai tudung + bunga lekap tadi.....thanks Sharon kerna memenuhi permintaan aku!  hehe
(Niena tukang amik gambar)


Kalau korang nak tahu, masa makeup tu aku tak tahu pun apa yang berlaku. Samada kat sekeliling aku ataupun kat muka aku sendiri. Aku just pejam mata, bagi muka kat MUA, kalau dia suruh bukak mata, aku bukak. Kalau dia suruh tutup, aku tutup balik. Tu je keja aku. heehee! Nasib baik Gendut ada amik gambar masa kejadian. dapatlah tengok-tengok balik & gelak sama-sama. Jom tengok!



First step - powder kaler hijau..apakah?  hehe

2nd step - kaler krim pulak

Pastu letak lagi

hasilnya, belum siap lagi.

Aktiviti Mari melukis di kening aku.

Kaler Eye Shadow.
Time ni aku dengar ada orang cakap "macam mata bukak sebelah"...huahuahua!

Mata bukak dua-dua belah.

Aku pun tak pasti apa aktiviti akak MUA ni..hehe

Letak lipstik...merah Mak ngah!

Lepas aku tengok kat cermin, aku mintak akak MUA ni slow-kan sikit kaler merah kat bibir.
Macam opera cina la pulak..kui kui kui

Mari mengikat rambut 

Pakai skaf rambut. Sila buat bibir macam aku...auww..seksi!

Ok, dah hampir siap!

Siap!



Alhamdulillah, semua orang sekeliling kata makeup aku time tu cantik. Cuma adik aku yang Nadiah tu je kata tak cantik. Cit, dasar dengkilah tu!